Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini merupakan kali pertama kunjungan aku ke sini. Tidak susah pon untuk cari lokasi restoran ini kerana ia terletak betul-betul berhadapan dengan GM Klang Wholesale City. Yer, tempat orang-orang borong barang banyak-banyak tu.
Hah kat situlah lokasinya.
Restoran Sisik Ikan Bakar sudah masuk tahun ke-6 beroperasi. Telah bertapak sejak tahun 2013 lagi dengan mengetengahkan hidangan masakan melayu asli. Menu-menu dan nama masakan restoran ini dipengarhui oleh latar-belakang pengasasnya yang berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Melaka
Restoran Ssisik Ikan Bakar ini mempunyai dua waktu penyajian. Belah siang, mereka sajikan hidangan masakan Melayu asli. Manakala pada belah malam, mereka menyajikan hidangan masakan yang berasaskan makanan laut. Jadi korang boleh pilih nak datang pada waktu bila. Butiran waktu operasi aku sudah perincikan di bawah.
Waktu operasi :
8.00 AM - 4.30 PM : Masakan Melayu asli
5.00 PM - 12.30 AM : Masakan berasaskan makanan laut segar
Sekiranya pengunjung datang pada belah malam, atau selepas jam 5.30 petang, pengunjung boleh memilih bahan basah untuk hidangan mereka. Yer, pengunjung boleh memilih sendiri saiz dan makanan laut apa yang mereka ingini. Ada pelbagai jenis ikan, sotong, ketam, pepahat, kerang, udang saiz XL, dan yang paling best, telur ikan mayong pon ada ! Nampak je telur ikan mayong, terus terbayang asam pedas. Dappnya !
Kesemua bahan basah ini sangat segar tau ! Tengok pon rasa gembira je nak pilih. Pilih jangan tak pilih.
Pilih punya pilih, maka penuhlah satu meja dengan hidangan makanan laut yang dimasak panas-panas. Rasa tak sabar nak cuba satu persatu. Tak tahu nak mulakan dengan hidangan yang mana satu dahulu. Meyh aku perincikan hidangan yang telah menjadi santapan kami pada malam itu.
Pilihan masakan untuk menu ikan sangatlah banyak dan akhirnya kami sepakat untuk memilih masak sambal dan juga tempoyak. Kami memilih ikan siakap kerana semua lebih familiar dengan ikan siakap. Tambahan pula, saiznya yang besar cukuplah untuk kami satu meja.
Ikan Siakap Masak Sambal |
Ikan Siakap Masak Tempoyak |
Kedua-dua hidangan ini sangatlah sedap !! Bersih sampai ke tulang kami makan. Siakap Masak Sambal tu serius sedap betul. Pedas dia just nice. Ikan Siakap Tempoyak tu pon best rasa dia. Tempoyak dia betul-betul rasa. Biasa makan ikan patin masak tempoyak, kali nie kita cuba ikan siakap masak tempoyak pula. Ternyata tidak mengecewakan !
Sotong Bakar Sambal Madu |
Winning dish of the day ! Ya Allah serius sedap betul Sotong Bakar Sambal Madu nie. Bertambah pinggan dibuatnya. Terus order lagi satu ekor. Tak cukup satu ekor walaupun saiz dia besar. Sangat disarankan untuk ambil hidangan nie. Sedap !
Udang Masak Berempah |
Udang yang disajikan di sini kesemuanya bersaiz XL ya. Tak mainlah udang saiz kecil nie. Rasa puas betul dapat makan udang saiz besar. Sangat disarankan untuk ambil menu udang. Udangnya segar dan rasa untuk menu ini pon best. Crunchy-crunchy gitue ! Makan dengan nasi panas-panas memang layan.
Kupang Masak Berlada |
Buat penggemar kupang, aku sangat sarankan korang pilih untuk dimasak berlada. Serious sedap ! Tapi awas ya, agak sedikit pedas. Rasa dia blend sangat harmoni dengan kupang tu. Kuah dia walaupun pedas, tapi sedap dihirup begitu saja.
Seafood Singgang |
Seafood Singgang merupakan menu baharu di Restoran Sisik Ikan Bakar ini. Diberitahu ini merupakan menu baharu, cepat-cepat kami order sebab ingin rasa. Ternyata rasa dia sangat sedap ya !! Dan makanan laut di dalam tu sangat emriah. Macam-macam ada. Udang, sotong, kupang, pepahat dan macam-macam lagi lah.
Sama jugak, suka hirup kuah dia. Sedap.
Sayur Tumis |
Oleh kerana semuanya menu berasaskan makanan laut, jadinya kami ambil satu menu untuk sayur. Nampaklah balance sikit kan. Sayur mempunyai banyak pilihan masakan. Pilih je nak masakan apa. Sayur pulak terdiri daripada pelbagai jenis. Jadi ikutlah tekak korang nak makan sayur apa. Kami ambil menu sayur simple je, sayur tumis.
Nasi Lemak Buluh Perindu |
Yer, jangan khuatir. Sekiranya korang mencari nasi lemak pada belah malam, di Restoran Sisik Ikan Bakar ada menyajikannya. Nasi dia rasa sedap sangat, penuh dengan santan. Lembut je. Mungkin faktor dimasak di dalam buluh rasa dia jadi sedikit unik. Berbeza daripada rasa nasi lemak tipikal yang lain.
