Sunday, February 20, 2022

Know Know Arrived Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie nak cerita sambutan tahun baru 2022 aku. Tak berapa nak know know arrived sangat sebab memang dah rancang seminggu lebih awal untuk pergi bercuti dekat Ipoh. Kenapa pilih Ipoh sebagai destinasi kali ini ? Semua ini kerana video tomyam yang viral dekat tiktok tu. Jadinya, rasa teringin betul nak rasa tomyam viral tu. Sedap sangat ke ? Ikuti butirannya.


Bertolak ke Ipoh seawal jam 9 pagi. Tapi sebelum tu singgah sarapan dekat McD untuk isi perut. Nak drive jauh nie, perut kena terisi. Coffee kena ada. Ceittt. Cakap tu macamlah dia yang memandu. Padahal member yang pandu. Dia sibuk tidur dekat sebelah. Kah !


Sampai Ipoh dalam tengahari macam tu. Kami terus check in hotel dulu sebelum keluar semula untuk jelajah bandaraya Ipoh. Untuk trip kali nie macam carca merba sedikit sebab selama dua malam kami di sini, kami menginap di dua buah hotel berbeza sebabnya booking semua penuh. Jadi kena berpindah randah sedikit. 


Hotel untuk malam pertama nie sedikit hazab. Bukan hazab sebab kotor ke apa. Tapi bilik dia astaga. Macam bilik orang bina bangunan. Sedih sangat weyhh bilik hotel dia. Walaupun ruang dia besar, tapi kosong. Dengan view tingkap dia nauzzubilah. Hotel dekat Kuantan tu walaupun harga satu malam jauh lebih murah tapi bilik hotel tu lagi lengkap dari hotel dekat Ipoh nie. Mujurlah cuma menginap untuk satu malam je dekat sini. Ada hikmahnya booking penuh tu agaknya. Kalau tak, kenalah mengadap "kehijauan" dari tingkap kami untuk dua malam. Kah !

Sedih ke tidak ?

Almari pon tak ada uols

View kehijauan dari tingkap bilik

Mujurlah cuma menginap satu malam je. Kalau dua malam, mahu menangis tengok gaya hotel begitu. Dahlah terletak dekat out of nowhere. Tapi fully booked ya. Mungkin sebab malam tahun baru, jadinya ramai datang ke Ipoh. 


Lepastu, terus keluar cari makan tengahari dekat bandaraya Ipoh nie. Tak tahu nak makan dekat mana sebab datang sini cuma nak rasa tomyam viral tiktok tu je. Google punya google, ramai suruh cuba hidangan dimsum dekat Ipoh nie. Tidak dinafikan, memang banyak restoran yang disarankan untuk hidangan dimsum. Jadi, kitorang pilih yang berdekatan je. Jangan tanya dekat mana, sebabnya aku dah lupa nama kedai dimsum tu. Hahaha.


Not bad rasa dimsum dia. Habis makan dimsum tu, ingat nak terus pergi ke tapak tomyam viral tiktok tu, tapi masa tu awal lagi, kedai tu buka jam 5.30 ke 6.00 petang macam tu. Jadinya kitorang ambil-ambil gambar di kawasan sekitar untuk dimuatnaik dalam instagram untuk canang satu kampung kami dah sampai Ipoh yeoppp. Tibahhh. 


Terus menuju ke Ipoh Night Market untuk pergi makan tomyam viral tiktok tu. Namanya ialah Niase Tomyam. Masa kitorang sampai tu dalam jam 5 petang macam tu. Tapi dah mula ramai yang beratur menunggu. Kedainya buka jam 5.30 petang. Tapi dah berbaris panjang ramai menunggu depan kedai. Ko ghase ? Hebat betul kuasa viral. 


