Friday, March 30, 2018

Mueang Kao Thai Cuisine Menghidangkan Menu-menu Thai Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru nie, aku berkesempatan mencuba menu authentic thai di sebuah restoran Thai yang baru sahaja dibuka di area Damansara Jaya. Apa yang aku boleh cakap, menu-menu restoran nie memang terbaik lah !


Nama restoran ini ialah Mueang Kao Thai Restaurant. Ye, aku tahu. Memang terbelit sikit lidah nak menyebutnya. Restoran ini baru sahaja mulakan operasinya sebulan yang lalu. Secara rasmi dibuka kepada umum pada bulan February 2018. Memang masih baru lagi restoran ini, tapi sudah memiliki pelanggan tetapnya sendiri. Mana tak nya, menu-menu di sini sedap kot !


Mari kita terjah satu persatu menu-menu yang dihidangkan kepada kami pada malam itu. Yang pertama ialah menu pembuka selera iaitu Meang Kam. Ini merupakan pengalaman pertama aku mencuba Meang Kam. Selalu nampak orang makan dekat tv atau dekat facebook je. Kali nie, aku berpeluang sendiri merasai menu popular thai ini. Memang sedap ! Tak dapat dinafikan.

Meang Kam : RM 13

Dan satu lagi menu pembuka selera ialah Pranws Cake. Belum sempat merasa hidangang ini, sudah habis dikerjakan oleh rakan blogger yang lain. Dari situ nampaklah bahawasanya prawn cakes nie sedap.

Prawns Cake : RM 19

Seterusnya kita ke menu utama. Portion dia agak besar untuk dimakan dua orang. Terutama sekali yang melibatkan ikan-ikan. Untuk menu pertama, ini merupakan Deep Fried Kangkung. Sangat crunchy. Ditambah pula dimakan bersama sos yang menggunakan ramuan khas, memang padu !

Deep Fried Kangkung : RM 15

Seterusnya ialah Pad Ped with Petai. OMG ! Memang sedap gila hidangan udang dimasak bersama petai nie. Korang tengok sahajalah saiz udang nya, sungguh meriah ! Puas dapat makan udang saiz besar macam tu.

Pad Ped with Petai : RM 15

Dry Curry Chicken juga boleh tahan sedapnya. Rasa masin dan karinya sangat ummpphhh !

Dry Curry Chicken : RM 18

To me, this is the win dishes of the night. Datang ke restoran Thai, kalau tak cuba menu tom yam dia. ibarat macam tak datang makan situ lah. Apa yang aku boleh cakap, kuah tom yam dia sangat sedap !! Sedap teramat sangat. Lain dari yang lain. Betul-betul kick rasa dia. Masin dan pedas dia secukup rasa. Ini menu WAJIB order !

Tom yam Seafood (Small) : RM 15

BBQ Talapia nie pon sedap rasa dia. Saiz dia pulak sangat besar. Dicicah bersama dengan sos hijau istimewa. Untuk pengetahuan korang, ikan Talapia di sini fresh-fresh dan diambil dari supplier khas. Yang mana ikan talapia dari supplier nie hanya diberi makan jagung dan rumpai sahaja. Itulah yang specialnya ikan talapia yang dihidangkan di sini.

BBQ Talapia : RM 40 (Promosi RM 29.90)

Pha Ban Suan ialah satu lagi menu ikan yang dihidangkan kepada kami pada malam itu. Kali nie ikan grouper pulak. Presentation ikan ini sangat menarik sekali kerana isi ikan ini sudah dikeluarkan. Ikan ini dimasak bersama kekacang yang rangup. Selain itu, ia juga dihias bersama dengan angsa yang diukir dari sebiji lobak putih (Kalau tak silap lah). Menu-menu ikan di sini dihias dengan ukiran-ukiran yang comel. Macam yang menu atas tu, dihias bersama ukiran seekor arnab.

Pha Ban Suan (Grouper Fish) : RM 70

Seterusnya kami mencuba menu sotong pula. Sotong bersaiz giant yang dipotong halus. Sotong ini di steam bersama perahan lemon. Sotong dia sangat lembut dan rasa kuah dia unik. Masam, masin dan pedas dari kuah dia sangat sedap !

Thai Style Lemon Steamed Squid : RM 38

Dan yang terakhir sekali ialah Thai Style Coconut Seafood Otak-otak. Otak-otak Thai versi dia lain daripada otak-otak Malaysia. Otak-otak nie dihidangkan di dalam kelapa muda. Menu ini sangat kaya dengan makanan laut. Rasa dia sedap !


Kenyang sungguh kami pada malam itu. Menu-menu dia semua sedap-sedap. Tak ada satu pon menu yang kami cuba pada malam itu yang tidak sedap. Korang kena cuba semuanya tau.

Makan malam bersama blogger-blogger lain. Muka-muka kekenyangan menanti menu-menu dessert

Seterusnya, kami dihidangkan dengan menu-menu pencuci mulut. Terdapat 4 jenis menu pencuci mulut.

Red Ruby 

Buah nagka bersama santan dan juga bahan lain. Tak pasti apa. Yang pasti rasa dia manis dan sedap.

Coconut Tapioca

Coconut Ice Cream 

Win dessert of the night. Aku siap request tambah lagi satu kot. Serious sedap sangat. Rasa kelapa asli ditambah dengan biskut kelapa hancur menambahkan lagi kesedapan rasa aiskrim kelapa nie. By the way, ice cream kelapa nie fresh homemade. Dibuat setiap hari. Bukan beli di pasaran. Sebab tu rasa dia sedap dan sangat berkelapa. Huhu

One of the most popular desserts in Thailand. Mango Sticky Rice. Pon sedap rasa dia. 


Jom ramai-ramai pakat bawak satu rombongan che kiah ke restoran Mueang Kao Thai untuk menikmati rasa asli menu-menu Thai. Setiap kunyahan dan gigitan pasti membuat anda rasa seolah-olah berada di negara Thailand. Gitueeee !

Sekarang sedang ada promosi, harga menu ikan talapia hanyalah serendah RM 29.90. Ayuh cepat datang sementara promosi ini sedang berlangsung.


Mueang Kao Thai Cuisine

No 21 (Ground Floor), Jalan SS22/11, Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 014-273 1512

Waktu niaga : Setiap hari dari jam 11 AM - 3 PM dan 5 PM - 11 PM 

Email : mueangkaothaicuisine@gmail.com

21 comments:

  1. Mmg tergeliat nk sebut nama restaurant hehe.. Suka menu thai.. Slalunya menu fav tomyam.. Dessert fav tu pulut mangga and red ruby.. Yummy

    ReplyDelete
  2. wow dont know this until I see hwre. will ask frienda go togwther to try

    ReplyDelete
  3. The food here looks delicious and affordable. I want to try out their Tom Yam and coconut ice cream this weekend.

    ReplyDelete
  4. Adoiiii..awat semuanya nampak sedap niii
    Mengkiam ni esk ke Htyai boleh la pi cari

    ReplyDelete
  5. Memang Pure masakkan dari Thailand ni.Meang kham pun ada.Say pulak memang suka beberapa jenis makanan Thai ni..Cuma makanan Thai ni ada yang pedas sangat kan..Tapi itulah kesedapannya..harus mencuba ni

    ReplyDelete
  6. Alaaaaa... Kecur ailio tengok makanan-makanan ni. Thai food ni memang favorite. Meang Kam tu pon sedap. Dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  7. Wow! Otak-otak tu unik. Then coconut ice cream tu. OMG! Nyaman. Thailand ni makanan nyer sgt best dari segi rasa. Aida suka! Pernah gi pesta makanan Thai kat melaka ni.
    Zharif, kebetulan sok pagi in shaa Allah aida didn't Thailand :)
    So, memang akan kuar makan semakan-makannya nanti di sana. Yeszaaa...

    ReplyDelete
  8. Teringin nak rasa Meang Kiam tu. Tak pernah makan pulak. Sireh ye tu?. Kalau kita makan dengan buah pinang. Ni memacam yang taruh dalam tu. Boleh try nanti. Akak teringin juga nak try Pad Ped with petai tu. Ishhhh sedapnya ada petai....

    ReplyDelete
  9. Wah thai restaurant mmg kesukaan ramai, tp teringin sgt nak makan green curry, ada tak dkt sini? Tempatnya pun tak jauh drpd
    KL, masih easy access kata orang. Boleh la cuba utk food hunting weekend ni ke sini, harga pun tak mahal;)

    ReplyDelete
  10. Lol..deap fries kangkung!! Rare lps tu coconut tapioka my fav..wahh nak kena gi mkn ni..sedap je nmpk tu..semua muka happy..kenyang sedap la tu..

    ReplyDelete
  11. Memang sedap sangat dengan citaras Thailand yang asli, tambah laginada desert dia yang memang sedap sampaikan tak cukup kongsi ramai2..

    ReplyDelete
  12. wah bestnya..nampak menu semuanya memang sedap2..prawn cake dengan deep fried kankung tu macam melambai2 cik tom untuk ke sana cuba jgk..hihi

    ReplyDelete
  13. Kejam betul la tgok entry zharif ni time dah petang ni...okey akak masukkan dalam wishlist..nanti nak pi terjah..nak order ikan talapia bakar tu, clear soup tomyam, lauk udang..eskrem kelapa..ya allah..semua la nak makan....badan akak naik semula salahkan Zharif

    ReplyDelete
  14. Adududu kecur air liur tengok semua makanan tu zharif oi. Meang kam tu favorite kak ana tau. Boleh hbs kan sorang je kalau banyak tu. Steamed squid tu pun nampak sedap sangat. Harga pun reasonable tu.

    ReplyDelete
  15. wowww sotong tu nampak menyelerakan. best juga dapat makan macam ni, tambah lagi dengan blogger2, insyaAllah one day Del pun nak join. haha

    ReplyDelete
  16. Prawn Cake tuh nampak sedap sangat. Makan hadap tuh saja tak.kisah. kalaau pencuci mulut confirm la pilih cocnut aiskrim.tuh.lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  17. sebagai seorang penggemar makanan thai, restoran ni wajib cuba.

    ReplyDelete
  18. Uzu pon suka makan thai. mungkin boleh siggah sini bila free nanti. tengok makanan pun sedap2. Harga ada yg mahal, ada yg nit bad dan ada juga beberapa kenu yg lebih murah kat tempat lain hehehe

    ReplyDelete
  19. Sedapnya makan sedap-sedap...lain kali ajaklah kak sekali.

    ReplyDelete
  20. wah makanan thailand tapi tengok several menu boleh didapati di boat noodle tak silap... teruja tengok miang kam tu... selau sangat kita buat dekat rumah sepupu husband tau... apa pun kalau makanan thailand memang tak sah kalau tak ada tom yam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...