Sunday, March 3, 2024

Konsert Melly Goeslow 2.0 : Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi konsert unggul Ada Apa Dengan Melly (Back To School) pada Februari 2023, penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw akan kembali ke Malaysia pada 1 Jun 2024 ini dengan konsert keduanya yang diberi nama Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).


Konsert ini dibawakan oleh AKE Group yang sekali lagi merialisasikan projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment). Konsert ini akan berlangsung dengan mega nya di Axiata Arena, Bukit Jalil. Perancangan untuk konsert mega ini telah bermula sejak setahun yang lalu. Agak sedikit merisaukan kerana tempoh setahun merupakan agak sedikit dekat untuk mengadakan konsert dari penyanyi yang sama. Agak risau mendapat kurang sambutan.


Kalau sebelum ini, di konsert Ada Apa Dengan Melly (Back To School), Melly hanya membawakan lagu-lagu milik dan ciptaannya dan memilih tema back to school yang mana Melly menggalakkan peminatnya hadir ke konsert dngan memakai baju sekolah.


Iman Tang juga memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan. Untuk para peminat yang inginmenghadiri konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi), boleh membeli menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp). Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi.

Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
  • SEJARAH : RM228
  • PENDIDIKAN JASMANI : RM288
  • SAINS : RM328
  • SASTERA :RM428
  • MATEMATIK : RM588

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...