Sunday, March 24, 2024

Bergaya dengan Koleksi Kasut Raya Baharu dari Larrie

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku percaya korang semua pasti pernah dengar sebuah jenama kasut yang diberi nama Larrie. Rasanya jenama kasut Larrie sangat sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia kerana kualiti dan reputasinya dalam industri kasut yang cukup hebat. Bersempena musim perayaan ini, Larrie dengan bangganya memperkenalkan koleksi Hari Raya 2024. Ikuti butirannya !


Untuk koleksi kali ini, Larrie membawakan konsep elegan, moden dan santai dengan menampilkan pelbagai himpunan warna seperti hitam, coklat, beige, taupe dan merah jambu. Semua warna versatil ini boleh disuai pakai dengan pelbagai jenis pakaian untuk perayaan Aidilfitri akan datang. Koleksi ini merangkumi pelbagai gaya yang sesuai untuk setiap lapisan umur yang berbeza.


Koleksi ini boleh dipakai formal mahupun tidak formal kerana ia tampil dengan look yang lebih santai, dan sangat sesuai dipakai terutama sekali di musim perayaan ini. Menariknya lagi, pelanggan akan menerima beg tote Larrie secara percuma dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit. Tote yang pelbagai guna ini adalah iringan yang sempurna untuk koleksi kasut Larrie.

Larrie For Him


Untuk koleksi Hari Raya 2024, Larrie memperkenalkan segmen “For Him" yang menampilkan gabungan gaya kasut formal dan kasual dengan membawa warna asas seperti hitam, putih, coklat, dan taupe. Kasut Larrie berwarna hitam sesuai dan kelihatan elegan apabila digandingkan bersama baju melayu di pagi raya, manakala kasut Larrie berwarna putih, coklat, dan taupe lebih kasual sekiranya dipadankan bersama jeans dan kurta, memberikan si pemakai kelihatan santai untuk berkunjung ke rumah rakan dan taulan. Tidak dinafikan, lelaki akan memilih kasut Larrie untuk Hari Raya kerana ia menawarkan pilihan, keselesaan dan boleh dipakai secara formal mahupun santai.

Larrie For Her


Bagi wanita yang mengutamakan keanggunan serta mereka yang cenderung kepada fesyen kasual, raya kali ini Larrie memperkenalkan koleksi yang menarik untuk mereka. Menariknya, Larrie menampilkan pelbagai jenis kasut tumit dan kasual, sesuai untuk wanita yang ingin tampak anggun dan lebih moden. Koleksi “For Her” juga diperkenalkan buat mereka yang memilih kesederhanaan dan mengutamakan keselesaan bagi dipadankan bersama pelbagai gaya baju kurung. Koleksi ini terdiri daripada warna asas seperti hitam, putih, kuning air dan merah jambu. Tahun ini, Larrie menggabungkan elemen keanggunan dan keselesaan pastinya menjadi pilihan wanita untuk bergaya menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Koleksi baharu ini kini boleh didapati di semua pusat membeli-belah terkemuka di seluruh negara.Harga bermula dari RM49.00 hingga RM 179.00. Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, boleh kunjungi ke laman Facebook mereka http://www.facebook.com/larrie78n atau layari www.larrieshoes.xcom.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...