Monday, April 25, 2022

I am 29

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah baru ada kesempatan untuk menulis cerita peribadi. Agak sedikit sibuk sejak kebelakangan ini dengan kerja dan kehidupan yang penuh onak dan liku. Tibehhh. Kali nie aku nak bercerita tentang sambutan hari jadi aku pada bulan January yang lalu. Yer, bulan JANUARY guys. Sangat dah basi okay cerita ini. Cerita mungkin sudah basi, tapi memori ini tetap segar di ingatan aku. Lahhh bermadah.


Sambutan kali ini dikelolai oleh kawan-kawanku. Memang dah expect dah pon sebab tiba-tiba nak buat percutian yang jatuh pada hari jadi aku. Sesuatu sangat di situ. Macam biasa, aku sudah mula anxious dan rasa tak senang. Sebab aku tak biasa sambut harijadi dengan kawan-kawan. Biasa dengan keluarga sendiri dan dengan special one je (Suatu ketika dahulu). Dan hari yang tak berapa nak dinantikan pon tiba. Kami semua check in di Arte Mont Kiara. Tempat dia agak mewah ya dengan dekorasinya yang cantik dan sangat instagrammable. Banyak spot-spot menarik yang korang boleh jadikan port untuk ber-OOTD.


Nak check-in dekat sini agak tidak mesra pelanggan ya sebabnya rumit dan renyah. Itulah, inilah, lepas masuk kena keluar balik. Serabut. Tapi orang-orang tetap datang sini sebab cantik dan viral walaupun proses check-in sangat hampehh. Bab nak bayar parking paling serabut sekali. Mesin dia sangatlah tahun 1950. Tempat dah nampak mewah dan eksklusif, tapi sistem bayaran parking tak upgrade.




Itu jelah yang tak bestnya menginap dekat Arte Mont Kiara nie. Bab lain, semua okay. Rumah yang kami inap tu sangat cantik dan terasa mewahnya. View pon sangat cantik. Boleh nampak Istana Negara dari jendela. Sangat puas hati dengan rumah yang kami inap tu. Arte Mont Kiara nie terbahagi kepada beberapa pengendalian. Setiap bangunan management lain-lain. Kaunter receptionist pon lain-lain untuk setiap management sebab owner yang berbeza. Aku tak ingat kitorang inap dekat Arte yang mana satu. 




Check-in pon agak lewat juga, dan kami tak datang secara serentak. Sebab masing-masing bekerja, jadi tunggu dorang habis kerja baru datang sini. Sebaik sahaja semua sampai, terus kami siap-siap untuk sediakan makan malam. Kami makan steamboat je pada malam tu. Senang, tak kecah dapur. Celup-celup siap ! 


Hari kedua, kami semua berjalan keluar untuk pergi ke karaoke. Tapi sebelum tu, kami singgah makan dulu dekat restoran arab di Sunway Putra Mall. Hadramawt something, tak ingat apa nama dia. Harga dia sangatlah yahudi ya. Sumpah mahal gila. Mujurlah rasa dia okay. Kalau tak, memang menangis tak berlagu bayar semahal itu tapi rasa yang ado. Ini kali pertama dan terakhir kot aku makan dekat situ. Aku rasa banyak lagi restoran arab lain yang jauh lebih sedap pada harga yang jauh lebih murah. Sebagai contoh, Saba Restaurant. Lahhh review free 😆


Balik tu baru mereka sambut brithday ku. Terimakasih kawan-kawan. Macam biasa, i am not good with words and expressions, but i truly appreciated the gesture and thoughts. Thank you 😘



Thank you guys for the present 💓

Malam tu juga, kami semua tukar baju warna merah untuk makan Yee Sang sempena sambutan Tahun Baru Cina. Lepastu ber-OOTD di sekitar Arte tu. Manfaatkan masa yang berbaki untuk bergambar sebab besoknya dah nak check out balik.






Satu Arte tu kami tawaf untuk bergambar. Sangat gigih ya semua pakai baju merah malam-malam buta semata untuk bergambar je. Malam terakhir dekat sini, haruslah manfaatkan tempat tu sebaiknya. Besok harinya lepas check out, kami ber-hi-tea dekat Palm Galden Hotel sebelum semuanya membawa haluan masing-masing balik ke rumah. 



Okay itu sahaja cerita sambutan hari jadi untuk tahun ini. Terima kasih semua, jumpa lagi di percutian yang lain, insyaAllah.

5 comments:

  1. Hahaha baru nak wish, sekali baca... January yee guys hahahahaha..
    Btw korang menang best arr.... semua masuk angin hahahahah

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday zharif. semoga semua cita-cita & impianmu tercapai.. Ameen inshaAllah.

    ReplyDelete
  3. wahhh happening. btw happy belated birthday

    follow here #1325

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini