Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pernah tak, dalam hidup korang, korang rasa macam buat sesuatu tapi tak nampak hasil ? Rasa nak give up sebab macam-macam dah usahakan tapi macam tu jugak hasilnya ? Rasa nak cuba sesuatu yang baru tapi takut benda yang sama berlaku, pernah rasa macam nie tak ? Aku pernah rasa. Rasa macam seorang yang gagal. Tapi itulah lumrah kehidupan. Tak semua yang kita rancang dan impikan, kita dapat. Yang pasti, kita tetap kena bermotivasi untuk terus berjaya. Banyak cara untuk kita cari motivasi tu. Salah satunya kita perlu dikelilingi dengan aura dan orang-orang yang positif. Dan itulah yang aku telah lakukan pada 30 Ogos yang lalu dengan mengikuti Program Nak Ubah Hidup bersama Dr Azizan Osman. Ikuti butirannya !
Ini bukanlah kali pertama aku sertai Program Nak Ubah Hidup bersama Dr Azizan Osman, ini merupakan kali kedua aku bersama program ini. Apa yang aku boleh cakap, aku cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta program ini. Seawal jam 5 pagi sudah berada di dewan untuk pendaftaran. Sangat mengejutkan aku. Aku fikir, aku orang yang terawal sampai, rupanya ada lagi yang lebih awal. Datang dari serata negeri.
Seawal jam 7 pagi aku sudah mendaftar dan dapatkan pas masuk
Program tersebut telah diadakan di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam Selangor selama 3 hari bermula 30 Ogos 2019. Seramai lebih 12,000 peserta telah sertai program 3 hari ini dari serata Malaysia, Brunei dan juga Singapura. Aku berasa cukup bertuah kerana telah menjadi salah seorang peserta untuk Program NUH kali ini. Lihat sahaja crowd di dalam dewan SCCC ini. Dipenuhi dengan lautan manusia !
Kami semua datang untuk satu matlamat yang sama, iaitu ingin mengubah hidup. Sejajar dengan objektif program ini iaitu ingin membantu para usahawan dan bakal usahawan untuk meningkatkan potensi diri, taraf kehidupan dan kewangan melalui perniagaan yang menguntungkan. Selama 11 tahun menganjurkan program seperti ini, semakin ramai yang faham bahawa hanya perniagaan yang dapat membantu untuk meningkatkan tahap pendapatan. Tapi malangnya, ramai yang memulakan perniagaan tanpa ilmu yang betul.
Dr Azizan Osman tekad ingin membantu usahawan untuk berjaya
Tanpa ilmu yang mampan, mana mungkin seseorang itu boleh bertahan usahakan sesuatu yang bukan bidangnya. Dengan ilmu dan semangat yang tinggi, insyaAllah apa yang diusahakan akan bertahan lama dan membuahkan hasil. Melalui pengalaman lampau yang pernah dilalui, beliau bertekad ingin membantu lebih ramai usahawan di luar sana.
.
Beliau pernah membangunkan sebuah perniagaan yang hanya menjual sabun dan kelapa. Namun sering gagal dan pernah berhutang sehingga ratusan ribu ringgit. Beliau terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang tersebut. Dari situ, beliau bertekad sekiranya beliau berjaya dalam bisnesnya nanti, beliau kaan membantu ramai anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman beliau sendiri dan dari mentornya dari luar negara.
Peningkatan bilangan peserta #NUH2019
Sejak program Nak Ubah Hidup ditubuhkan, peningkatan bilangan peserta semakin menggalakkan. Kalau dulu bilangan peserta sekitar 10,000 orang, tapi program Nak Ubah Hidup baru-baru ini mencecah lebih 12,000 peserta. Tanpa pemasaran yang padu dari team RichWorks untuk program NUH ini, mana mungkin bilangan peserta mencatat seramai ini. Tahniah buat semua team RichWorks yang berhempas pulas memasarkan program ini sejak 4 bulan yang lalu.
Sambut Hari Kemerdekaan dan Awal Muharram di program Nak Ubah Hidup
Lebih menarik lagi, program Nak Ubah Hidup kali ini jatuh pada hari kemerdekaan negara dan juga awal Muharram. Kesemua peserta menanti detik jam 12 malam dan sama-sama mengira ambang kemerdekaan. Semangat nationalisme setiap peserta disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran bendera Jalur Gemilang.
Manakala semasa sambutan Awal Muharram, para peserta mengaminkan bacaan doa awal tahun sebagai tanda kesyukuran dan pengharapan agar terus dimurahkan rezeki dan diberikan kejayaan. Kedua-dua sambutan ini sangat simbolik dengan objektif program Nak Ubah Hidup ini. Nak Ubah Hidup berobjektifkan untuk memerdekakan diri dari dibelenggu hutang dan masalah ekonomi dan menghijrahkan diri daripada hidup ala kadar dan biasa-biasa kepada lebih luar biasa dari segi tahap kehidupan dan kewangan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah kali nie aku juga berkesempatan menjadi salah seorang peserta program NUH ini. InsyaAllah sekiranya diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik, aku nak turut serta lagi dalam program NUH akan datang. Banyak manfaat bila korang dikelilingi orang-orang positif seperti dalam program ini. Jom mendaftar !
Daftar di sini : http://bit.ly/2PQSpHi
Oleh kerana ramai yang bertanyakan bila program NUH seterusnya, jadi jangan lepaskan peluang ini sebabnya pendaftaran sudah dibuka. Cepat grab sebelum terlambat sebabnya dah mula ramai yang mendaftar.
Layari laman sesawang berikut untuk maklumat lebih terperinci : www.nakubahhidup2020.com
No comments:
Post a Comment