Assalamualaikum dan salam sejahtera
Satu lagi destinasi bufet Ramadan yang korang boleh masukkan dalam senarai iaitu di The Hilton Kuala Lumpur. Destinasi makan terkenal Hilton Kuala Lumpur,
Vasco's, dengan bangganya memperkenalkan bufet Ramadan yang dinanti-nantikan di bawah tema "Merentasi
Tradisi, Hidangan Dahulu dan Sekarang". Ikuti butirannya !
Bufet Ramadan di sini akan bermula pada 11 March sehingga 9 April 2024. Bertemakan makanan tradisi dahulu dan kini bagi memupuk rasa perpaduan dan perhubungan merentas generasi. Tema yang diketengahkan ini mampu membawa kita melihat evolusi masakan masyarakat kita.
The Hilton juga mengetengahkan strategi pengurusan sesi yang komprehensif dengan meminimumkan pembaziran dengan cara mesra alam untuk kesejahteraan alam sekitar dan planet. Mereka mempunyai sistem yang tersendiri bagi menguruskan sisa pepejal dan data itu direkodkan setiap hari bagi tujuan menganalisis prestasi mereka dalam usaha meminimumkan pembaziran. Tambahan lagi, mereka juga turut bekerjasama dengan Vision Waste Disposal Sdn Bhd untuk memastikan sisa dikumpul dan menghasilkan biogas melalui proses biodegrasasi. Satu usaha yang cukup bagus dan patut dicontohi oleh ke semua hotel-hotel yang menawarkan hidangan bufet Ramadan.
Bufet ini menampilkan 14 gerai aksi langsung yang hanya menyediakan hidanganatas permintaan agar dapat meminimumkan pembaziran. Selain itu, hidangan yang disediakan secara berhadapan dan atas permintaan ini dapat meningkatkan kualiti hidangan dan rasa agar pengunjung dapat menimati hidangan yang tidak dapat dilupakan.
Antara menu yang terhidang ialah :
- Rendang Pedas Ayam Kampung
- Sup Air Kotak Gear Chef Jamsari
- Roti John & Murtabak
- Wagyu dan Kambing Golek Berempah Maghribi.
- Ketam Cangkang Lembut, Sotong, Udang, Ketam Bunga
- Cili Sayap Ayam
- Puyuh Berempah
- Salmon Norway Dibalut Pisang Daun
- Popiah Basah Lobster
- Bubur Lambuk Terengganu
- Oblong Lamb
Buat penutup hidangan, jangan lupa singgah ke meja yang menampilkan pelbagai jenis pemanis mulut. Antara yang menjadi pilihan pengunjung sudah pastinya pemanis mulut yang berasaskan durian. Antaranya ialah Serawa Pulut Durian Musang King, Royal Puding dan Durian Goreng.
Bufet Ramadan "Merentasi Tradisi, Sajian Pulu dan Kini"
Waktu : 11 March shingga 9 April 2024 (6.30pm -10.30pm)
Harga bufet :
Dewasa - RM258
Kanak-kanak - RM128
Pengunjung boleh
nikmati tawaran pembelian awal Beli 3 Percuma 1 (Tarikh Makan Malam: 11-17 Mac dan 6-9 April) dan Beli 5 Percuma
1 (Tarikh makan malam: 18 Mac -5 April). Baucar awal ini hanyalah untuk waktu berbuka puasa pada hari biasa sahaja iaitu Isnin sehingga Jumaat. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, bolehlah hubungi nombor dan email yang berikut :
Tel : +603 2264 2264
Email : Hiltonkualalumpur_FB@hilton.com
Laman sesawang : EatDrinkHilton.com
No comments:
Post a Comment