Wednesday, September 18, 2019

Pengalaman Menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 baru sahaja berlangsung beberapa hari yang lalu iaitu pada 15 Sept 2019. Miss SHOPhia Shopping Hunt merupakan sebuah acara dua tahun sekali dan ini merupakan tahun ke-3 penganjurannya. Alhamdulillah, kali ini aku berpeluang untuk turut serta acara ini dan ini merupakan kali pertama aku menyertainya.

Ikuti butirannya !



Miss SHOPhia Shopping Hunt berobjektifkan untuk mempromosikan kempen jualan akhir tahun yang terdapat di setiap pusat membeli-belah yang terdapat di negara kita. Selain itu, ia juga turut ingin promosikan betapa mudahnya untuk ke pusat membeli-belah ini dengan menggunakan pengangkutan awam yang terdapat di negara kita, termasuklah servis e-hailing seperti Grab dan sebagainya.


Tahun ini terdapat 100 kumpulan yang terdiri daripada 4 ahli setiap kumpulan. Peserta terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga peserta antrabangsa dari Brunei Darussalam, Indonesia, Amerika dan ramai lagi. Terdapat 3 buah kategori untuk perlumbaan ini iaitu kategori terbuka, antarabangsa dan media. Aku mendaftar di bawah kategori media dan ahli kumpulan aku terdiri daripada rakan-rakan bloggers yang cukupku kenal.


Inilah dia wajah-wajah ahli kumpulanku. Nama team kami ialah SHOPAHOLIC yang terdiri daripada Kak Ruby (captain), Marou dan juga Dboy. Mereka merupakan otai di dalam Miss SHOPhia Shopping Hunt ini kerana pernah menyertainya pada tahun 2017. Jadi, aku banyak belajar daripada mereka akan dos and donts, tips-tips dan teknik yang berkesan bagi memastikan kelancaran perlumbaan ini.

Kak Ruby selaku ketua kumpulan kami banyak mengingatkan kami di dalam group apa yang perlu dibawa, tips-tips supaya tak cramp dan banyak lagilah. Cukup bersemangat orangnya. Seminggu sebelum perlumbaan banyak ingatkan kami macam-macam. Semangat nak menang tu dah nampak. Persoalannya menang ke ?


Sangat teruja untuk sertai perlumbaan ini yang mana setiap kumpulan diberi tugasan untuk terjah 10 buah pusat membeli-belah dan melakukan tugasan dalam masa 6 jam yang diberi. Flag off pada jam 10 pagi dan tamat perlumbaan pada jam 4.30 petang. Setiap kumpulan memulakan perjalanan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Conlay dan akan berakhir di pusat beli-belah 1-Utama.

Berikut merupakan itinerary perjalanan kumpulan SHOPAHOLIC bagi menyelesaikan perlumbaan Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kali ini.

1. Suria KLCC



Tugasan di Suria KLCC ialah kami perlu bergambar bersama dengan Menara Berkembar Petronas, bergambar di paparan berputar LCD terbesar, bergambar bersama banner logo Visit Malaysia 2020 dan juga banner Miss SHOPhia. Setiap gambar yang ebrjaya kami ambil akan dikira sebanyak 5 points. Keempat-empat gambar ini perlu dimuatnaik di Facebook dan mendapatkan sekurang-kurangnya 10 likes baru kami dapat cop pengesahan daripada petugas. Selagi tak dapat 10 likes, selagi tu kami tak dapat cop.


Tugasan extra pula, kami perlu bergambar berlatarbelakangkan simbol ISetan untuk mendapatkan extra 5 markah. Dan kami perlu membeli sesuatu di Watsons menggunakan aplikasi Boost untuk dapatkan extra 10 markah. kedua-dua gambar ini perlu dimuatnaik di Facebbok/Instagram dan peroleh 10 likes untuk dapatkan pengesahan.

2. Pavilion KL



Dalam banyak-banyak mall, aku rasa mall Pavilion paling mencabar dan paling lama kami habiskan masa. Ini semua gara-gara mencari banner Miss SHOPhia dan juga banner Visit Malaysia 2020. Kita cuba trace dua banner nie berpandukan gambar-gambar kumpulan lain yang dah dimuatnaik. Sekali pergi ke tempat tu, banner tu berubah tempat. Hanya dekat mall Pavilion je dua banner nie bergerak-gerak. Penat mencari.



Selain perlu bergambar dengan dua banner tu, tugasan di Pavilion termasuklah kena cari gambar Marvel ramai-ramai tu, seterusnya kena bergambar depan fountain yang berlatarbelakangkan sign Pavilion. Untuk extra points pula, kami perlu beli any drinks at La Juiceria menggunakan aplikasi Boost dan perlu bergambar di Redbox yang tertera Boost sign. Mall Pavilion merupakan yang paling penat dan lama untuk kami siapkan tugasan. Fuhhh !

