Thursday, November 22, 2018

Pameran Pengantin MEFA 2018 Menawarkan Pelbagai Pakej Perkahwinan Lengkap Untuk Majlis Bahagia Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang tengah hangat bercinta tapi si dia macam tak reti-reti nak melamar tu, apa kata bawak pasangan korang tu ke Pameran Perkahwinan MEFA 2018 nie. Kira macam bagi hint lah dekat si dia yang tahun depan kau tu nak naik pelamin. Kalau si perempuan yang melamar kang, kata perigi cari timba pulak. Yang si laki pulak lembab tak reti-reti nak melamar sampai ke sudah. Jadi ini adalah cara halus yang terbaik untuk bagi hint pada pasangan korang yang lembab itu. Gitue !


Pameran Pengantin MEFA 2018

Pameran Pengantin MEFA 2018 merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu buat semua pasangan yang sedang merancang untuk menuju ke peringkat seterusnya, iaitu berkahwin. Pameran yang dianjurkan oleh Malaysia Wedding Festival (MEFA) ini akan dianjurkan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada tahun ini. Di pameran ini nanti akan menawarkan pelbagai promosi, pakej perkahwinan yang lengkap, pelbagai jenis vendor khas untuk bakal pengantin.

Bukan itu sahaja, banyak lagi yang korang boelh dapatkan di Pameran Perkahwinan MEFA 2018 nie. Antaranya :
  • Pakej katering
  • Pelamin
  • Busana pengantin
  • Dewan perkahwinan, 
  • Kad kahwin, 
  • Fotografi
  • Videografi
  • Door gift
  • Hantaran

Pameran Pengantin MEFA adalah pilihan paling yang tepat untuk pasangan-pasangan di luar sana untuk dikunjungi. Sebabnya lengkap dari A to Z ada. Jadi jangan lepaskan peluang ini tau.


Menarik Di Pameran Pengantin MEFA 

Lebih menarik lagi, jika anda membuat tempahan di pameran nanti, vendor-vendor perkahwinan ini akan memberikan harga promosi dan diskaun sehingga 50% tau, yang mana korang tak dapat potongan gila-gila macam nie di luar sana. Siap boleh dapat percuma kambing golek, percuma penghantaran dan yang paling best, boleh dapat percuma pakej berbulan madu. Wow !!

Rugilah kalau korang yang bercadang untuk ke peringkat seterusnya dalam perhubungan tu tapi tak datang dan rebut peluang yang julung-julung kalinya diadakan. Pengunjung juga boleh berpeluang memenangi cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan madu, wang tunai, t-shirt limited edition dan banyak lagi.


Bahkan, sekiranya korang antara 1,000 yang terawal datang, penganjur juga ada menyediakan hadiah istimewa untuk korang. Rugi kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap haribulan, habis semuanya disambar orang lain.

Di pameran itu nanti juga akan diadakan pertunjukan fesyen dan makeup secara LIVE di pentas MEFA yang akan berlangsung selama 3 hari itu. Live make up daripada make up artis yang terkenal di Malaysiaakan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pertunjukkan fesyen akan diadakan pada hari terakhir pameran iaitu hari Ahad.


Menarik bukan ? Rugi kalau korang tak datang. Jom pakat datang ramai-ramai ke Pameran Perkahwinan MEFA 2018 nanti. Butirannya seperti di bawah :

PAMERAN PERKAHWINAN MEFA 2018

7 Disember - 9 Disember 2018 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Tempat : Shah Alam Convention Centre (SACC)

WEBSITE : http://www.mefa.my 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau korang bercadang nak buka booth jualan ke, boleh hubungi nombor berikut :
Encik Azahari : 012 - 387 1775


15 comments:

  1. hey siapa nak kawin memang kena pergi sini..macam-macam tawaran ada..dulu baju pengantin dengan doorgift i , pilih dekat MEFA ni la

    ReplyDelete
  2. Dulu masa belum kawen, teringin jugak la nak ke Pameran macam ni.
    Konon konon ambik feel.haha
    Tapi sampai ke sudah tak merasa.
    Kawan kawan cite seronok pergi pameran ni.
    Macam macam ada. Feel tu lain macam la org kata.

