Monday, September 2, 2019

Lebaran 2019 : Tukang Jahit Tak Nak Ambil Tempahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah tiba masanya untuk aku abadikan kenangan lebaran 2019 di dalam blog ku ini. Akhirnya terupdate juga ya cerita hari raya. Lambat update bukan sebab aku sibuk, tapi lebih kepada mood nak menaip tu tak datang. Hari raya aidilfitri aku tahun nie biasa-biasa saja. Aku syak disebabkan biasa-biasa tulah aku jadi malas nak menaip. Hahahaha


Tahun nie kami satu keluarga memutuskan untuk memakai warna kuning mustard. Ada sedikitlah drama yang berlaku tahun nie berkenaan baju raya kami. Kain pasang kuning mustard nie dah lama beli. Dari awal tahun kalau tak silap. Tapi dok tersadai dekat rumah tu tak hantar-hantar dekat tukang jahit.

Sampailah masuk minggu kedua puasa, baru terhegeh-hegeh nak hantar baju raya dekat tailor. Jawapannya memang tailor dah tak nak terima lah. Padan muka, sape suruh hantar lambat. Habis menggelupur aku cari tailor yang masih menerima tempahan dekat google dan facebook.



Ramai gila aku mesej tapi jawapannya TEMPAHAN BAJU RAYA DAH DITUTUP. Kalau ada pon, cuma terima satu pasang baju je. Aku nak tempah 4 pasang untuk aku, adik laki aku, ayah dan juga Faris. Alhamdulillah, setelah berpuluh tailor aku mesej, akhirnya ada lagi tailor yang masih boleh terima tempahan baju raya. Tapi dengan bersyarat nak tengok design terlebih dahulu.

Ada dua design, satu design untuk baju hari raya pertama dan satu lagi design untuk baju hari raya kedua. Tapi oleh kerana last minute hantar tempahan, baju hari raya kedua terpaksa kita lupakan dan buat untuk raya tahun depan je. Design yang aku lukis, dia tak boleh terima sebab susah katanya. Jadinya, terpaksalah menggunakan design baju raya kedua yang dilukis oleh adik laki aku. Walaupun biashe-biashe saja, tapi jadilah. Asalkan ada baju raya. Huhu.


Baju raya perempuan semua dah siap tapi malam raya baru perasan kain dorang dijahit senget-benget dan tak selesa. Gigihlah sebelum buka puasa pergi ke tempat jahit tu dan minta dibetulkan. Instead of dibetulkan, tukang jahit tu minta kami beli kain pasang baru dan hantar ke dia untuk dia jahit. Kos kain pasang yang dibeli tu nanti dia tanggung, katanya. Mujurlah kedai kain tu dekat tingkat atas je dan masih ada stok. Bila kain dah siap dijahit, eh eh dia tak nak bayar pulak kos kain tu. Dia kata nanti dia rugi, masalahnya dah ko yang minta kami beli kain baru dan kau sendiri yang silap jahit dan potong kain tu senget-senget. Kami pulak nak kena tanggung. Memang idaklah. Last-last dia bayar jugak.


So sedikit sebanyak, itulah drama raya untuk tahun ini. Tahun nie rumah aku menjadi tapak pengumpulan sebelum berganjak ke rumah kedua. Seronok tengok sedara-mara aku semua datang. Tak adalah semua, hampir kesemuanya lah. Now enjoy the rest of the photos during hari raya pertama aku.







Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam nie. Hari raya jelah dapat berkumpul, bermesra-mesra dan bermaaf-maafan macam nie. Sayang korang semuanya. Semoga ukhuwah kami sanak-saudara terus erat dan kukuh sampai bila-bila. Okay aku nak habiskan ayat aku. Jijik pulak aku baca. Hahahahaha



Lepastu terus kami sekeluarga bertolak balik ke kampung belah ayah di Pahang. Masa untuk beraya di Pahang pula. Seperti biasa, hari raya kedua aku membazir begitu sahaja. Luang masa dekat kampung, tengok orang datang beraya dekat rumah Tokki dan Wek. Raya ketiga barulah kami pulang semula ke Selangor.




Baju raya tahun lepas yer, sebab baju raya hari kedua tak sempat nak hantar. Hahaha

Tak lama pon beraya dekat kampung. Hari raya ketiga dah balik semula ke Selangor. Tapi sebelum balik tu, kami sempat singgah beraya rumah mak sedara di Keratong. Agak seram juga ya jalan nak ke Keratong nie. Gelap gelita. Tapi singgah dekat McD Nilai ngeteh sebentar sebelum sambung perjalanan balik ke Banting. Masa nie dah dekat 2 pagi. Tapi tak sampai lagi ke rumah.



Sampai rumah jam 3 pagi tapi besoknya kena bangun pagi-pagi untuk sambung beraya. Hari raya keempat nie, kami beraya rumah sedara-mara di Sijangkang, Kapar dan dua rumah di Nogori Sombilan. Maaflah, tak banyak gambar ambil. Maklumlah, nak luangkan masa berkualiti bersama sanak-saudara. Gitueeee !!