3. LOT 10



Tugasan di LOT 10 Alhamdulillah tak berapa sukar sebab senang jumpa semua spot yang kami perlu terjah. Cumanya masa nak cari banner Miss SHOPhia tu agak mengambil masa sikit sebabnya tak jumpa. Rupa-rupanya tersorok di sebuah tempat. Plus, banner tu terjatuh. Menyukarkan untuk kami nampak dari jauh. Nasib baik terjumpa banner tu terbaring. Kalau tak, sampai ke sudah tak jumpa. Hahahaha



Untuk tugasan point tambahan, kami perlu membeli air Tealive menggunakan aplikasi Boost dan ambil gambar di lokasi kedai. Lepastu kena bergambar di depan Sunny Cha. Sejujurnya, ini merupakan kali pertama aku dengar nama kedai nie. Kedai nie menjual air macam Tealive, cuma tak berapa dikenali. Plus masa kami datang tu, pekerja pon tak ada.



4. Sungei Wang

Nasib baiklah 4 mall nie (Pavilion, Lot 10, Sungei Wang, Plaza Low Yat) berada berdekatan. Tak adalah membazir duit pakai grab manjang kan. Hahaha. Selain daripada pengangkutan awam seperti KTM, LRT, MRT dan Monorel, penggunaan e-hailing service seperti Grab juga dibenarkan tau. Bukan kami main tipu okay.



Tak sangka besar jugak Sungei Wang nie rupanya. Secara jujurnya, aku tak pernah teroka pon dalam Sungei Wang nie. Selalu masuk gitu-gitu aje. Namun ketika Miss SHOPhia Shopping Hunt nie, sampai ke ceruk pelusuk kami teroka tau. Tak sangka ada litar go kart dalam Sungei Wang nie. Dahsyat !


Tak sukar nak cari spot bergambar untuk tugasan di Sungei Wang nie. Cumanya soalan untuk markah extra semasa di sini agak sukar sikit. Tugasan untuk aplikasi Boost pulak, kami kena beli apa-apa barang di MR.DIY menggunakan aplikasi Boost. Tugasan di Sungei Wang paling cepat kami buat. Mudah dan senang berbanding mall yang lain.



5. Plaza Low Yat


Tugasan di Plaza Low Yat juga tidak berapa sukar. Kesemua spot bergambar dan tugasan mudah untuk dilakukan. Cumanya masa nie kami dah penat sedikit. Semua gara-gara tugasan di Pavilion. Hahahaha/



Tugasan untuk markah tambahan pon mudah je. Perlu bergambar di food court Plaza Low Yat dan juga beli makanan di KFC atau Burger King dengan menggunakan aplikasi Boost. Kami memilih untuk pergi ke Burger King sebab tak ramai orang. Tapi nak tunggu makanan tu siap bukan main lama lagi. Hahahaha.



Serius aku tak tahu yang Plaza Low Yat ada food court. Hahahaha. Ingatkan dalam tu kedai jual-jual phone dan gadget-gadget je. Rupanya ada food court jugak. Hebat !

6. Central Market



Nak ke Central Market nie kami menaiki grab. Ya Allah jammed teruk masa nie. Padahal tak ada lah jauh sangat. Kami habis masa 40 minit dalam grab je weyh. Rasa menyesal pulak naik grab untuk ke sini. Tapi oleh kerana kami semua dah penat masa tu, jadinya naik jelah. Dapat rehatkan kaki sekejap dalam kereta. Baru boleh sambung berlari.



Tugasan dekat Central Market pon senang je. Lokasi untuk bergambar senang dijumpai. Cumanya nak jawab soalan untuk extra points tu je yang sedikit susah. Lain-lain mudah je. Kena bergambar depan MyNEWS dan beli barang di Watsons menggunakan aplikasi Boost.


Ini juga merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke sini. Tak sangka macam-macam ada dijual di sini. Selama hari ini tak pernah terfikir pon untuk jejak kaki ke sini. Mall nie agak besar tapi padat. Jadinya agak sedikit serabut sebabnya sesak dengan booth-booth jualan. Manusia pon boleh tahan ramai dalam Central Market nie.

7. One Utama


One Utama merupakan mall terakhir kami jejaki dan merangkap garisan penamat untuk perlumbaan ini. Jam sudah hampir menunjukkan jam 4.30 petang, jadinya kami tak sempat nak siapkan semua tugasan semasa di One Utama. Kami menaiki MRT untuk ke sini, hampir 20 minit jugaklah dalam MRT. Dalam MRT kami siapkan siap-siap soalan-soalan untuk markah extra. Manakala untuk tugasan bergambar, kami hanya buat mana yang sempat je. Nampak banner Visit Malaysia 2020 dan Miss SHOPhia terus bergambar dan muatnaik dalam Facebook. Dapat je 10 likes kami terus hantar.

Alhamdulillah kami sempat hantar sebelum jam 4.30 petang.

Kami skip 3 mall iaitu Quill City Mall, Sogo dan juga Sunway Putra Mall. Tak sempat nak terjah.

TUGASAN BONUS UNTUK DAPATKAN POINTS EXTRA


Terdapat beberapa gambar perlu diambil sekiranya inginkan markah lebih. Kami sempat bergambar di tiga daripada enam tempat/spot yang disenaraikan. Bas Hop-On-Hop-Off tu kami jumpa depan Sungei Wang. Terus cepat-cepat kami bergambar sementara bas tu berhenti dekat situ. Pintu gerbang Wau Bulan tu kami jumpa masa nak ke Central Market. Betul-betul ebrada bersebelahan Central Market.


Dan yang terakhir ialah bergambar di Pintu Gerbang Petaling Street. Tapi malang sekali gambar di pintu gerbang nie tak dikira sebab tak ada petugas yang nak validate extra points tu. Jadi kami hantar borak tu tanpa cop pengesahan petugas. Sia-sia je jalan kaki ke situ panas-panas. Hahaha.

Lepastu ada tugasan extra juga, kena beli berus gigi jenama Jordan dan juga ubat gigi Darlie untuk dapatkan markah extra. Dua-dua nie pon kami buat demi markah extra tu.

Keputusan Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0


Kami sebenarnya sangatlah tak sangka yang kami menang di tempat ketiga untuk kategori media. Sebelum pengumuman pemenang, dalam hati aku bermonolog, kalau tempat ketiga kami tak dapat, makanya tempat kedua dan pertama sangatlah mustahil. Sekali dorang umumkan kitorang dapat tempat ketiga. Ya Allah ! Gembira betul masa nie. Sangat-sangat tak sangka. Penat lelah berlari dan berpanasan berbaloi.


Kami membawa pulang wang tunai RM400 secara tunai dan voucher LEVI'S sebanyak RM800. Setiap ahli dapat voucher RM200 dari LEVI'S. Menejrit-jerit kami ! Mula ingatkan RM200 tu bahagi kepada empat, rupanya RM200 setiap sorang. Alhamdulillah rezeki sangat-sangat !


Tahniah juga buat team Projek Travel sebab menang paling banyak likes di Facebook. Memang dah agak dorang akan menang untuk kategori itu sebabnya pengaruh Projek Travel sangat kuat. Rata-rata setiap gambar mereka 50 likes. Kami nak dapat 20 likes pon susah. Hahahahaa

Tapi tak apalah, asalkan lepas requirement untuk dapatkan cop pon sudah memadai. Tahniah !


Dan sepanjang perlumbaan ini kami sering bertembung dengan pasukan dari Indonesia nie. Banyak jugaklah kami saling membantu. Bantu ambil gambar, bantu tunjukkan klu dan macam-macam lagi. Tak sangka mereka menang tempat kedua untuk kategori antarabangsa. tahniah buat kumpulan mereka !


Alhamdulillah, pengalaman pertama aku menyertai Miss SHOPhia Shopping Hunt memberikan kenangan yang manis. Ditambah pula kami menang, makin bertambah-tambahlah kemanisan itu. Apa-apa pon, aku sangat bersyukur berada dalam team SHOPAHOLIC nie. Kerjasama dan bantu-membantu sesama ahli sangatlah penting dalam memastikan perlumbaan seperti ini berjalan lancar. Terima kasih Kak Ruby, Marou dan juga Dboy. We did it !

Boleh saksikan video detik-detik yang sempat aku rakam ketika perlumbaan ini. Enjoy !


InsyaAllah jumpa lagi di Miss SHOPhia Shopping Hunt 4.0 tahun 2021 nanti ya sekiranya dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih buat Tourism Malaysia di atas peluang ini dan buat semua para penaja yang terlibat dalam memastikan kelancaran acara ini.

Jangan lupa tau untuk berbelanja sakan sempena kempen Malaysia Year End Sale yang bermula 1 October sehingga 31 December 2019 ini. Masa nielah untuk kita beli-belah sebab banyak promosi ditawarkan di setiap pusat membeli-belah.

21 comments:

  1. wow
    best lah
    tahun depan nak join lah kalau ada rezeki

    ReplyDelete
  2. tahniah zharif and team sebab menang and have fun dekat event ni. Sayang sangat tengah jerebu, kalau tak dah cantik dah gambar kenangan dekat KLCC tu.

    ReplyDelete
  3. Ayooo cantik-cantik betul gambar team die.Team aku rasa macam sendu sangat.hahah.Tapi serius join team miss shopia nie memang best.Banyak belajar how to work in team.Nak cuba lagi 2 tahun lg.hehehe

    ReplyDelete
  4. Sgt menarik. Nampak happening sgt.
    Round kl in 6 hours. Rushing dgn tugasan.
    Snap gambo. Sure ada aksi lucu ekk?
    Gelak-gelak semestinya.

    ReplyDelete
  5. Kenapa Miss Shophia kenapa diangkat jadi ikon kepada program ini kerana dia kaki shopping wakakaka. Tengok best jer korang pergi merata-rata mall kita nak jalan pun penat nak masuk treasure macam ni wakakaka...

    ReplyDelete
  6. yeah I saw you guys posting about this the other day. memang a fun and happening event and congrats for winning the prize. untungla you all I wish to join next time

    ReplyDelete
  7. Wah.... Seronok nya tengok! Happening seyhhh jelejah beberapa tempat dengan misi dan visi.. Agak mencabar dan penat kannn... Anyway tahniah beb!

    ReplyDelete
  8. Banyaknya tempat kena singgah dalam treasure hunt ni ya, saya baca pun naik semput haha alhamdulillah akhirnya segala penat lelah berhasil jugak.. Tahniah dapat tempat ke-3!

    ReplyDelete
  9. Oo ni antara kerja-kerja as blogger. Saya kenal Kak Ruby je lah semenjak start blogwalking ni. Berbaloi u all sertai sebab berjaya menangi RM200 setiap sorang. Yang penting nampak have fun betul. Tahniah!!

    ReplyDelete
  10. Oo ni antara kerja-kerja as blogger. Saya kenal Kak Ruby je lah semenjak start blogwalking ni. Berbaloi u all sertai sebab berjaya menangi RM200 setiap sorang. Yang penting nampak have fun betul. Tahniah!!

    ReplyDelete
  11. Bagusnya ketua kumpulan tu.. selalu ingatkan dan pesan macam-macam pada team. Macam tu lah baru semangat nak buat aktiviti berkumpulan. Anyway, nice event.. tak pernah terperasan event macam ni

    ReplyDelete
  12. Peegh. Tahniah2 tempat ketiga media. Best jgk event mcm ni kan. Korang tgk event ni dkt mane? Kalau tahu nk join jgk . Best pulak mcm treasure hunt konsep pulak tengok. Habis event mesti penat giler ni. Tapi pengalamann tu yang kita cari

    ReplyDelete
  13. Congratulation kerana dapat pengalaman baru ! event macam ni memang meriah sungguh dan boleh dapat kawan baru juga. hehe

    ReplyDelete
  14. Wah!!! Menariknya... best ooo... banyak pulak station tu... lain kali kalau ada lagi event macam ni nak joinnnnnnnn... teruja sangat-sangat masa tengok semua gambar-gambar yang happening tu... syabas everyone...

    ReplyDelete
  15. Tahniah zharif dan team. Meriah dan ramai yang menyertainya. Banyak juga ye perlu selesaikan tugasan tu. Semput tengoknya.

    ReplyDelete
  16. Tahniah zharif dan team. Meriah dan ramai yang menyertainya. Banyak juga ye perlu selesaikan tugasan tu. Semput tengoknya.

    ReplyDelete
  17. pergh nampak mencabar aktivti dia ye..tapi seronok pun ada..pusing-pusing round kl tu..tapi setiap gmbr masih tersneyumm you alls..hheee...tahniah menang tempat ke tiga

    ReplyDelete
  18. Seronoknya pusing2 mall dkt KL. Teringin nak join program mcm ni, dpt pergi byk mall & shopping hahha. Tahniah sbb menang ya!

    ReplyDelete
  19. Tahniah zharif dan team..seronok dan happening sangat jelas terpancar kt muka korang nie..hope dpt buat lgi event mcm nie tiap tahun.. Msti ramai yg nk join....da mcm explore race..

    ReplyDelete
  20. Tahniah Zharif dan team. Seronok sis tengok masa korang bertanding hari tu. Nampak mencabar sungguh tapi fun kan? Kisahnya 10 like baru dapat cop ekk...nasib baik team korang saling berkerjasama kan..tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  21. Can't believe is the time of the year again! So fast is year end sales dah, rasa broke sangat hahaha. But this shopping hunt looks like so much fun though!

    ReplyDelete