Wednesday, March 9, 2022

Kerjasama SUKE TV Bersama MRANTI NEXUS Memacu Industri Perniagaan Tempatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru sahaja bulan lalu aku ada mencerita tentang siaran baharu SUKE TV di kaca televisyen. Semalam rangkaian SUKE TV terus memperkasakan diri dalam bidang perniagaan tempatan pula dengan mengadakan kerjasama perjanjian bersama MRANTI Nexus. Ikuti butirannya !


Aku percaya, nama rangkaian SUKE TV yang bakal bersiaran menemui penonton sudah mula berada di bibit-bibit mulut peminat. Tapi untuk MRANTI Nexus, pasti ramai yang masih tidak berapa kenal dengan entiti ini. MRANTI Nexus merupakan sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).



Seperti sudah sedia maklum, SUKE TV mengambil inisiatif mencipta sebuah platform untuk peniaga tempatan dapat mempelopori inovasi dan memperkasakan ekonomi mereka. Kualiti produk buatan Malaysia dan keboleh usahawan tempatan membuat SUKE TV terpanggiluntuk menyediakan platform ini. SUKE TV ingin membawakan pengalaman membeli-belah terus ke rumah pelanggan dengan hanya melalui saluran hiburan televisyen. Ini memudahkan usahawan tempatan untuk mendapat akses yang lebih mudah, senang dan berpatutan untuk pengiklanan dan pemasaran produk-produk mereka di kaca tv.



Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengasas dan Pengerusi SUKE TV Dato' AC Mizal; Pengasas dan Pengarah SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida; Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain, serta barisan pengurusan kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini akan menyaksikan kedua-dua pihak berganding bahu dan bekerjasama menyokong usahawan tempatan untuk mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran. Dato' AC Mizal menzahirkan rasa gembira mengenai kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Ketua MRANTI Nexus yakin kerjasama ini akan menambahbaikan sektor perniagaan tempatan.


Selain daripada itu, MRANTI Nexus juga ada menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan makmal, perkhidmatan kawal selia dan pendaftaran produk, perekaan dan pembangunan produk, pembungkusan produk, peralatan pengeluaran gred tinggi serta perkhidmatan OEM produk teknologi bio dan herba.



SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telah berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato' AC Mizal antara 100 Top Young CEO 2021 Lifetime Achievement Icon dalam industri hiburan dan perniagaan.

Semoga industri perniagaan tempatan terus maju dan lebih banyak platform sebegini dapat dilahirkan di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment