Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie nak cerita trip tiba-tiba aku ke bandar bersejarah negeri Melaka yang bertarikh 12 Oktober 2021. Masa nie kerajaan baru je umumkan pembukaan sempadan negeri. Setelah 10 bulan negara kita dalam tempoh PKP, akhirnya kita dibenarkan merentas negeri semula. Tanpa berfikir panjang, maka aku terus vroom vroom ke Melaka.
Tak rancang apa pon, pakai terjah je masa tu. Tiba-tiba pagi tu rasa nak minum Klebang Coconut Shake. Terus siap-siap dan bertolak ke sana. Ngam-ngam sampai sana waktu tengahari, aku singgah makan dekat restoran asam pedas. Oleh kerana dah lapar gila masa nie, aku singgah je mana-mana restoran yang jual asam pedas. Tak sempat nak Google kedai asam pedas mana yang sedap apa semua. Mana yang nampak, situlah aku pergi.
Lepas dah kenyang, terus bergerak menuju ke Pantai Klebang untuk cari coconut shake yang diidamkan sangat tu. Seperti biasalah, Coconut Shake Klebang nie sentiasa ramai orang. Tak pernah tak beratur panjang. Oleh kerana dah gigih beratur panjang, mestilah kena beli sekali banyak terus. Setakat beli dua tiga, rasa tak berbaloi beratur panjang. Begitu juga masa nak beli kuih keria antarabangsa nie. Ramainya orang beratur. Ngam-ngam kitorang pelanggan kedua terakhir dapat beli keria nie. Lepastu habis. Kesian orang-orang yang beratur belakang kitorang.
Lepastu terus singgah ke monumen bersejarah dekat Melaka nie iaitu pintu gerbang AFamosa. Sangat lengang tak ada orang sebabnya masa aku pergi nie waktu hari bekerja. Tapi masih adalah orang yang datang berkunjung, cumanya tidak seramai macam pergi hari hujung minggu.
Agak terkejut sekali sebabnya adik bongsu aku beritahu yang ini merupakan kali pertama dia sampai dekat AFamosa. Aku rasa terkejut gila sebabnya dulu kerap juga keluarga aku ulang alik ke Melaka. Rupanya selama hari nie pergi ke Melaka dengan dia, kami tak pernah singgah ke AFamosa. Banyak benda dia rasa teringin tahu pasal pintu gerbang AFamosa nie. Aku macam tak sangka gila dia tak tahu apa-apa pasal AFamosa.
Tahu-tahu hari dah mula gelap. Sebelum balik, aku cuba cari kedai makan sedap dekat Melaka nie. Tiba-tiba dipertemukan dengan Restoran Gelombang Biru Yong Tau Foo. Pertama kali dengar nama kedai makan nie tapi agak popular ya sebabnya masa kami sampai tu, ramai gila manusia. Penuh satu restoran weyhhh. Review dekat google pon banyak dan memang ramai sarankan untuk singgah makan dekat sini.
Harga dia sangat berpatutan dan rasa dia sangat sedap. Lain kali kalau datang Melaka lagi, memang akan singgah makan Yong Tau Foo dekat sini. Restoran nie dimiliki oleh orang Melayu, jadi semestinyalah Halal. Jangan risau okay. Korang kalau datang Melaka, cubalah singgah makan dekat sini.
Lepas makan, aku terus balik. Tak ada singgah mana-mana lagi dah. Itu sahaja trip know know arrived aku ke Melaka pada bulan Oktober tahun lalu sewaktu kerajaan baru sahaja buka sempadan negeri. Simpan sini buat kenangan. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di lain entri. Bye.
Sis perasan ekkk harini ramai betul up mereka di Melaka, si Kakak ko tu laa, si Rawlins tu laa.. eee apa, nak kena ke Melaka gak ke ni.... hahahahhaa
ReplyDelete