Menjadi juga rancangan kami untuk berkumpul. Walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan, tapi berjaya jugak kita sepakat pilih tarikh, masa dan tempat utnuk berkumpul. Nasib baik semua setuju nak makan hidangan seafood panas-panas. Terus Google tempat makan mana yang best. Terima kasih Zul sebab cadangkan lokasi makanan nie.
Bilalah lagi dapat peluang berkumpul ramai-ramai macam nie kan korang ?
RESTORAN SISIK IKAN BAKAR
NO 32 Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanic,
41200, Klang, Selangor Darul Ehsan.
*Berhadapan dengan GM Klang*
Sekiranya korang berminat untuk makan di Restoran Sisik Ikan Bakar ini, adalah lebih baik korang buat tempahan terlebih dahulu. Jadinya tak adalah korang berputih mata nanti. Sebabnya sini biasanya ramai dan penuh dengan pelanggan.
.
Whatsapp : https://wa.me/+60192263004 & https://wa.me/+60162240474
.
Facebook : RESTORAN SISIK IKAN BAKAR
.Aku memang sangat berpuas hati datang makan malam di sini bersama rakan-rakan. Sangat disarankan untuk korang di luar sana untuk mencuba. Memang akan repeat lagi nanti. Terbaik !
Aduh aduh sedapnya! Kena masuk dalam list food hunt lepas ni. Yaya dah la memang gila seafood! Syoknya kalau boleh bawa semua family members makan kat sini. Thanks for sharing! Nak bagitahu kat kawan kita yang tinggal area Klang dulu. Mesti dia excited :)
ReplyDeletesedapnya ikan bakar.memang favorite nuna.hehehe.tq atas perkongsian.
ReplyDeleteAmboi Zharif, bergambar di sisi lautan makanan...aduhai akak tengok makanan tu semua sedap betul..cuma lokasi agak jauh dengan akak, tapi nanti kalau tiba2 tersesat ke sana boleh la akak cuba makan kat sini...nampak sedap dan harga pun berpatutan
ReplyDeleteAgak-agak kita akan mengulang tak makan kat sana? Rawlins nak makan Nasi Lemak Buluh Perindu dengan pelbagai lauk dan sambalnya. Of coz nak merasa gak dengan ikan bakar.
ReplyDeleteThanks for sharing looks yummy
ReplyDeleteSemua makanan nampak sedap2 belaka. Nampak ramai rakan blogger turt serta bersama-sama. Semoga ukhwwah terus terjalin. Terbaik bro. Jika ada masa ke sana, Naim akan mencuba
ReplyDelete1st.... Nama restoran ni menarik Dan senang diingat.
ReplyDelete2nd... Nampak gambar2, semuanya sedap. Kena try ni nanti.
Lokasinya pun sangat strategic..
Tq for sharing bro
Memang sedap..makan dekat restoran sisik, ada plan nak datang jugak ke sini dengan family, sebab anak suka makan tempoyak.. Hi hi hi
ReplyDeleteTeringat pulak masakan kat sana bila tgok gambar kat sini. Memang sedap terutama sotong..perghh teringat ingat sampai sekarang. Memang kena repeat balik ni nampak gayanya
ReplyDeleteWow makan banyaknya nampak jer kurus Zharif ni hehehe tapi makan paling dia suka adalah Masak Tempoyak wakakaka kita tahu awas yer huhuhuh. Kita paling suka kat sini adalah sotong bakar terbaik....
ReplyDeletewahhh dasyat2 menu dia.. memang menyelerakan.. OO.. Restoran ni berhadapan dengan GM Klang.. senang la nak cari lokasi dia..
ReplyDeleteQiss dah berkesempatan makan kat sini Lepas shopping kat GM Klang aritu. Memang sedap dan feveret Qiss masakan tempoyak dia. Memang marbeless.. so nanti nak ajak kawan-kawan makan kat sini pulak lah. Nak cuba menu lain yang Zharif kongsikan ni
ReplyDeleteAmboiiii... marvellously yummyliciousnya menu-menu tu... dah terliur dah ni bila scroll down... wahaiiii... terus rasa nak pi makan seafood tau... tapi tu la, tak pernah tau pasal kedai ni... selalu dok lajak ke Tanjung Harapan je sebelum ni... next round, sini pulak hokey...
ReplyDeleteNak nangis rasa baca tengah malam. Terus lapar balik. Dah laaa nama restoren pun dah bikin terliur. Bila tengok gambar bertambah terliur. Ini tandanya nur memang kena pergi sana pekena hidangan best dekat Restoren Sisik Ikan Bakar ke??
ReplyDeleteAduhai menu seafood dia pelbagai pastu sedap ja semua. Terliur dah ni. Tak sabar nak cuba lah. Kalau pi GM Klang boleh singgh restoran sisik ikan bakar.
ReplyDeletedisember ni datang kl kena ke sini untuk rasa sendiri. memang best lah ikan bakar macam ni kalau dinner bersama keluarga.
ReplyDeleteMasya Allah banyaknya lauk.. Nmpk sedap dan menyelerakan.. Nnti AM turun ke Klang boleh la singgah di Restoran Sisik nie..
ReplyDelete