Thursday, March 7, 2024

Bufet Ramadan 2024 : Zai Sri Gemilang @ Urban Park Hall Alam Impian, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu lagi lokasi menarik untuk dijadikan lokasi buka puasa korang di bulan Ramadan nanti iaitu di Zai Sri Gemilang yang bertempat di Urban Park Hall, Alam Impian Shah Alam. Ikuti butirannya !


Zai Sri Gemilang merupakan sebuah syarikat katering yang cukup terkemuka kembali dengan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’ untuk penganjuran tahun yang ketiga bertemakan Citarasa Timur Tengah bermula 14 Mac hingga 7 April ini. Jangan lupa untuk masukkan bufet RamadanZai Sri Gemilang dalam senarai lokasi berbuka anda tahun ini.



Lokasi bufet Ramadan Zai Sri Gemilang pada tahun ini bertempat di Urban Park Hall yang terletak di Alam Impian Shah Alam. Mengapa lokasi ini dipilih kerana ia mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa.



‘Bufet 25 Malam’ juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan para tetamu pada hujung minggu.


Sebanyak lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah. Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.



Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.



Sudahpun berkecimpung dalam bidang katering selama dua dekad, Zai Sri Gemilang terus kekal sebagai pilihan katering premium khususnya di sekitar Lembah Klang. Oleh itu, aspek penyediaaan sajian berkualiti yang lazat dan bersih tidak boleh dikompromi sama sekali.



Untuk promosi bufet Ramadan tahun ini, kami turut membawakan suasana Timur Tengah ke dalam dewan menerusi dekorasi yang disediakan sekali gus memberikan 'rasa' kepada tetamu ketika berbuka puasa di sni nanti.


Harga bufet Ramadan Zai Sri Gemilang

Early Bird (Pembelian bermula 13 Maac 2024) :
Dewasa : RM98 (Isnin - Jumaat)
Dewasa : RM118 (Sabtu - Ahad)
Harga korporat (Minimum 400 orang) : RM90

Harga asal :
Dewasa : RM108
Warga emas (60 tahun ke atas) & kanak-kanak (7 - 12 tahun) : RM68
Harga korporat (Minimum 400 orang) : RM95

Untuk sebarang pembelian baucar atau tempahan, sila layari laman www.zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...