Assalamualaikum dan salam sejahtera
Haritu bila kawan-kawan aku cakap ada promosi Onigiri dan Bento RM1, aku terus cepat-cepat pergi cawangan myNEWS terdekat. Mulanya sukar untuk aku percaya, yelah RM1 kot. Mana nak dapat harga macam tu zaman sekarang nie. Serious korang, ini bukan tipu, betul-betul harga Onigiri dan Bento RM1. Ikuti butirannya !
Bento & Onigiri RM1 di myNEWS
Promosi ini berlaku hanya pada bulan September sahaja. Jadi kalau korang nak beli Onigiri dan Bento pada harga RM1 bolehlah datang ke myNEWS berdekatan. Korang tahu tak Bento dan Onigiri nie apa ? Jangan kata tak tahu.
Okay nie Onigiri. Onigiri merupakan satu makanan yang sangat terkenal di Jepun. Ia merupakan gumpalan nasi yang dibentuk segitiga. Dalam gumpalan nasi nie ada isi. Bergantunglah isi dia apa. Macam-macam isi boleh diletak. Macam yang dekat myNEWS nie, isi yang aku jumpa ialah Salmon Teriyaki dan juga Smoke Salmon with Cream Cheese. Gumpalan nasi segitiga nie dibungkus rapi dengan rumpai laut. Nampak macam kecik je kan ? Tapi serious cakap, ianya sangat mengenyangkan. Aku suka isi Salmon Teriyaki tu. Sedap !
Bento pulak hidangan lengkap yang mempunyai protein dan juga sayur. Hidangan bento selalu dilengkapi dengan nasi, ayam atau ikan dan juga sayur. Bento untuk zaman kini, lebih pelbagai pilihannya. Tidak terhad pada hidangan nasi. Seperti yang dijual di myNEWS nie, bento yang dijual ialah jenis spaghetti. Banyak lagi hidangan bento-bento yang lain. Bergantung pada stok yang ada.
Kalau korang nak dapatkan Bento pada harga seringgit, korang boleh dapatkan setiap hari Selasa setiap minggu pada bulan September. Lokasi cawangan myNEWS yang korang boleh dapatkan Bento dengan harga RM1 nie boleh rujuk sini :
Manakala untuk Onigiri pula, korang boleh beli Onigiri pada harga RM1 pada setiap hari Khamis setiap minggu pada bulan September. Lokasi cawangan myNEWS yang korang boleh dapatkan Onigiri pada harga RM1 boleh rujuk di sini :
Nikmati harga RM1 untuk Onigiri & Bento dengan aplikasi myNEWS
Yer, korang kena instal aplikasi myNEWS di dalam phone korang untuk membeli onigiri dan bento pada harga RM1 ini. Dalam aplikasi nie lengkap dengan pembayaran e-wallet sekali. Jadi senang, tak perlukan cash pon boleh beli guna aplikasi myNEWS. Cepat download di Appstore atau Googleplay untuk nikmati promosi ini. Promosi nie terhad untuk bulan September sahaja.
Pelbagai makanan dijual di myNEWS sekarang
Walaupun cuma hidangan Onigiri dan Bento sahaja ada promosi, namun banyak juga makanan-makanan lain yang dijual di myNEWS sekarang ini. Korang juga boleh dapatkan salad segar setiap hari dan juga pelbagai jenis roti. Yang pasti harga dia sangatlah berpatutan.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh dapatkan di pautan yang berikut :
Website : http://www.mynews.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/myNEWSMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mynews_my/
Jom ke cawangan myNEWS berhampiran sekarang ! |
memang wajib terjah
ReplyDeletesiapa nak bagi kan Bento hanya RM1
memang murah gila
sedap dan portion pun okay
Wow...RM1 only? ...it is soo cheap. I will get it too. Thank you for sharing.
ReplyDeleteaduhh. bestlah korang dapat makan onigiri dengan harga seringgit. kalau ada lagi promo ni, mek akan grab. tapi nak ke KL bulan disember nanti.
ReplyDeleteRM1 memang berbaloi baloi kan. Bagus btul promosi yg myNews.com buat. Ok lah I nak give terjah myNews.com juga. Happy weekend and have a good one. take care.
ReplyDeleteOk dh save date next selasa n khamis nk terjah mynews. Tp tak semua tmpt ada kan. Nk check list kedai dalam apps ada? Byk betul apps setiap kedai satu apps ni haha
ReplyDeleteWahhhhh murah gilaaaa mmg patut beli ni. Biasa jumpa mynews ni dekat tesco je. Haha ni berdasarkan pengalaman laaa. Mmg kene try tapi hari yg berbeza kan. Kene dtg dua hari yg berbeza laaa klu mcm tu utk dapatkan bento & onigiri. Tq share
ReplyDeletemak aih murahnya rm1, wajib download aplikasi my news sebab kedainya depan rumah ni je, adoilah dah kene singgah lah ceritanya ni? hahaha
ReplyDeleteMurahnya harga dia. Jap nak install apps ni. Baguslah kalau keluar dan rasa lapar nak makan, boleh makan bento dan onigiri ni. Syoknya. Ok dah take note hari apa nak pi myNews
ReplyDeleteDengan nilai RM1 mcm tu rasanya sama sedap ke? Tapi kak tak pernah makan produk ni?
ReplyDeleteMy brother penggemar onigiri manakala Rawlins penggemar bento. Setiap kali lalu, mesti Rawlins akan singgah untuk semak jika ada bekalan (walaupun dah tahu tarikh yang ada) hahaha... nak mencuba nasib kan..
ReplyDeleteWahh siap ada apps. Bolehla terjah mynews ni beli bento
ReplyDeleteWah biar betul singgit je.. Murah tu.. Skg ni semua guna aplikasi kan.. Nnt blh try terjah dan beli.
ReplyDeleteThanks for sharing.
Murah betul ni... saya pun suka makan onigiri tu. Especially kalau time lapar and nak cepat. Sangat mudah dimakan pulak tu! Best gila ada offer murah camni... heheh
ReplyDeleteMurah giler harga yg ditawarkan. Susah nak dapatkan di tempat lain. Tapi untuk hari tertentu dan kena beli seawal pagi hehehe. Akk tak beli lagi tapi ingat nak cubalah nanti
ReplyDeleteharitu dah pergi tapi dah habis! Geramnya rasa sebab mynews tu tak ramai orang sangat pun sebelum ni tapi disebabkan promosi ni boleh licin tau rak diorang. Grrr tak sempat nak rasa
ReplyDeleteAkak hari tu singgah dekat RNR sg buloh masuk la my news ni.. Terkejut eh betul ka kedai ni.. Apsal mcm family mart plak ni.. Ada mknan best2 ni.. Hahahhaha
ReplyDeleteWahhh murahhh giler
ReplyDelete