Friday, September 6, 2019

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman Penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam Zharif berkesempatan berkunjung ke 9th Muslim World Biz anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bertempat di Plenary Hall KLCC selama 3 hari bermula 4 September sehingga 6 September 2019. Tahun ini telah memasuki edisi ke-9 penganjurannya. Acara yang bertemakan Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Diversity ini bertunjangkan persidangan Forum Meja Bulat yang mengangkat individu yang cemerlang dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa. Ikuti butirannya !


Individu yang berkelayakkan akan diangkat sebagai penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dan hanya seramai 6 individu telah dipilih untuk menerima anugerah ini. Cukup membanggakan sekali, 2 rakyat Malaysia merupakan salah seorang penerima anugerah yang cukup berprestij ini. Salah satu penerimanya ialah Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang cukup terkenal dengan kesempoian dan gayanya.

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019


Ibunya merupakan tunjang kepada kejayaan beliau pada hari ini. Menurut Dato' Sri, ibunya telah menjadi ibu tunggal sejak umur beliau 1 tahun lagi. Pahit getir membesarkan beliau, membuatkan Dato' Sri Mahadi nekad untuk berjaya demi membalas jasa dan pengorbanan ibunya. Cukup membanggakan sekali dengan pencapaian Dato' Sri pada hari ini. Sangat memberi inspirasi buat para muslimin di luar sana untuk berjaya dan membawa perniagaan berasaskan Islam ke seluruh dunia. Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman juga merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG).


Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman juga sempat berkongsikan sedikit perkongsian yang ebrtajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders"di dalam World Class Talk. Seramai lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam turut berada dalam perkongsian tersebut. Perkongsian yang berdurasi selama 1 jam itu berkisarkan tips penting dan rahsia membentuk pemimpin abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.



FGG dibawah pimpinan Dato' Sri Mahadi juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran di Pameran dan Persidangan Muslim World Biz ini.

Photo credit : Dboystudio

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman di atas pencapaian yang cukup membanggakan bukan sahaja untuk Malaysia, tetapi untuk agama Islam sendiri. Semoga Dato' Sri dan FGG terus maju dan mara kehadapan dalam industri ini dan lebih dikenali diperingkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia. Tahniah sekali lagi Zharif ucapkan !

Photo credit : Fatin Bella

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini