Saturday, September 28, 2019

Sambutan Ulangtahun Matxi Corp yang Ke-2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Matci Corp meraikan ulangtahun ke-2 nya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada baru-baru ini dan aku turut berpeluang bersama-sama untuk meraikan sambutan yang penuh gilang-gemilang ini. Sambutan ini bukan sahaja sambutan ulangtahunnya yang ke-2 malah sambutan kerana berjaya menembusi pasaran Malaysia. Ikuti butirannya !


Negara Malaysia merupakan negara ke-2 yang berjaya ditembusi dan pasaran sasaran seterusnya ialah negara Korea dan juga Amerika Syarikat. Matxi Corp merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn. Bhd. yang mengkhususkan diri dalam latihan, perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk meningkatkan hasil jualan melalui pelan hala tuju yang profesional dan teratur.

Selain itu, Matxi Corp juga berfungsi dalam bidang-bidang berikut :
  • Hartanah
  • Peruncitan bahagian kanak-kanak
  • Percetakkan dan pembungkusan
  • Syarikat penyelenggara acara
  • Produk kesihatan dan pengeluaran kosmetik
  • Restoran


Sepanjang 2 tahun beroperasi, syarikat ini berjaya mencapai pencapaian yang luar biasa melalui sistemnya yang digunapakai dan merupakan antara salah satu syarikat yang berkuasa besar di Vietnam dengan memiliki lebih daripada 20 ribu pengedar dan agen.



Dengan slogannya "Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik" atau "You deserve a better life", Matxi Corp bertekad menjadi perintis dan peneraju inovasi untuk menjadi kumpulan syarikat yang terkuat di rantau ini dan menakluki pasaran dunia dalam tempoh tahun 2019 - 2021.


Semoga terus sukses buat Matxi Corp !!
Untuk maklumat dan butiran lanjut mengenai Matxi Corp, boleh layari laman sesawang berikut :



1 comment:

  1. Baru 2 tahun dah mampu buat event grand macam ni. Opening ceremony dia best!

    ReplyDelete