Sunday, March 3, 2024

Bufet Ramadan 2024 : Santapan Ummis Hijau Kasturi

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Satu lagi tawaran bufet Ramadan yang ingin aku konsikan bersama korang tapi kali ini berbeza sedikit kerana bufet kali ini bukanlah di hotel-hotel. Ia dari sebuah restoran yang terletak di Sentul Village yang diberi nama Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi. Ikuti butirannya !


Tahun ini, Santapaan Ummis Hijau Kasturi membawa tema Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu yang membawakan gabungan sajian dari dua buah negara, iaitu Malaysia dan Brunei. Terdapat 45 jenis hidangan disajikan sepanjang bulan Ramadan ini yang akan bermula 13 Mac 2024 sehingga 8 April 2024.


Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan untuk tahun-tahun sebelum ini. Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan.



Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi. Jika diperhatikan, kebanyakkan menu-menu yang dihidangkan adalah menu-menu desa. Hal ini kerana menu-menuini mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan.



Promosi ‘Early Bird’

Dewasa : RM 50.00 nett (Sehingga 12 Mac 2024). Harga biasa RM59.90
Kanak-kanak (12 tahun kebawah) & warga emas : RM25.00
Kanak-kanak 3 tahun kebawah : Percuma


Selain itu, buat mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Pelbagai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging.Berharga RM19.90 bagi 500gm. Semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan.



Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383 (pejabat), 017-6534133 (operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran).

Waktu Operasi Bulan Ramadhan : Setiap hari (6.30 petang hingga 9.00 malam)
Waktu Operasi Harian : Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin (8.30 pagi hingga 6.00 petang) 


Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, 51200 Sentul, Kuala Lumpur


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...