    ReplyDelete
  3. Saya dulu kawen tak terfikir nak pergi pameran macam ni. Last last penat. Rugi masa dan tenaga nak cari sendiri. Kalau pergi join event macam ni kan boleh jimat macam macam.

    ReplyDelete
  4. wow bagus betul bila ada pameran perkahwinan mcm ni kan, it’s great that we have variety untuk pameran jenis mcm ni kan. Yang pameran ni pulak mmg mengancam betul nampak sbb dgn diakaun2 yang ditawarkan tu mmg rasa berbaloi betul untuk bakal pengantin. cantik2 pulak tu nampak segala deco dan mainan colour dioranh kat situ, mmg. nice! silap2 mmg confirm rambang mata masing2 nk pilih pakej haha.

    ReplyDelete
  5. Tu dia, MEFA mai lagi. Rasanya kawan Rawlins pun buka booth masa nie kelak sebab memang ramai yang akan datang sini kan. Rawlins pun suka menyibuk - nak tengok pertandingan MUA kalau ada. Hehe

    ReplyDelete
  6. untuk mereka yang merancang untuk mendirikan rumahtangga..bolehlah datang ke pameran ni...macam2 promosi terbaik boleh dipilih pada harga yang cukup berbaloi

    ReplyDelete
  7. Ala asyik pameran pengantin jer bila nak kenduri tuan punya ni hehehe lama menunggu wakakak. Tapi kita pernah pergi pameran MERA ini cuma ok jer lah. Tak leh komen lebih-lebih..

    ReplyDelete
  8. sape yg nk kawin tu bole la jenguk2 pameran pengantin ni..senang bila ada smua kelengkapan utk 1 tmpt tu kn..tkyh pening2 tp kena ati2 juga sbb kdg ms pameran ckp lain..ms nk dkt majlis ckp lain...sbb benda ni pernh terjadi kt adik dlu ms nk kawin...amik pakej kt pameran perkahwinan juga la..sian la pengantin kalo yg urus pakej tu wat onar

    ReplyDelete
  9. Memang semua kompeni bridal bagi tawaran menarik berlawan-lawan ni nanti. Kalau kita pergi just suka tengok baju yang cantik-cantik ajelah. Tak merasa la nak pakai. Hehe

    ReplyDelete
  10. Alaa kenapa pameran pengantin.. Kita dh kawen. Hahahaha.. Ini bg yg bujang lg2 zharif sesuai sgt ke sini.. Mcm2 ade kan? Dengan promosi harga lagi... Rugi tak pergi dan tgk apa yg menariknya.

    ReplyDelete
  11. bagus tau wedding expo ni sebab semua bolehdicari bawah satu bumbung. kak liez pun masa kahwin ambik pakej semua masa pergi wedding expo

    ReplyDelete
  12. Yang ada plan nak berumahtangga memang wajib terjah pameran pengantin ni. Kat sana, banyak benda yang kita bolrh cari. Jadi takdelah bila nak buat persiapan, kena pergi banyak tempat nak cari sesuatu barang atau perkhidmatan. Semuanya ada kat sini

    ReplyDelete
  13. Time gini la sesuai pasangan-pasangan yang nak berkahwin tu pi terjah.. sebab time ni mesti dah ready pakej yang serba diskaun betul tak zharif? haha.. zaman sekarang bab persiapan kahwin senang je dah.. janji duait mesti ado.. kan

    ReplyDelete
  14. I've never been to a wedding fair before but come to think of it, it will be really convenient for those who are planning to get married, there are somany many things to prepare and this will ease the flow.

    ReplyDelete
  15. For those who are about to tie the knot, going to such wedding fair can be really a good boon. :) You will never know what you will need.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...