Sunday, February 13, 2022

Know Know Arrived Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay kali nie aku nak cerita trip tiba-tiba sampai ke Kuantan, Pahang. Nama pon tiba-tiba, jadinya memang tiada apa-apa persedian pon untuk ke sana. Memang tak sangka pon nak berjalan sampai ke Kuantan sana. Kawan aku dia gila tiba-tiba cakap dah book hotel dekat Kuantan masa otw nak balik ke Selangor. Makanya sampailah aku ke Kuantan, Pahang.


Pada asalnya, aku hanya nak temankan kawan aku nie balik kampung dia di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Aku pon memang dah lama sangat tak sampai dekat kampung dia nie. Rancangnya lepas dah dua malam di Jempol, balik semula ke Selangor. Tak sangka pula balik dari sana tu kami terus menuju ke Kuantan sebab si gila nie senyap-senyap book hotel sejam sebelum kitorang nak balik. Parents dia pon tak tahu kitorang nak terus menuju ke Kuantan masa tu.


Kami sampai ke Kuantan lepas maghrib. Terus kami check in dekat hotel. Kami menginap di Meriton Inn Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Rate satu malam agak berpatutan. Kami tempah dekat Booking.com. Menginap untuk satu malam je. 


Hotel nie walaupun taraf hotel bajet, tapi selesa gila. Bersih dan lengkap, semua kemudahan asas dalam bilik ada. Puas hati menginap dekat sini. Cumanya menu breakfast dia, tolonglah jangan ambil sekali sebabnya tak sedap langsung. Menu pula jenis yang segera punya. Bukan buffet ya, jenis ala carte. Sumpah kuah mashed potato dia masin gila nak mati. Tak sedap pulak tu. Aiyooo



Dekat nak tengahari, kami terus check out sebab memang tempah untuk satu malam je. Lepas dah check out, masa untuk teroka bumi Kuantan. Aku sebenarnya tak ingat sama ada pernah datang Kuantan ataupun tidak. Seingat aku tak pernah sampai ke sini. Tapi bila pergi ke Pantai Teluk Cempedak, baru aku teringat aku pernah sampai sini.



Lepas check out, destinasi pertama kami singgah ialah Kula Cakes. Dengar cerita tempat makan nie sangat ramai dan kena beratur panjang. Masa sampai tu, memang panjang gila kena beratur dan menunggu lama untuk tiba giliran. Gagahkan juga sebabnya memang teringin sangat rasa kek mango yang viral sangat tu. Sedap sangat ke ?


Dengan tak semena-mena, tiba-tiba ayah aku bagi lokasi dalam group whatsapp keluarga aku. Terkejut aku bila dia kata dia sedang berada di Kuantan. Sampai ke sini ayah aku meng-grab. Ayah aku pon tak tahu aku sedang berada di Kuantan masa tu sebabnya trip ke Kuantan nie sangat tiba-tiba. Aku pon suruhlah dia datang ke Kula Cakes nie sebabnya lokasi dia dengan lokasi aku sangat dekat gila masa nie.



Kitorang pon beratur semula untuk order lagi kek. Konsepnya memang kena beratur ya sekiranya nak buat pembelian atau tambah order. Tiada istilah skip barisan untuk tambah order. Tapi sebab sedap kek mango dia tu, gigihlah beratur semula. Bila lagi nak sampai ke sini kan. Puas hati sebabnya rasa kek dia sedap dan harganya agak murah untuk sebuah kafe yang agak viral. Biasanya kafe viral nie, harga makanan agak mahal. Tapi di Kula Cakes, harga dia murah.


Selesai makan, ayah aku pon meneruskan perjalanan ke rumah Tokki dan Wek aku. Aku akan menyusul kemudian sebab masih lagi nak teruskan penerokaan di bumi Kuantan nie. Seterusnya, kami melintas ke seberang untuk bergambar dengan landmark Kuantan. Di seberang Kula Cakes nie betul-betul terletaknya Menara Kuantan yang baru sahaja siap dibina. Tapi belum dibuka pada umum lagi. Tak pasti tak buka sebab covid ataupun memang belum buka pada umum.


Seterusnya, kami mencari lokasi yang menghidangkan menu sotong celup tepung di sekitar Kuantan. Pon teringin juga makan benda alah nie. Nak ke Terengganu macam jauh sangat. Cari jelah dekat kawasan Kuantan nie je. Ramai yang sarankan untuk makan di Celup Tepung Hujung Tanjung. Katanya sedap. Kami pon terus menuju ke lokasi. 



Ramai betul manusia masa nie. Tempat makan Celup Tepung Hujung Tanjung memang cukup terkenal di Kuantan. Rata-rata memang sarankan untuk makan dekat sini. Dari segi harga, agak menakutkan sedikit. Aku rasa, Terengganu lebih murah sedikit. Dari segi rasa pula, sedap dan memuaskan.



Suka dengan tagline kedai Celup Tepung Hujung Tanjung nie "Menu kami tak banyak, tapi orang ingat". Memang betul pon. Menu cuma goreng-goreng makanan laut je. Tapi buat orang teringat-ingat kesedapan dan kerangupan gorengan itu. Kami agak bernasib baik sebabnya masa datang tu, sotong besar tinggal seekor sahaja. Kami orang terakhir berjaya beli sotong besar masa tu.



Sebelum balik tu, korang boleh pergi ke jeti sebelah Celup Tepung Hujung Tanjung nie. Boleh jadikan latar belakang untuk bergambar. Tapi kena pandai cari sudut, sebabnya banyak sampah sarap bersepah di kawasan sekeliling. Kah !


Lepas dah kenyang, terus menuju ke Pantai Teluk Cempedak. Saja nak ambil angin pantai dan tengok sunset. Tapi lupa, matahari terbenam salah arah. Mana boleh tengok matahari terbenam di sini. Kau nak kiamat ke apa. Hahaha. Bila langit mula gelap, aku pon beredar dari pantai tu. Serius ramai gila manusia masa nie. Kadang buat aku tertanya-tanya, kita nie masih di era pandemik Covid-19 ke ? Kelihatan seperti tidak. 


Solat Maghrib dekat masjid Kuantan. Tak ingat apa nama masjid dia, malas aku nak google. Yang pasti masjid nie sangat cantik dan tersergam indah nampak dari jauh. Lepastu singgah beli starbucks kejap sebab masa nie hujan lebat gila ya. Beli kopi untuk segarkan mata sebelum meneruskan perjalanan pulang.


Opsss, aku belum pulang lagi. Dari Kuantan tu terus memandu ke rumah Tokki dan Wek aku yang terletak di Felcra Bohor Baru. Aku akan bermalam di situ. Agak jauh juga ya dari Kuantan untuk ke sini. Kami sampai lewat malam. Mujur Tokki dan Wek aku belum tidur lagi masa nie. Ayah aku dah maklumkan dorang siap-siap yang aku nak datang. Ayah aku dah balik masa nie. Tak sempat nak bertembung lagi. Lama sangat aku habiskan masa dekat Kuantan tu.



Tak lama pon aku dekat sini. Sebelum tengahari aku dah bergerak pulang sebabnya aku tak nak susahkan dorang sediakan makanan tengahari untuk aku. Makanan tengahari memang adik-beradik ayah aku dah upah seseorang di kampung nie untuk belikan setiap hari untuk mereka berdua makan. Jadi, aku tak naklah susahkan Tokki aku keluar pergi beli makanan sebabnya sarapan pagi masa tu pon dia gigih pergi cari tau. Haishhh.

Boleh pula jumpa bangkai anak tikus yang hampir mereput. Nampak sangat dah lama tak disapu rumah nie.

Oleh kerana dah lama gila tak balik kampung disebabkan PKP, makanya rumah Tokki dan Wek aku sangat kotor dan berhabuk. Aku ambil kesempatan nie untuk menyapu satu rumah dan bersihkan bahagian dapur. Ya Allah memang kotor gila. Maklumlah, Wek aku dah uzur, memang literally dia tak boleh nak buat apa-apa. Tokki aku pulak memang tidaklah dia nak buat kerja-kerja pembersihan sebegitu. 



Masa untuk pulang tinggalkan Tokki dan Wek. Sedih sikit masa nie sebabnya tak tahu bila lagi dapat jumpa mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi Tokki dan Wek, panjangkan umur dan berikan kesihatan yang baik. InsyaAllah jumpa lagi nanti hari raya. 

Tak terus balik, singgah sekejap dekat felda sebelah untuk berjumpa dengan kawan blogger kami. Asyik jemput je kitorang datang rumah dia, maka kami pon tunaikanlah hajat peminat. Lahhh feeling !


Singgah sekejap je, tak lama pon. Cuma nak say hi dan lepastu balik. Alang-alang dah dekat, jadinya singgahlah sekejap. Walhal kalau dekat KL tu kerap je berjumpa. Mengada sangat dekat kampung pon nak berjumpa juga. Ouh ya, yang bestnya felda kawan aku nie, ada lokasi untuk ber-OOTD yang cantik. Sempatlah abadikan kenangan bergambar di spot OOTD yang cantik sangat tu. Katanya !


Awas ya felda dia ada kincir angin. Felda korang ada ke tidak ? Tak ada ? Lemah !

Makan tengahari masa tu, aku terus menuju ke Lemang Tokki yang terletak di kawasan Bentong. Pon teringin juga rasa Lemang Tokki yang sedap sangat tu. Serius ramai gila manusia. Beratur pon panjang gila ya. Sanggup tak sanggup ja menunggu. Nak cari tempat duduk pon satu hal juga. Tapi gigih juga beratur dan tunggu orang-orang habiskan makanan untuk dapatkan tempat duduk.



Berbaloilah beratur panjang dan menunggu untuk dapatkan tempat duduk sebabnya rasa lemang dan rendang daging dorang memang sedap betul. Harga pon berpatutan. Cumanya kalau boleh rendang daging tu bagi banyaklah sikit. Seketul je daging dia bagi. Dekuttt gila. Hahaha. Apa-apa pon memang sedap. Korang wajib cuba. Sanggup tak sanggup jelah nak menunggu. Untuk aku, aku sanggup sebabnya tak tahu bila lagi akan sampai ke kawasan nie.



Lepas je makan, boleh pula terserempak sorang lagi kawan blogger kitorang. Rancangnya nak berjumpa dekat Kula Cakes, tapi tak sempat nak berjumpa. Alih-alih cakap jumpalah nanti dekat KL. Tak ada rezeki nak jumpa dekat sini. Tuptup terjumpa dekat Lemang Tokki. Kuat betul jodoh kita ya. Tibahhhh !


Masa untuk pulang. Kalau korang fikir aku terus pulang ke Selangor, jawapannya adalah salah. Aku tak tahu kenapalah kami berdua buat kerja gila sepanjang trip nie. Pakai terjah je tempat-tempat yang nak pergi tanpa dirancang. Kami nampak je signboard jalan menuju ke Bukit Fraser, terus melencongkan perjalanan kami ke sana. Maka, sampailah aku ke Bukit Fraser. Sumpah tak sangka boleh sampai ke sini.


Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki di Bukit Fraser. Aku ingat banyaklah tempat dan aktiviti yang menarik dekat sini. Tuptup bila sampai, tempatnya begitu saja. Dahlah perjalanan agak jauh dan nak naik ke puncak tu ambil masa yang lama juga tau. Tapi tak apa, kami datang untuk ambil-ambil gambar saja. Dekat sini memang nice lah kalau nak jadikan lokasi untuk OOTD. Banyak spot-spot menarik. 



Masa kami sampai tu, langit mendung dan hujan rintik-rintik. Tak lebat lagi masa nie. Mujurlah sempat ambil gambar sebelum langit gelap. Sampai sana dekat nak maghrib. Dahlah nak turun dari Bukit Fraser nie agak sedikit seram. Tambah-tambah pada waktu malam. Jalan agak sunyi dan gelap. Jalan dia pula bukan jenis lurus ya, berliku-liku macam ular kena palu. Takut sangat. Kena sentiasa berhati-hati dan main brek. 


Apa-apa pon, itu sahaja cerita Know Know Arrived Kuantan aku untuk kali ini. Satu percutian yang tidak dirancang. Semua konsep pakai terjah je. Tak sangka kami berjumpa ramai orang yang kami kenal di sepanjang percutian kali ini. Harapnya dapat buat lagi trip tiba-tiba macam nie sekali lagi. Seronok tau ! 

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi di lain entri. Bye !

4 comments:

  1. #KnowKnowArrived memang khas untuk awak berdua kan. Kah! Lah!

    ReplyDelete
  2. hoiiii gila betul perjalanan...main redah je kan! HAHAHAHA...tapi takpe...yg tiba-tiba tu selalu jadi daripada yg plan 10 tahun belum jadi hahahaha

    ReplyDelete
  3. akk suka trip korang berdua.. sempoi.. buat zarip dan faris.. korang kena selalu ada trip mcm ni.. esok dah kahwin trip lain.. trip mcm ni..mmg seronok.. x perlu plan beria..janji dpt teroka apa yg istimewa tempat korang pergi tu

    ReplyDelete
  4. Ko nak tau tak cite sedih..
    Punyalah berapa kali datang Kuantan stay Hotel Sentral sebelah menara tu, daku baru tau Kula Cakes tu di situ huwaaaaaaa.... gileee tak tau oiii.. katanmya dah dekat depan tu jerr.. benghong...lepas ni memang Sis ko kejo ke situ kalau datang sana...

    ReplyDelete