Tuesday, March 12, 2024

Bufet Ramadan 2024 : Lugar De La Boda (Dewan MSBJ Puchong Utama 7)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lokasi wajib aku buka puasa setiap tahun sudah pastilah Lugar De La Boda Puchong. Antara lokasi buka puasa kegemaran aku kerana kemeriahan dan kesedapan menu yang disajikan. Ikuti butirannya !


Sedikit kelainan tahun ini di mana mereka bertukar lokasi kepada Dewan MSBJ Puchong Utama 7 (Waze : Dewan MABJ PU7). Tidak jauh dari lokasi lama, lebih kurang 1.2 km je dari dewan Lugar De La Boda.




Pengalaman mereka melebihi 20 tahun tidak disangkal lagi dalam menyajikan hidangan yang sedap dan cukup menyelerakan. Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari.




Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'live cooking' yang anda wajib cuba :
  1. Lamb grill live - Menghidangkan kambing grill hanana bersama coleslow dan sos black pepper'
  2. Special stall : Kuih badak berendam & juga kuih onde2
  3. Noodles : Mee kari chinese style/mee bandung/mee rebus /soto /bihun sup
  4. Stall Aiskrim


Anda juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, anda bakal menikmati pencuci mulut seperti bubur of the day, buah-buahan tempatan, kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek dan beberapa hidangan lain.

Kenapa Perlu Pilih Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7?


Makanan memang sedap (terutamanya lamb grill yang unlimited tau) Dewan yang berhawa dingin Parking yang luas dan dekat Perkhidmatan rela untuk mengawal lalu lintas (300 paxs keatas) Dewan yang luas bole memuatkan sehingga 600 pax Gerai makanan ada di luar dan juga didalam dewan Kerusi bayi disediakan (1st come 1st serve).


Harga Buffet Ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda
  1. Dewasa - RM85 (Seorang) 
  2. Kanak-Kanak (Bawah 11 Tahun) - RM49 (Seorang)
  3. Warga Emas (60 Tahun ke atas) - RM49 (Seorang)
  4. Special Price : 10 Pax RM 75 Seorang ( Dalam 1 Resit Rm750 Sahaja)
  5. Percuma Kepada Sesiapa Yang Hari Lahirnya Jatuh Pada Hari Tersebut. (Sila Tunjukan Kad Pengenalan Ketika Pendaftaran)  

Untuk tempahan bufet ramadhan, anda boleh ke link ini :

Atau, sila hubungi nombor yang berikut :
  1. Zuraini - 0163111074
  2. Liana - 016-4318434
  3. Shaidatul - 0166700473
  4. Kak Lin – 017-2345297


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...