Saturday, May 21, 2022

Kedai Repair Handphone Putrajaya - MRFIX PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila jangka hayat telefon dah melebihi 5 tahun nie, memang banyak betullah ragam dia. Mulalah performance jadi slow, bateri buat hal, paparan skrin jadi kuning dan macam-macam lagilah. Untuk aku punya kes, masalah bateri dan juga LCD skrin yang semakin menguning dan kadang touch screen tak berapa nak berfungsi dah. Jadinya, aku pergi hantar kedai untuk tukar. Google punya google, jumpalah satu kedai repair handphone di Putrajaya iaitu Kedai Baiki Telefon MRFIX.


Kedai repair telefon MRFIX nie rupanya ada beberapa buah cawangan. Yang paling dekat dengan kawasan rumah aku yang cawangan Putrajaya nielah. Senang je nak datang ke sini, waze je MRFIX Putrajaya, nanti jumpalah. Betul-betul atas 99 Speedmart.



Walaupun cawangan di Putrajaya ini sedikit kecil keluasannya berbanding cawangan HQ di Bangi, tapi masa aku sampai tu, ramai yang sedang menunggu giliran untuk baiki telefon. Agak terkejut juga. Ramai rupanya yang dah tahu kewujudan MRFIX nie. MRFIX nie bukan sahaja pakar dalam repair telefon dan laptop je, malah playstation pon dorang boleh baik pulih tau. Tak payah pening-pening nak cari kedai repair gadgets korang, MRFIX Putrajaya boleh betulkan semuanya. 



Kalau korang takut harga repair mahal sebab tak tahu apa kerosakkan gadget korang, jangan risau sebab korang boleh buat pemeriksaan terlebih dahulu dengan mereka. Dan pemeriksaan ini adalah secara PERCUMA ! Lepas dah periksa semua, barulah mereka akan maklumkan apa yang kena dibaiki dan berapa harga untuk pembaikian tersebut.



Yelah, kadang kita nie tak berapa reti apa benda yang rosak. Kadang benda tu tiba-tiba je jammed tak boleh hidup. Mungkin kena tekan something untuk benda tu elok semula tanpa perlu tukar apa-apa. Jadi, mereka akan cek semua benda terlebih dahulu sebelum membetulkan peranti. Jadi kita tahu, apa yang rosak dan apa benda yang perlu dibetulkan ataupun yang perlu ditukar. Dari situ kita boleh runding harga yang perlu dibayar. Sekiranya bersetuju, barulah mereka akan betulkan. Jadi, tak adalah kita risau berapa banyak duit perlu dikeluarkan dan berapa banyak alat kena ganti dan betulkan. Kalau rasa berbaloi, boleh terus proceed.



Ouh ya, kedai repair telefon MRFIX nie mereka baik pulih secara berhadapan dengan customer. Kepercayaan pelanggan adalah keutamaan mereka. Sekiranya kerosakkan tu tak berapa nak berat dan alat ganti yang rosak ada stok di kedai mereka, maka bolehlah siap dalam masa yang sekejap.

Antara perkhidmatan baikpulih yang disediakan di sini ialah
  • Penukaran battery
  • Penukaran paparan LCD
  • Kerosakkan tempat mengecas phone
  • Kerosakan audio (speaker atau microphone)
  • Baik pulih laptop, android, apple produk dan juga playstation


Harga baik pulih sangat berpatutan, bersesuaian dengan kerosakkan peranti jika hendak dibandingkan dengan kedai baik pulih telefon yang lain sekitar Selangor. Bahkan, alatan gantian yang ditawarkan juga berkualiti dan original. Jadi jangan khuatir. Malah, ada warranty untuk setiap kerosakkan yang telah diperbaiki. Sekiranya dalam tempoh warranty peranti anda mengalami kerosakkan, boleh terus hantar ke MRFIX dan mereka akan ganti dengan alatan yang baharu. 



Oleh kerana keluasan cawangan MRFIX Putrajaya nie agak kecil, jadinya tak banyaklah aksesori telefon dijual di sini. Hanya terdapat yang basic sahaja. Kalau nak cari pelbagai jenis aksesori telefon, boleh pergi ke cawangan MRFIX di Bangi. Dekat situ, korang cakaplah nak apa, semuanya ada.

MRFIX PUTRAJAYA (PRESINT 8)

A-6A 1st Floor, Blok A, Jalan Seluang P8/7, Presint 8,62250 Putrajaya, Selangor Darul Ehsan


Landmark : Atas Speedmart 99
Tel: 019-910 0531

Waktu operasi : Isnin - Ahad (Setiap hari kecuali Jumaat)
Masa : 10.00am-9.00pm

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mrfix_putrajaya/


Untuk kaedah pembayaran, MRFIX menerima pembayaran dalam bentuk tunai, kad kredit, kad debit, dan juga platform-platform e-wallet tempatan seperti Boost dan juga Grab Pay.

 

1 comment:

  1. Sangat rekemen sape2 nak repair phone di putrajaya ni. Technician MRFIX mmg terbaik. Harga berpatutan dan service saya sangat berpuas hati

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...