Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ketibaan bulan Ramadan semakin dirasai. Sudah pasti anda mula tercari-cari lokasi berbuka puasa yang berbaloi dan sedap di sekitar Kuala Lumpur. Oleh itu, mari aku bawakan satu lokasi berbuka puasa yang pasti membawa nostalgia dengan hidangan-hidangan nusantara klasik yang enak. Ayuh berbuka puasa di The Pearl Kuala Lumpur.
Sajian berbuka puasa ini akan berlangsung bermula dari 14 Mac sehingga 7 April 2024. Dengan temanya pada tahun ini iaitu "Sajian Warisan Nusantara", sebuah sajian hidangan unik
berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi.
Uniknya pada tahun ini adalah Bufet mereka turut menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.
Kesemua Gerai Ramadan ini menyajikan aneka pilihan untuk santapan anda pada Ramadan Bufet. Disamping Gerai Ramadan, Chef juga turut tampil dengan Sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol. Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).
Pasukan Cef berbakat di The Pearl Hotel Kuala Lumpur akan menghasilkan lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa dan pastinya memikat selera, di samping hidangan Resipi Klasik Melayu, kami turut menyajikan Resipi Sajian Eropah, Resipi Sajian Klasik India, Resipi Sajian Arab & Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina. Bufet Ramadan kami pada tahun ini menyajikan pelbagai hidangan istimewa yang pastinya memukau selera anda. Dari juadah pembuka selera, hidangan utama hingga hidangan pencuci mulut, setiap menu yang disajikan mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.
Sudah pastinya kemuncak bufet di sini ialah Kambing Panggang yang lembut dan diperap dengan baik. Selain daripada Kambing Panggang, hidangan buffet Ramadan mereka menampilkan juadah asli seperti Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik Special, Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan.
Di The Pearl Kuala Lumpur, kebanyakan hidangan yang disediakan diinspirasikan daripada resipi klasik turun- temurun dari zaman berzaman. Setiap hidangan disajikan dengan penuh kasih sayang dan pastinya ingin memberikan para pengunjung merasai nostalgia Sajian Warisan dengan resipi istimewa daripada Cef kami. Nikmati masakan Ramadan yang terbaik hanya di The Pearl Kuala Lumpur!
Di samping keenakan juadah Ramadan yang menambat selera, merek juga akan memberikan pelbagai baucar membeli-belah kepada pengunjung daripada pelbagai jenis jenama dan servis yang terdapat di Pearl Shopping Gallery dan Pearl Point Shopping Mall. Acara kemuncak bufet Ramadan ini pastinya hadiah cabutan bertuah. Bagi setiap pembelian baucar Ramadan, pengunjung layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah kami yang menawarkan pelbagai hadiah menarik yang bakal diumumkan pada 8 April 2024.
- Hadiah Utama : RM5000 tunai
- Hadiah Kedua : RM3000 tunai
- Hadiah Ketiga : RM1000 tunai
- 3 Hadiah penginapan percuma : 2 hari 1 malam di bilik Premier
- 5 Hadiah penginapan percuma : 2 hari 1 malam di bilik Deluxe
Untuk pengetahuan semua, lokasi bufet Ramadan di The Pearl Hotel Kuala Lumpur yang berada di tingkat 5 ini, mampu memuatkan 200 orang dalam sesuatu masa dan ballroom mereka boleh memuatkan 1000 pengunjung. Tak lupa juga, surau disediakan di tingkat 8 untuk kemudahan pengunjung menunaikan solat maghrib dan solat terawih.
14 Mac – 24 Mac 2024 (HARGA ISTIMEWA)
Dewasa : RM108+
Kanak-kanak : RM68+
Warga Emas atau OKU : RM88+
25 MAC – 7 APRIL 2024 (HARGA BIASA)
PEMBELIAN 1 DEWASA PERCUMA 1 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH
Dewasa : RM128+
Kanak-kanak : RM78+
Warga Emas atau OKU : RM98+
Rebutlah peluang keemasan untuk membuat pembelian awal dengan harga istimewa. Mereka menawarkan Bufet Ramadan percuma kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan setiap pembelian baucar untuk seorang dewasa pada harga biasa.
Sebarang tempahan, boleh hubungi nombor yang berikut :
Yusri 016-620 2070 atau https://wa.link/ofpa41
Sani 016-331 8795 atau https://wa.link/hnzgcz
Aliza 011-1162 4462 atau https://wa.link/gyh87n
Noraini 016-331 8794 atau https://wa.link/eulz7o
Rashida 016-331 8729 atau https://wa.link/u2s3mq
Fei Shan 016-331 8437 atau https://wa.link/snvhyv
Jumpa anda di The Pearl Hotel Kuala Lumpur nanti !
No comments:
Post a Comment