Friday, March 23, 2018

Project Everin Mendedahkan Dua Burger Terbaru McDonald’s

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 22 Mac yang lalu, aku telah dijemput untuk menghadiri satu event untuk mencuba menu-menu sebuah restoran antarabangsa barat yang bakal dibuka di Malaysia di atas nama Project Everin.


Memang teruja sangat lah sebab katanya ia sebuah restoran eksklusif. Lokasi event tersebut ialah di Suka Sucre Bistro milik Dato’ Fazley Yaakob. Aku dan Suka Sucre memang sudah tidak asing lagi. Hal ini kerana, sudah 3 tahun berturut-turut aku akan datang situ untuk berbuka puasa. Tahun nie insyaAllah akan ke situ lagi untuk berbuka puasa. Hihi

Event tersebut dimulakan dengan ucapan dua kata dari emcee mengatakan yang dia akan terangkan dengan lebih details mengenai Project Everin seusai kami mencuba menu-menu tersebut. Keliling kami semua ditutup dengan langsir berwarna hitam tau. Rasa macam ahli kongsi gelap sedang bermesyuarat pulak. Aku pon mulalah membawang terkumat-kamit dalam hati, “Awat sendu sangat hiasan lokasi event nie. Tak ada bajet ke apa?”. LOL


Atas meja kami siap senaraikan menu-menu yang bakal kami makan. Nampaklah macam ekslusifnya tu. Ada appetizer, main dish dan juga dessert. Bila kami diberi menu appetizer, masih lagi tak dapat kesan apa-apa. Tak ada benda pelik pon. But to be quite honest, how they plated the dish was not flattering at all. Hahaha. Rasa meyhhh sangat hiasan dia.


Selepas itu kami disajikan dengan main dish pertama iaitu S.G.B. Tak tahulah apa natang SGB masa tu. Yang kami tahu ia adalah sebiji burger daging yang dimasak dengan sempurna. Gituee. First impression bila tengok hidangan tu, apa yang special sangat burger nie. Nampak biasa-biasa je. Tak gah mana pon. Again, the plating was not flattering.


Gigitan pertama buat aku rasa “Eh kenapa rasa dia macam McD”. Tapi tetap teruskan makan sambil membawang dengan rakan blogger semeja. Habis jugak lah makan satu burger tu. Lepastu dihidangkan satu lagi jenis burger. Again, the plating sangatlah biasa-biasa je uols. Sekali ngap, eh kenapa rasa macam McD Spicy Chicken Mcdeluxe.


Memang membawang lah kami satu meja tu. Siap buat tuduhan mengatakan event nie order burger McD banyak-banyak, then panaskan, tukar and tambah sikit-sikit bahan tambahan, hidang atas pinggan and taraaaa, siap. Teruk jugaklah membawang ketika itu. Aku tunggu dia announce harga je. Kalau harga dia lebih mahal daripada burger McD, memang aku suggestkan pembaca blog jejakakaula beli burger McD je. Sama je rasa dia.

Memperkenalkan bawang-bawang yang semeja denganku

Sesi membawang


Masa sedang menikmati dessert, emcee pon menceritakan lebih details pasal Project Everin nie. Dan detik yang dinanti-nanti, tirai-tirai hitam pon dijatuhkan. MasyaAllah, kami semua tertipu !! Rupa-rupanya, ianya memang produk terbaru keluaran McD.

Kuss semangat.

Kedua-dua burger ini akan mula dijual pada hari Isnin nie bersamaan 26 March 2018. Terdapat dua jenis burger, pertama ialah Hot n Crispy Chicken burger dan Smoky Grilled Beef burger. Hot N Crispy Chicken merupakan burger yang menampilkan paha ayam rangup diapit ban jagung dengan sos Jalapeno, keju cheddar, salad dan tomato segar. Manakala Smoky Grilled Beef burger pula menampilkan daging lembu yang dipanggang sempurna, diapit keju cheddar, sos chipotle, bawang yang di grill, salad segar beserta ban bijan bakar.


Dari segi rasa, aku prefer SGB tu memandangkan aku peminat tegar Double Cheese Mcdeluxe. Hihi. Untuk korang yang sukakan kepedasan, bolehlah cuba Hot N Crispy Chicken Burger tu. Agak pedas tapi pedas yang masih bertimbang rasa.


Kedua-dua burger ini boleh didapati di seluruh negara dengan harga RM12.95 untuk hidangan ala carte, dan RM14.95 untuk hidangan set regular beserta kentang goreng dan juga minuman bermula 26 March 2018.


Good job to the team behind this Project Everin. You guys did a great job in planning all of this. Kami sangat terkejut dan dalam masa yang sama agak lega kerana tiada restoran baru yang cuba untuk meniru menu-menu McDonald's.

Jom dapatkan kedua-dua burger baru keluaran McD ini bermula hari Isnin, 26 Mac 2018

Melalui event ini, boleh nampaklah bahawasanya rakyat Malaysia dan McD berpisah tiada. Sampaikan rasa menu-menu McD semua boleh tahu dan kesan. Most of us cakap rasa dia macam burger McD masa tirai belum dibuka tu. Hebat ! 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kedua-dua burger ini, boleh layari http://www.mcdonalds.com.my/.

22 comments:

  1. Oh next week akan mula dijual... Xde plak ternmpk promo di mcd sbb baru je singgah mcd 3ari lps.. Bole cuba beger baru ni nanti

    ReplyDelete
  2. Wooohoooo ade produk baru mcD.. bertabah la.. lepas habis program turun berat.. akan makan in moderation

    ReplyDelete
  3. Yang ni kena prank Tu erkh..Sama blogger kak min. Menjadi prank mereka. Tak sabar nak rasa menu baru mekdi ni nanti

    ReplyDelete
  4. Kena try rasa burger ni pulak la. Biasa makan Filet O Fish atau McChicken ajer......rupanya produk McD Eh?...Mesti Zharif biasa lepak McD....

    ReplyDelete
  5. Nasib baik tak terus komplen masa membawang sebelum sesi pelancaran tu hehee. Menari juga nampaknya produk McD baru ni sbb saya pun antara peminat burger2 ni. Bolehlah nanti order klu ke McD. Thanks sharing info menarik ni :)

    ReplyDelete
  6. Next week! okay-okay, macam best je.
    Minat jugak cheese ni! Hahaha

    ReplyDelete
  7. Yayyyy! Actually to be honest, I love burgers from McD, can't wait to try out their latest menu! The burgers looks amazing!

    ReplyDelete
  8. Dengarnya korang kena prank..kesian korang..tp bagus gimmick yang diorang buat sampai ada yang membawang masa event kan..bagus strategy diorang..hahaha..

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap burger tuh. Kena prank ye mula mula makan tuh.dah habis makan bau tahu tuh burger McD..Walaupun kena prank tapi okeylah sebab dpt rasa burger McD yg baru

    ReplyDelete
  10. Terkejut, itu je mampu Sally cakap...McDonald's memang dah sebati dengan rakyat Malaysia. Bohonglah kata kalau ada yang tak pernah makan McD, sekali mesti pernah..

    Sally sendiri pernah bekerja dengan McD hampir 4 tahun sebelum sambung belajar dan Sally mmg sangat kenal dengan semua ramuan yang digunakan, bahkah keju dan rasa patty daging dia pun Sally tau..haha

    ReplyDelete
  11. wahh ada berger baru di mcD ya.. tak sabar nak cuba. nampak kali ni unik dan lain drpd lain sikit hehehe

    ReplyDelete
  12. Geng bawang dalam gambar. walaupun dah musykil dan masing2 tunggu emcee umum harga , tapi tetap sabar kan masing2..haha..sian kita kena prank.. Congratulations Mc Donald's untuk menu baru ni.

    ReplyDelete
  13. Really hahahha kelakar betul la awak ni hahhaha..mkn burger mcd..tp hot n crisp tu menyelerakan betul hahhaha..tak sabar nak tunggu 26 nak drive thru mcd lol...

    ReplyDelete
  14. ahahah part membawang tu teruk sungguh. and wow, duduk semeja dgn kak sally rupanya :D

    ReplyDelete
  15. yang paling I teruja ialah dia punya keju tu nampak sangat mengliurkan, apsal tadi I pergi mcd tak de lagi yang jenis ni atau I terlepas pandang... eh suddenly rasa lapar !!

    ReplyDelete
  16. Ohhhh Mc Donald rupanya... menarik sangat burger tu.. nak cuba jugak nanti.

    ReplyDelete
  17. waa burger baru memang peminat burger mcd ni lepasni nak cuba pulak la hahaha banyak baca cerita blogger tertipu masa event ni. ini rupanya cerita dia

    ReplyDelete
  18. tak sabar nak beli and tulis review!!!!! saya pantang betul kalau mcd ada menu baru. hehe

    ReplyDelete
  19. The burger is killing me as I super like it so much. Mc Donald always my favorite choice and the patty is thick and nice too. Suddenly feel like going McD

    ReplyDelete
  20. Okeyh tak sabar nak beli ni. Start Isnin 26 March ya okay. Beli kat Genting jelah hahahah .. konfem beratur manusia ni ..

    ReplyDelete
  21. Wah! I have not try them yet. The Hot & Crispy Chicken macam best nak cuba, kejap I pergi beli.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...