Wednesday, May 25, 2022

Sambutan Ulangtahun ke-25 Pokemon Trading Card Game di AEON Mall Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Para peminat Pokemon bolehlah menghadirkan diri ke AEON Mall Shah Alam untuk merasai sendiri keseronokkan sambutan ulangtahun ke-25 Pokemon Trading Card Game (TCG). AEON Mall Shah Alam menjadi lokasi kemuncak untuk acara yang julung-julung kalinya dianjurkan ini.


Kemuncak sambutan Pokemon TCG ini telah bermula sejak 17 May lagi. Ia akan berakhir pada 29 May hujung bulan ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk korang mengambil gambar bersama maskot Pikachu dan juga boleh sama-sama turut menari bersama mereka. Banyak juga mesin-mesin mainan disediakan buat pengunjung untuk bermain game di sini. 




Pameran Pokemon TCG yang ke-25 ini telah mula dilancarkan pada 28 January 2022 yang bertempat di AEON Mall Metro Prima Kepong. Acara pelancaran majlis telah disempurnakan di situ dan menjadikan AEON Mall Metro Prima sebagai pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang menganjurkan Pameran Pokemon TCG. Lokasi seterusnya telah diadakan di MYTOWN KL pada 18 sehingga 27 March. Manakala AEON Mall Bukit Tinggi dari 12 hingga 24 April 2022. 




Nama Pokemon memang sudah tidak cukup asing lagi buat remaja dan kanak-kanak di Malaysia. Malah orang-orang yang sudah berusia seperti aku juga minat dengan Pokemon sejak di bangku sekolah lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk melihat pameran yang disediakan buat peminat Pokemon.




Antaranya ialah pameran Celebration Cards, Sword and Shield, Evolving Skies. Bukan sekadar pameran, pengunjung juga boleh saksikan atau turuti rasai sendiri permainan video yang disediakan di situ. Pelbagai permainan video menarik yang ditawarkan dan jangan lupa beli cenderahati rasmi Pokemon yang dibawakan khas daripada Jepun.



.
PAMERAN POKEMON TCG YANG KE-25 TAHUN.

Tempat: Centre Court, Aeon Mall Shah Alam.
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tarikh: 17 - 29 Mei 2022


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...