Thursday, March 7, 2024

Bufet Ramadan 2024 : Grand Pacific Ballroom, Evolve Concept Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ayuh aku bawakan korang ke preview bufet Ramadan Grand Pacific Ballroom yang terletak dalam Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Ikuti butirannya !


Ini merupakan kali petama aku menjejakkan kaki ke bufet Ramadan yang lokasinya terletak dlam sebuah mall. Di Grand Pacific Ballroom (GPB), mereka menawarkan lebih 60 jenis menu yang bertemakan “Selera Orang Kita” bermula 15 Mac 2024 sehingga 7 april 2024.


Untuk mereka yang sedang mencari lokasi berbuka puasa, bolehlah masukkan GPB dalam senarai anda kerana lokasi dan fasilitinya yang strategik dan mudah. Grand Pacific Ballroom terletak di Tingkat 3 di dalam Evolve concept Mall Ara Damansara. Evolve Concept Mall terletak bersebelahan dengan stesen LRT Damansara, dan berhampiran dengan lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.



Ballroom ini mampu memuatkan 700 tetamu dalam satu satu masa. Mereka mempunyai fasiliti yang lengkap seperti ruang tempat kereta yang banyak, tandas yang bersih, dan surau yang selesa di Tingkat 2. Ballroom ini sesuai untuk semua jenis majlis termasuk korperat, perkahwinan, seminar dan apa jua majlis keraian.



Bufet Ramadan Grand Pacific Ballroom :
  • Waktu : 15 March sehingga 7 April (Isnin sehingga Khamis)
  • Dewasa : RM88
  • Kanak-kanak : RM48
  • Warga Emas & OKU : RM68
  • Majlis tertutup minimum 200 orang : RM78



Untuk pengetahuan semua, mereka juga menyediakan pakej lengkap perkahwinan termasuk ballroom, catering, dekorasi pelamin, fotografi, PA system dan emcee, serta event coordinator yang akan mengendalikan majlis perkahwinan anda yang eksklusif. Terdapat dua pilihan konsep catering iaitu secara buffet ataupun secara hidang. Harga pakej bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu, dan RM51000 untuk 300 tetamu secara hidang.



Grand Pacific Ballroom
3Rd Floor Evolve Concept Mall Pacific Place, Jalan Pju 1a/4 Ara Damansara

Diskaun sehingga RM10 ribu bersempena dengan hari terbuka yang mereka anjurkan. Hubungi di nombor yang berikut untuk sebarang tempahan :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...