Yer, luangkan masa berkualiti sangat. Hahaha


OOTD raya tetap kena ambil ya. Haruslah kita tayang baju raya. Maklumlah, busana baju raya untuk hari raya keempat nie tajaan daripada Jakel uols. Followers harus tahu. Ahaks ~

Okay, seterusnya nie aku tak tahu hari raya keberapa, sebab aku ikut turutan gambar dalam album raya aku kat laptop nie. Mungkin hari raya kelima, mungkin tidak. Aku pon tak pasti.



Kali nie, rakan-rakan seperjuanganku di UPM datang beraya ke Banting. Walaupun tak sampai setahun jagung kenal mereka, tapi ukhuwah kami sangat rapat. Aduii perkataan ukhuwah pulak keluar. Jijik betul aku baca. Apa-apa pon, seronok tengok dorang datang Banting. Tak sangka sebab semuanya duduk jauh-jauh. Tapi disebabkan tarikh exam jatuh pada beberapa hari lepas raya, jadi semuanya terpaksa balik ke UPM.

Sementara untuk tunggu paper seterusnya, maka mereka pon datanglah beraya ke Banting.

Bawak pi jalan-jalan ke Pantai Morib yang indah. Ya, indah sangat !


Beraya rumah Mulyani di Salak Tinggi

Sampai ke malam okay kitorang beraya. Dahsyat sangat !!! Dah lah pada hari yang sama jugak, aku pergi beraya dengan BFF sekolah menengah. 4 buah rumah aku beraya dengan BFF termasuk rumah aku.

Busana raya aku daripada butik 5 Waktu. Sangat selesa dan tak rasa belengas langsung walaupun satu hari beraya sampai ke tengah malam. Material best ! Tak ada proper OOTD untuk baju nie, kira halal lah yer ? Hahaha. Terima kasih 5 Waktu untuk kurta yang cantik dan selesa ini !

Beraya rumah Fadzilah di Jenjarom. Orang pertama naik syeikh.

Beraya rumah Zuhair di Kanchong Darat. Semuanya naik syeikh !

Mereka beraya di rumah ku. Naik syeikh tak habis lagi !

Beraya rumah Adi di Sungai Kelambu. Sampai ke malam masih lagi naik syeikh

Satu hari yang sangat memenatkan ya. Bukan kawan-kawan aku je yang datang ke rumah aku masa nie, tapi kawan-kawan ibu dan ayah aku juga datang ke rumah. Semuanya datang pada waktu yang sama pulak tu. Habis penuh satu rumah. Gambar kawan-kawan ibu dan ayah aku datang beraya malaslah aku nak upload sekali, sebab bukan tetamu aku. Nak upload jugak pergi buat blog sendiri. Kah !

Tengah tunggu giliran untuk makan. Thank you guys for coming.

Next, aku pon tak tahu nie dah hari raya ke berapa. Yang pasti, pagi tu aku ada event. Balik event terus pergi beraya rumah rakan seperjuanganku semasa belajar di UPSI. Jumpa dengan RAPAT Rangers yang lain. Ya Allah rindunya dengan korang semua !!! Semuanya dah jadi bini orang. Aku sorang je masih single tak laku-laku. Kah !

Entah bila lagi dapat berjumpa nie

Seterusnya, pergi beraya rumah Kak Ruby. Hakak kawasan dalam arena blogging. Haruslah sembah ratu. Terima kasih kak Ruby jemput saya datang rumah terbuka Kak Ruby. Satu family sedondon berbaju batik ya. Ini pon sama, balik je dari rumah Kak Ruby, terus pergi event. Ada food review masa nie. Bayangkan pergi food review pakai baju melayu, janggal gila !

Terima kasih kak Ruby dan abg Naim

Last but not least, aku dan rakan seperjuanganku di UPM beraya rumah pensyarah kesayangan kami iaitu rumah Dr Aniza di Bangi. Dr Aniza bukan sahaja pensyarah subjek kelas aku malah beliau juga merupakan academic advisor dan merangkap supervisor untuk dissertation aku. Dr Aniza nie sangat-sangatlah berjiwa keibuan ya. Lembut je bila bercakap.


Terharu sangat-sangat sebabnya dia baru je sampai rumah dari Pahang. Balik Pahang semata-mata nak beli ikan patin untuk kami. Dr Aniza masakkan kami ikan patin masak tempoyak. Serious sedap ! Dia juga jamu kami dengan buah durian sebabnya, Hamzah, classmate kami dari Nigeria tak pernah makan buah durian.


Makanya, nak bagi dia rasa buah durian tu. Surprisingly, dia boleh go dengan rasa durian tu. Biasanya orang yang tak pernah makan durian nie, especially orang negara luar, dorang tak berapa suka dengan rasa dan bau buah durian. Tapi Hamzah tidak. Dia malah suka.



Terima kasih Dr Aniza sebab jamu kami semua makan sedap-sedap. Siap tempah katering dan khemah okay. Walhal last minute rancang nak datang beraya. Tak sangkalah sampai tempah-tempah khemah nie. Hahahaha. Terima kasih Dr !

Aku rasa ini sahaja untuk cerita raya tahun ini sebabnya gambar terakhir dalam folder raya habis di rumah Dr. Tak adalah meriah mana, biasa-biasa saja. Asalkan diberkati. Gituhh ! Itu sahajalah cerita raya aidilfitri aku untuk tahun ini. Semoga kita dipertemukan lagi di raya akan datang. Amin !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...