Thursday, February 10, 2022

KYOOR - Makanan Tambahan Untuk Mengekalkan Kesihatan Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Zaman-zaman penyakit berjangkit nie memang menakutkan. Nampak luaran sihat walafiat je. Tapi bila buat pemeriksaan mendalam, banyak pulak penyakit-penyakit yang tidak disangka. Sebabtu sekarang, ramai memilih alternatif mencari makanan tambahan untuk menambah imun dan kekuatan badan kita. 


Makanan-makanan tambahan di pasaran tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Memang banyak sangat. Kita sebagai pengguna, kena bijak. Kena sentiasa waspada dan peka dengan banyak hal. Terutama sekali bab pensijilan dan kelulusan. Kalau kita jenis pakai sapu je, silap-silap haribulan kita yang teruk nanti.

Tapi untuk produk yang aku nak cerita nie, korang tak perlu risau bab-bab itu sebabnya produk nie mempunyai sijil pengesahan HALAL dari JAKIM dan juga mendapat kelulusan daripada KKM. Bagi aku, dua benda nie sangat penting untuk memastikan keselamatan untuk consume sesuatu produk itu. Produk yang aku maksudkan ini diberi nama Kyoor.


Apa itu Kyoor ?

Kyoor adalah gabungan makanan superfood yang kaya dengan Vitamin, Mineral dan Asid Amino yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia diformulasi dengan campuran buah-buahan tropika yang sangat tinggi fitonutrientnya serta diadun bersama Herba Ashwaganda yang merupakan adaptogen sebagai pengimbang hormon serta sangat penting sebagai tonik saraf. Adunan ini akan menjamin, memperbaiki, membantu dan menjana kesihatan tubuh badan secara fizikal, intelektual dan emosi. Sekaligus, ia adalah satu bahan anti oksida, anti radang, anti kanser, anti bakteria, anti virus, anti diabetic, anti fungal dan juga anti penuaan.


Untuk mereka yang mempunyai sistem imunisasi rendah, sentiasa resah gelisah, tekanan perasaan, jenis cepat lupa, tidur tak lena, sering letih tak bermaya, sakit itu sakit ini dan sebagainya, eloklah amalkan pengambilan makanan tambahan Kyoor. Dan yang mengejutkan tu, Kyoor mampu membantu menghangatkan hubungan kelamin anda. Sesiapa yang mempunyai kadar libido yang rendah, Kyoor boleh bantu atasi masalah ini.


InsyaAllah, selepas mengamalkan pengambilan Kyoor secara konsisten, tidur akan kembali lena, tiada rasa letih, keresahan berkurangan, badan lebih bertenaga dan rasa lebih cergas. Selain itu, badan yang rasa sakit-sakit sebelum ini sudah mula rasa berkurangan, dan mula menampakkan banyak perubahan positif. Memang banyak sungguh manfaat yang pengguna akan peroleh dengan mengamalkan pengambilan Kyoor secara konsisten.


Ternyata gabungan buah-buahan tropika bersama Herba Ahswaganda, madu serta Habbatussauda menjadikan ia satu gabungan yang banyak manfaat menyeluruh untuk fizikal, intelektual dan juga emosi. Cara pengambilan juga cukup mudah. Hanya perlu kemam serbuk Kyoor di bawah lidah secara perlahan-lahan. Sehari cuma perlu ambil satu atau dua sachet sebelum atau 1 jam selepas makan.


Ia terbukti berkesan apabila kita analisa morfologi darah di bawah kanta mikroskop untuk melihat plasma-plasma darah. Melalui analisa ini, kita dapat saksikan bentuk, warna dan kuantiti sel darah. Sekaligus boleh memberitahu petanda-petanda penyakit serius yang berkemungkinan wujud dalam badan. Sangat menginsafkan ya apabila melihat plasma darah sendiri di bawah kanta mikroskop. Nak tak nak, memang kena ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.

Untuk maklumat lanjut akan manfaat dan kelebihan pengambilan serbuk Kyoor, boleh lawat di pautan yang berikut,


3 comments:

  1. Kita tak pernah check laa plasma darah kita, acaner ekk, takut sekali check, alien pulak hahahahaha.. guwau jer.. baguslah, nanti nak cubalah supllement ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...