Thursday, March 7, 2024

Bufet Ramadan 2024 : DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu lagi lokasi bufet Ramadan yang korang boleh masukkan dalam senarai iaitu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur yang terletak di Intermark Mall. Antara salah satu lokasi bufet Ramadan yang banyak mendapat sambutan kerana variasi makanan yang ditawarkan. Ikuti butirannya !


Bufet Ramadan di sini akan bermula pada 13 March sehingga 7 April 2024. Menggabungkan sajian klasik dan moden serta campuran masakan tradisi masyarakat lain juga. Tema yang diketengahkan ini mampu membawa kita melihat evolusi masakan masyarakat kita dan sekaligus meraikan kepelbagaian citarasa masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum.




Antara hidangan yang disajikan termasuklah :
  • Stesen Kambing Golek
  • Australian Beef Shank Kerutup
  • Seafood Bakar Station
  • Sup Kawah Meletop
  • Ikan Siakap Gergasi Bakar Gaya Kerala
  • Barramundi Muara Kukus dengan Sos Cili Kacang Ditapai,
  • Udang Harimau Segar Mentega dengan Bijirin Oat,
  • Consommé Ayam Kampung Rebus Dua Kali dengan Kurma Merah
  • Seleksi Ais Krim dari Gelatomio.




Sejajar dengan cawangan Hilton yang lain, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur mengetengahkan strategi pengurusan pebaziran dengan meminimumkan pembaziran dengan cara mesra alam untuk kesejahteraan alam sekitar dan planet. Satu usaha yang cukup bagus dan patut dicontohi oleh ke semua hotel-hotel yang menawarkan hidangan bufet Ramadan.




Bufet Ramadan "Merentasi Tradisi, Sajian Pulu dan Kini"

Waktu : 13 March sehingga 7 April 2024 (6.30pm -10.00pm)
Harga bufet (Setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu) : 
Dewasa - RM218
Kanak-kanak - RM109
Harga bufet (Jumaat dan Sabtu) :
Dewasa - RM238
Kanak-kanak - RM119



Pengunjung boleh nikmati diskaun sebanyak 25% untuk tempahan yan dibuat melalui EatDrinkHilton.com dari 10 hingga 18 Mac 2024 dan diskaun 10% untuk tempahan yang dibuat dari 19 Mac hingga 9 April 2024. Di samping itu, pengunjung akan dihiburkan dengan alunan merdu persembahan secara langsung kumpulan 3-Piece yang menampilkan muzik Melayu tradisional setiap hari (kecuali Isnin) dari 13 Mac hingga 7 April 2024.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, bolehlah hubungi nombor dan email yang berikut : Tel : +603 2172 7272 Email : KULDT_FBReservations@hilton.com Laman sesawang : EatDrinkHilton.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...