Monday, March 21, 2022

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan puasa semakin hampir dan aku percaya sudah ramai sedang riki-riki lokasi berbuka puasa. Kali ini,aku nak bawa korang untuk melihat menu-menu buffet Ramadan yang disajikan di Corus Hotel Kuala Lumpur. Boleh masukkan lokasi ini di dalam senarai. Ikuti butirannya.

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Corus Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini akan menawarkan buffet Ramadan yang bertemakan Santapan Warisan di Dondang Sayang Coffeehouse yang terletak di ground floor betul-betul berhadapan kaunter receptionist. Pelbagai menu tradisional masyarakat Melayu disajikan di dalam buffet Ramadan di Corus Hotel ini. 

    Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Corus Hotel Kuala Lumpur mengetengahkan hidangan Melayu tradisional yang pasti menjadi kegemaran semua orang. Seleksi buffet Ramadan kali ini merupakan campuran masakan Malaysia yang mewah serta sentuhan citarasa barat untuk pengalaman berbuka puasa yang akan akan menggamit kenangan. Antara menu kemuncak hidangan Santapan Warisan ialah Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda yang disarankan oleh chef di Corus Hotel Kuala Lumpur. Hidangan ini berasal dari Negeri Sembilan. Kuahnya yang pedas dan berlemak, memang sedap !

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Hidangan kambing bakar juga turut disajikan. Kambing bakar merupakan satu menu yang cukup sinonim dengan buffet Ramadan. Kalau tak ada kambing bakar, consider jangan masukkan tempat tu dalam senarai. Kambing bakar yang dihidangkan di sini cukup kena dengan tekak aku. Suka betul aku dengan sos lada hitamnya. Pokoknya, ada lebih 200 hidangan yang bakal disajikan sepanjang buffet Ramadan di Corus Hotel Kuala Lumpur setiap hari. 

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan Santapan Warisan di Corus Hotel ini akan bermula pada 5 April sehingga 30 April. Cepatl-cepat pilih tarikh mengikut jadual anda. Sekiranya memang bercadang untuk berbuka puasa di sini, eloklah membuat tempahan sekarang. Setiap pembelian 10 tiket dewasa akan mendapat 1 tiket dewasa percuma. Tawaran ini sah bermula 5 March sehingga tarikh permulaan buffet.

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Dewasa : RM108 nett
Kanak-kanak : RM70 nett

Promosi : 10 orang dewasa yang membayar penuh, 1 hidangan secara percuma

Buffet Ramadan 2022 : Corus Hotel Kuala Lumpur

Ouh ya, pengunjung juga boleh membuat tempahan untuk Ayam Bakar Mentega Garlic Herb pada harga RM68 seekor. Ia tersedia untuk dibawa pulang dan boleh dinikmati sehingga 4 orang makan. Sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh ajukan di talian 03-21618888 atau email kepada fnb@corushotel-kl.com . 

2 comments:

  1. sedap sedap makanan kat sini... nanti nak repeat lagi

    ReplyDelete
  2. Bubur Lambuk dia mmg wajib makan 2-3 mangkuk ya! sedap yakmat..penuh cebisan daging dia!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini