Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, dipanjangkan umur untuk kita semua menyambut hari lebaran tahun ini. Lebih bersyukur lagi tahun ini kita "dibenarkan" menyambut hari raya setelah dua tahun disekat daripada mengadakan pengumpulan di hari perayaan. Oleh itu, aku percaya ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menjemput rakan taulan datang ke rumah dan mengadakan rumah terbuka. Memang ngamm sangat sebabnya korang boleh tempah pakej rumah terbuka yang ditawarkan oleh I'Dahlia Corner. Ikuti butirannya !
I'Dahlia Corner merupakan satu-satunya restoran Melayu yang berkonsepkan dalam taman di kawasan elit kejiranan KLCC. Mereka menyediakan ruang buat syarikat korporat mahupun individu yang ingin mengadakan rumah terbuka sempena bulan Syawal ini.
Lebih mengujakan dekorasi didalam restoran adalah seperti kita berada didalam sebuah taman yang sangat cantik. Dengan lokasinya yang berdekatan dengan Menara KLCC serta pelbagai akses pengangkutan, tidak sukar sebenarnya untuk kita datang menjamu selera di sini. Malah parking juga senang kerana terdapt satu ruangan yang luas disediakan khas untuk parking.
Suasana di waktu malam memang sangat romantik dengan lampu berwarna-warni dan dihiasi bunga-bunga menjalar. Mereka juga menyediakan ruangan tertutup yang lebih privasi buat pengunjung. I'dahlia Corner mempunyai 3 ruang utama yang sesuai untuk dijadikan majlis berbuka puasa iaitu :
Taman Dahlia
Sebuah event hall yang luas dan boleh memuatkan sehingga 100 orang dalam satu masa. Taman Dahlia dihias indah dengan dedaun hijau, fairy lights dan diserikan lagi dengan pokok-pokok hijau yang memberi suasana seolah-olah berada di dalam taman fantasi.
Verandah Idham merupakan ruang yang sesuai untuk kapasiti tetamu sehingga 50 orang. Verandah Idham yang terletak di pintu masuk utama I'dahlia Corner ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang mahukan suasana tenang, santai dan selesa.
Camelia Pink adalah ruang berhawa dingin yang mempunyai kapasiti maksimum seramai 30 orang. Camelia Pink sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang mahukan privacy samada untuk berdiskusi atau bertukar-tukar pendapat.
Set Menu Rumah Terbuka I'Dahlia Raya
Terdapat 3 set menu di dalam pakej rumah terbuka I'dahlia Raya iaitu Set A, B dan C dengan harga bermula dari RM39 seorang (Tempahan minimum adalah 20 orang).
Antara menu yang disediakan adalah Nasi minyak atau Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Kari atau Kurma Daging, Lemang, Nasi Impit, Rendang ayam atau rendang daging, Soto Ayam, kuih raya dan berbagai lagi.
Disediakan juga kuih muih dan biskut raya yang sangat sedap. Barulah ada mood raya tu kalau ada kuih raya disediakan.
Sambil menjamu di i'Dahlia Corner, bolehlah melayan dendangan lagu dari Sahabat Rocker Band. Seronok apabila dapat mendengar nyanyian lagu-lagu lama dan baru secara 'live'. Oh ya! Di sini juga ada disediakan surau dan tandas untuk kemudahan pelanggan.
I'Dahlia Corner turut menyediakan customized package seperti persembahan artis, dekorasi dewan mengikut tema pilihan anda dan penyediaan goodies bag (caj tambahan dikenakan)
Sedikit Info Mengenai I’Dahlia Corner
Pemilik I'Dahlia Corner iaitu Puan Dahliati Binti Aliruddin dan suami Encik Muhammad Idham Bin Ismail telah memulakan perniagaan mereka di Persiaran Stonor sejak 7 tahun dahulu lagi. Bermula dari restoran secara kecil-kecilan, sehinggalah kini masih bertahan dan menjadi tumpuan terutama bagi mereka yang menggemari Sup Tulang Meletup.
Untuk pengetahuan semua i'Dahlia Corner merupakan restoran di bawah kategori A yang telah dinilai dari aspek kebersihan dan sebagainya. Selain itu i'Dahlia Corner juga pernah memasuki rancangan JJCM, siri yang cukup popular di saluran TV3.
Untuk lebih informasi boleh rujuk sosial media l'Dahlia Corner :-
Facebook: I'dahlia corner
Instagram: @idahlia.corner
Nampak meriah menunya
ReplyDeleteMenarik... Boleh try ni
ReplyDelete