Harga pon sedikit keras tapi tak apa. Kita nak cuba kan. Rasa dia okay je, sedap. Tapi ramai juga kata rasa dia tidaklah sesedap seperti yang digembar-gemburkan. Bagi aku, okay je. Tak ada masalah dari segi rasa. Bayangkan erk, banyak-banyak kedai dekat situ, tapi kedai Niase Tomyam nie je yang ramai gila orang sampai beratur panjang. Kedai lain sendu-sendu gituhh. Masa makanan dah sampai, hujan lebat gila ya. Habiskan lecak lantai. Mujur khemah berbumbung, cumanya air dekat kaki memang deras mengalir laju. 


Sampaikan dah habis makan pon masih lagi hujan tak berhenti. Renyai-renyai pon tidak ya. Masih lebat. Terpaksa jugalah redah dan berlari ke kereta. Basah jugalah baju teman yeop. Kitorang singgah pergi Aeon, saja jalan-jalan nak habiskan waktu sebelum balik hotel. Beli kudap-kudapan untuk makan dekat bilik. Kot-kotlah lapar tengah malam ke. Dahlah peti ais pon tak ada dalam bilik. Water heater pon tak ada ya. Ya Allah geramnya rasa di hati. 


Besok paginya tu, tepat je jam 12 tengahari, kami terus check out dan mulakan jelajah bandaraya Ipoh untuk hari kedua pulak. Mula-mula kena cari tempat untuk makan tengahari sebab lapar sangat. Mujur ada kawan sarankan beberapa tempat makan yang agak popular dan sedap di Ipoh nie. Atas saranan dia, kitorang singgah makan dekat Nifayyi Kafe. 


Memang cantik betul kafe nie. Patutlah ramai kata tempat dia aesthetic untuk ambil gambar. Kafe dua tingkat tapi korang tak boleh sesuka hati nak duduk dekat mana sebab kafe nie pon sejenis ramai orang kena beratur panjang untuk masuk. Jadinya staff dorang akan tanya bilangan pax dan bawa korang ke meja yang bersesuaian. Nasib koranglah dapat meja yang mana satu. Mula dia bagi aku meja jijik, lepastu aku tukar. Kah !



Harga makanan standard lah. Standard harga kafe hispter. Bajet dalam sorang makan dalam 30 ringgit macam tu. Dari segi rasa, memang sangat sedap ya. Berbaloilah bayar sekian-sekian harga untuk makanan yang sedap. Bukan sekadar kafe je cantik, makanan pon tiptop ya. 


Awas ya, gambar syok sendiri tak lupa air drop

Puas hati makan dekat kafe nie. Sangat disarankan untuk datang dan ambil gambar banyak-banyak okay. Plating makanan dia pon cantik ya. Seterusnya, kami pergi berjalan di Concubine Lane. Kat sini banyak sangat tarikan. Tapi MasyaAllah, ramai gila orang. Berhimpit-himpit ya. Mulanya nak cuba kuih titisan hujan tapi beratur dia santak panjang. Memang malas aku nak gigih menunggu. Jadinya kami singgah ke Ipoh Platf9rm Coffee. 


Kafe nie yang istimewanya ialah ia bertemakan Harry Potter. Jadi buat mereka yang suka akan Harry Potter, wajib datang sini dan sewa kostum dorang. Sewa cuma RM10 je dan setiap pax yang datang wajib beli satu makanan atau minuman. Ko ghase ? 


Bagus jugalah, sebab kalau tidak semua datang order satu air dan stay dalam tu lama-lama. Jadinya dengan ada syarat macam nie, bolehlah tuan kedai buat duit. Pandai business dorang nie. Otak duit semuanya. Tibahhh. Tapi nasib baiklah makanan dan minuman yang aku order tu sedap. Tak mahal pon menu-menu dalam nie. So should be fine. 


Seterusnya, kami terus pergi check in hotel untuk malam kedua. Kali nie di hotel M Roof pulak. Kali nie bukan hotel bajet. Hotel yang mahal sedikit. 3rats lebih untuk satu malam. Kitorang jaranglah staycation sama pergi ke hotel mahal. Bagi aku hotel nie tempat untuk tidur je. Jadi tak perlu mahal-mahal pon. Tapi Hotel Golden Roof tu sangkak sangat masalahnya sampaikan almari, water heater pon tak ada. Meja pon sedih. Geram tak habis lagi. Kah !

M Roof Hotel nie agak popular juga di Ipoh dan sentiasa fully booked di musim perayaan dan cuti. Best hotel nie sebab swimming pool dia atas bumbung. Cumanya air swimming pool dia berbau. Euwwww. Tak tahulah bau apa. Yang pasti sangat tak menyenangkan. 


Belah malam, kami singgah makan dekat Miker Pizza. Juga cukup popular kalau datang ke Bandaraya Ipoh. Memang sedap pizza nya. Harganya pon standard kedai pizza. Tapi yang tak best, tempat makan sangat terhad. Susah nak dapat tempat duduk. Kalau rasa datang dalam kumpulan yang besar, lupakan jelah nak makan dekat sini sebab memang tak ada tempat duduk. Baik korang bungkus bawa balik je. Beratur pon quite panjang tapi sebab nak rasa sangat, kita gigih. 


Puas hati makan, boleh masukkan dalam list tempat makan untuk diterjah kalau datang Ipoh naa. Malam tu, keliling bandaraya Ipoh je, tak ada buat apa. Saja nak tengok suasana malam di sini. Lepastu terus balik semula ke hotel dan tidur. 

Besok paginya, sebelum check out kitorang pergi mandi dekat pool yang busuk tu. Manfatkan duit yang telah dibayar semaksimanya. Gituhh. Lepastu terus check out dan cari menu sarapan pagi. Ingat nak pergi makan dimsum dekat satu lagi kedai makan dimsum yang popular dekat Ipoh nie, tapi sumpahlah ramai gila manusia. Malas nak gigih, jadinya kitorang singgah makan kedai biasa je untuk makan roti canai. 


Seterusnya kami pergi ke Gua Kek Look Tong. Jammed ya dekat sini sebab sistem dorang sangat tak effisien dalam pengurusan kenderaan pelawat. Mula dah parking luar pagar. Lepastu kitorang pon gigih berjalan kaki dari tempat parking tu, sekali dah sampai pintu pagar masuk, pengawal keselamatan tak bagi masuk sebabnya kereta kena parking dalam. Ya Allah, dah lah agak jauh kitorang kena berjalan nak ke pagar tu, lepastu masuk semula barisan kereta-kereta untuk tunggu giliran masuk. Sangat tak effisien. 



Dalam nie ada sebuah tasik yang cantik. Korang boleh ambil gambar banyak-banyak. Gua tu pulak memang cantik. Gua semulajadi yang terbina disebabkan hakisan dan air hujan. Agak paranoid juga aku dalam nie sebab fikir macam-macam bila ada dalam gua nie. What if kalau benda tajam tu jatuh dan kena kita. Banyaklah fikir, memang sangat tak tenteram kepala aku. Rasa nak cepat-cepat keluar dari gua tu. Bila dah sampai ke hujung gua, barulah korang boleh jumpa tasik dan pemandangan yang indah.



Banyak aktiviti yang korang boleh buat dalam tempat nie. Korang boleh berkayak, boleh berbasikal dan macam-macam lagi. Kitorang pergi berkayak je. Tak tahulah apa nama benda nie, aku selamber je panggil kayak. Apa-apalah, yang penting, itulah bendanya. Murah je pon tiket nak main benda alah nie. Korang diberi masa 30 minit untuk naik atas benda tu dan pusinglah keliling tasik tu. 


Lepastu kitorang pergi melawat Kellie's Castle sebelum balik. Pernah datang sini, jadi malas nak ambil gambar. Tak ada apa pon dalam nie. Sejarah dia pon aku dah tahu. Malas nak gigih lagi. Tapi tempat nie pon cantik untuk ambil gambar. 

Itu saja percutian di Ipoh untuk kali ini. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi nanti. 





3 comments:

  1. Seronoknya bila ada geng jalan Zharif.. mana pergi pun boleh masuk..
    Itu Tomyum memang nampak sedap gilerr.. adoii tiberr teringinnn Black Canyon plakkkk...

    ReplyDelete
  2. nampak pun macam sedap tomyam viral tu.. T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...