Saturday, March 26, 2022

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik, tahu-tahu dah nak masuk bulan puasa. Tahun nie bulan Ramadan jatuh pada bulan April. Mungkin sebab itu kita rasa sekejap sangat dah tiba bulan Ramadan. Bulan April nanti bermulalah hidup kita dalam endemik, dan bukan pandemik lagi. Banyaklah industri dan kelonggaran diberikan bila masuk ke fasa endemik ini. Oleh demikian, bolehlah kita merancang untuk berbuka puasa di lokasi mana nanti. Alang-alang tu, mungkin boleh masukkan The Venue Shah Alam sebagai salah satu lokasi berbuka anda. Ikuti butirannya.

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

The Venue Shah Alam memang sudah jadi lokasi rutin aku tiap bulan Ramadan untuk sesi berbuka puasa. Tahun ini, The Venue Shah Alam memilih tema Riang Ria Ramadan sebagai tema buffetnya. Sedikit perbezaan pada tahun ini, di mana lokasi buffet Ramadan The Venue Shah lam tahun ini akan diadakan di Tingkat 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 8 stall yang terdiri daripada gerai Nasi Arab Ayam Mandy, gerai Kambing Golek, gerai aneka Mee Kak Mas, gerai Shell Out Seafood, gerai Apam Balik Abang Zam, gerai yang menyediakan pelbagai pencuci mulut & buah-buahan, gerai aneka jeruk-jeruk dan keropok, gerai ulam-ulaman Kampung dan gerai yang menyajikan pelbagai jenis samba.

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Terdapat juga menu-menu lain yang disediakan dan menu-menu ini akan berubah-berubah setiap minggu. Jadi pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang berbeza-beza setiap kali hadir ke The Venue Shah Alam. Selain itu, The Venue juga berkolaborasi bersama Abg Dee yang akan memeriahkan suasana. Mereka juga membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis buffet Ramadan berlangsung.

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Apa yang lebih menarik lagi ialah pelanggan yang berkunjung ke buffet Ramadan Buffet The Venue berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware. Menarik bukan ? Sambil berbuka puasa ada peluang untuk menang hadiah juga.

Buffet Ramadan 2022 : The Venue, Shah Alam
Lokasi : Tingkat 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Dewasa : RM88
Kanak-kanak : RM49 (5 - 12 tahun)
Satu meja umtuk 10 orang dewasa : RM800

Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird)

Dewasa : RM 66
Kanak-kanak : RM 46
Satu meja untuk 10 orang dewasa : RM600

Promosi ini sah sehingga 31 March 2022. Percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.

Tahun ini The Venue ingin membuka ruang kepada pelanggan korporat kami yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama tetamu majlis berbuka puasa secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Min. 150 orang).

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Selain itu, The Venue juga akan membuat program infaq kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaqkan anak-anak ini untuk menjamu selera di buffet Ramadan The Venue. Selain itu, kita juga akan mengumpul dana untuk barang barang keperluan mereka pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM50/orang untuk barang-barang keperluan Hari Raya anak-anak ini nanti.

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Buat mereka yang masih tidak kenal akan The Venue, The Venue adalah Event Space yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Mereka akan membuka semula pakej pada May 2022. Banyak tawaran menarik mereka adakan sekiranya mengambil pakej bersama mereka. Pelanggan boleh lawati laman Facebook dan Instagram The Venue Shah Alam untuk melihat gambar dan video majlis yang lepas yang diadakan di ruang event mereka.

Buffet Ramadan 2022 : The Venue Shah Alam

Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh terus lawati website The Venue di laman Facebook mereka atau menghubungi mereka di talian : 018-205 1492 (Faridah), 019-8585 825 (Lisz), 014-250 8160 (Bard) atau 013-247 3767 (Safwan). Cepat tempah sekarang untuk dapatkan harga promosi.

2 comments:

  1. Uii murahnya lahaiii... walau nampak simple menu, tapi takat nak makan buka puasa dah okay snagat tuuuu.. nak share kat anak laa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini