Sunday, April 24, 2022

Minyak Masak ALIF Mengumumkan Penajaan Liga Malaysia 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera

20 April yang lalu telah tercipta satu rekod baharu apabila termeterainya kerjasama antara jenama minyak masak utama di Malaysia dan juga sukan terbesar negara iaitu bola sepak. Kerjasama ini telah diumumkan sendiri oleh Sime Darby Oils (SDO) yang mana minyak masak ALIF sebagai penaja Liga Malaysia. Ia telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan SDO, Mohd Haris Mohd Arshad. Ikuti butirannya !


Pengumuman ini telah dilaksanakan sewaktu acara berbuka puasa yang diadakan di Sime Darby Plantation Tower. Ia telah dihadiri Presiden MFL, Dato Ab Ghani Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam. Di majlis tersebut juga, SDO turut memperkenalkan produk terbaharu 'Minyak Masak ALIF Diperkaya dengan Vitamin D3' yang selaras dengan komitmen SDO untuk menghasilkan produk berkualiti untuk pengguna di Malaysia.


Diharapnya, dengan kerjasama ini dapat menarik lebih ramai pengguna di Malaysia untuk menggunakan minyak masak yang berkualiti dan berkhasiat yang dihasilkan sendiri oleh Malaysia. Dengan anggaran tontonan seramai 1.6 juta penonton di stadium dan 7.5 juta pengikut di media digital, moga dapat mengetengahkan lagi jenama minyak masak ALIF dan menghargai kualiti produk minyak masak ALIF. Kerjasama ALIF dan MFL menandakan satu lagi penyertaan baharu jenama tempatan terkemuka yang menghargai dan menyokong industri bola sepak tempatan sebagai platform yang boleh meningkatkan kesedaran jenama.


Untuk para peminat bola sepak, SDO telahpun merancang pelbagai program dan aktiviti bercorak gaya hidup yang akan dilaksanakan di stadium dan juga pusat membeli-belah terpilih dengan kerjasama rakan-rakan niaga. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti bersama personaliti bola sepak terkenal dan para peminat mereka di setiap negeri di seluruh Negara.


Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mr. Stuart Ramalingam berkata penyertaan ALIF sebagai minyak masak rasmi adalah suatu yang mengujakan bagi arena bola sepak tempatan, kerana ia membawa mesej yang positif bahawa liga bola sepak tempatan mempunyai tarikan yang tersendiri.


Minyak Masak ALIF Diperkaya dengan Vitamin D3 diperkenalkan pada masa yang dikira tepat kerana lebih ramai pengguna pada masa kini amat mementingkan penjagaan kesihatan untuk melindungi diri mereka daripada wabak COVID-19 dan wabak-wabak berjangkit yang lain. Produk minyak masak terbaharu ini diperkaya dengan vitamin D3 yang membantu meningkatkan sistem imuniti. Minyak Masak ALIF Diperkaya dengan Vitamin D3 boleh didapati di semua pasaraya terkemuka tempatan mulai Mei 2022 dan dijual dalam pek botol 5kg, 3kg, 2kg dan 1kg.

3 comments:

  1. Congratulations minyak Alif kerana dapat menaja Liga Malaysia. This is also good for liga Malaysia. Thank you for sharing this good news.

    ReplyDelete
  2. terbaik alif.. antara jenama minyak masak yang mempunyai reputasi yang dipercayai sejak dulu lagi

    ReplyDelete
  3. Wow thanks for sharing this news, my mom also using this cooking oil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...