Saturday, March 12, 2022

Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat julung-julung kalinya pada tahun ini, syarikat katering tempata Ummis Hijau Kasturi mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat buffetnya sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama lagi. Ikuti butirannya !

Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Seleksi buffet Ramadan yang disajikan akan bermula pada 4 April 2022 sehingga 29 April 2022. Pengunjung bolehlah merancang masa dan waktu untuk memilih mana-mana tarikh sepanjang buffet Ramadan ini berlangsung di Ummis Hijau Kasturi. Buffet Ramadan itu nanti akan menawarkan lebih 30 jenis makanan yang terdiri daripada hidangan tradisional masyarakat Melayu. Lebih menarik lagi, hidangan buffet Ramadan yang disajikan nanti akan digilirkan dan berbeza setiap hari untuk memberi pilihan kepada pengunjung yang hadir. Tak adalah bosan menu yang sama setiap hari.

Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Pemilik kepada restoran ini, Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah, merupakan individu yang tidak asing lagi dalam dunia masakan. Mereka yang dahulunya pernah berkhidmat sebagai chef peribadi istana dan kerabat diraja Brunei. Walaupun sudah tidak lagi berkhidmat di istana, mereka berdua tetap meneruskan perkongsian santapan istana dalam setiap buffet Ramadan itu nanti.

Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Antara menu istana yang pengunjung boleh nikmati nanti ialah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah (Paru lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian. Kalau korang teringin rasa masakan ala-ala orang Brunei, bolehlah datang berbuka puasa di Ummis Hijau Kasturi nanti.

Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Kapasiti yang ditetapkan untuk hidangan buffet Ramadan itu nanti terhad untuk 70 orang pengunjung dalam satu masa. Untuk kemudahan surau juga turut disediakan di dalam premis. Mudahlah untuk kita orang Islam untuk menunaikan solat Maghrib selepas masuk waktu berbuka nanti. Tak perlu nak pergi bergerak jauh untuk cari surau atau masjid. Boleh solat terus dalam premis.

Harga Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi
Dewasa : RM35.90 nett
Kanak-kanak (12 tahun kebawah) & warga emas (60 tahun keatas) : RM17.90 nett


Buffet Ramadan 2022 : Ummis Hijau Kasturi

Waktu operasi harian :
Setiap hari dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin tutup)
Alamat : G3A Sentul Village Service Apartment, No. 10 Jalan Sentul Perdana, 51200 Sentul, KL
Waze : Sentul Village

Jangan waze nama restoran sebab nanti waze akan bawa korang ke markas tentera. Dah kena pusing nanti.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...