Sunday, February 18, 2024

Xin Chou Vietnam - Tempat Menarik di Dalat Vietnam (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selepas menceritakan detik-detik mencemaskan untuk sampai ke Dalat nie, marilah kita mula terokai bumi Dalat. Ya Allah teruja sangat bila dah sampai sini. Tanpa membuang masa lagi, ayuh aku senaraikan tempat-tempat yang korang wajib lawati ketika berada di Dalat.


1. Crazy House 

Harga tiket : 60,000 VND
Parking Motor : 5,000 VND

Destinasi pertama kami sebaik tiba di Dalat ialah Crazy House. Sewaktu buat research untuk terokai Dalat, ramai sungguh suruh datang ke Crazy House. Ia merupakan salah satu lokasi yang cukup terkenal untuk dilawati di Dalat. Jadinya, kami pon singgah.


Crazy House merupakan sebuah "rumah" yang terhasil daripada imaginasi seorang arkitek. Memang agak pelik kalau korang masuk dalam nie. Secara jujurnya, semua tingkat dan tangga yang terdapat dalam Crazy House nie, tiada fungsi. Hanya sekadar kau naik tanga penatpenat untuk sesuatu yang sia-sia. Dia bukanlah satu benda yang berfungsi.





Tangga dia pulak sangat sempit dan tinggi. Agak berbahaya jadinya kena berhati-hati. Kalau bawa anak kecil, sila awasi anak anda sebab aku tak rasa ada ciri-ciri keselamatan terhadap semua struktur dalam Crazy House nie. Dorang pakai buat je berdasarkan imagiansi luar biasa arkitek itu. Memang lain daripada yang lain, tapi tiada fungsi. 





Dan disebabkan itu, nama diberi Crazy House sebab memang pelik dan aneh segala motif yang terdapat dalam tempat nie. Yanng paling terkejut tu, sebenarnya Crazy House nie juga merupakan sebuah tempat penginapan. Tapi tak banyak biliklah. Bilik mereka agak limited. Bagi aku, buat takut je menginap dalam nie sebab memeningkan dan entahlah. Better cari tempat lain je untuk menginap.




Ouh ya, dekat dalam Crazy House nie terdapat sebuah kafe dan juga tempat membeli cenderamata. Bolehlah suinggah minum kopi lepas korang panjat-panjat tangga yang tiada fungsi itu dan beli barang-barang handmade yan dijual di sini.





2. Dalat Railway Station

Harga Tiket : 5,000 VND
Parking Motor : 3,000 VND

Seterusnya korang kena pergi ke Dalat Railway Station. Railway station ini merupakan sebuah station keretapi lama yang sudah tidak beroperasi. Tapi untuk pelancongan, stesen keretapi ini terus berfungsi hanya untuk membawa pelancong menerokai Dalat dengan menaiki keretapi lama yang masih berfungsi dan boleh bergerak lagi. Kena beli tiket lain dekat kaunter kalau nak naik keretapi lama nie dan ada waktu-waktu tertentu je keretapi nie bergerak. Rasanya dalam satu hari, dia bergerak dalam 3-4 kali sahaja.



Yang pelik tu, bukan tiket return tau. Once korang dah naik keretapi tu, korang akan berhenti ke stesen yang lain. Dan korang kena naik grab atau teksi untuk kembali semula ke stesen Dalat nie. Takpon, korang kena menaiki smeula keretapi nie dengan beli tiket laiin dan kena tunggu dalam 1 jam untuk keretapi tu bergerak dari stesen satu lagi tu. Dia macam tak berapa nak convenience lah pada pendapat aku. So aku putuskan untuk tidak naik keretapi tu. 



Dalam Dalat Railway Station nie, banyak penjual kraftangan. Bolehlah korang beli cenderamata hasil seni warga tempatan di sini. Harganya not bad murahlah. Nasihat aku, kalau nak beli keychain dekat Dalat nie ada dua tempat je yang korang boleh dapatkan. Salah satunya ialah di Dalat Railway Station nie.



Ouh ya, dekat Dalat Railway Station nie terdapat kedai kopi Railway Dalat. Boleh juga nak dapatkan kopi Dalat di sini untuk dijadikan cenderahati untuk bagi kawan-kawan. Dekat sini je dapat beli kopi yang packaging dia bertuliskan Dalat. Tempat lain aku tak jumpa. So kalau korang datang dan nak beli kopi Dalat, beli dekat sini siap-siap. Air kopi dekat sini pon sedap-sedap dan paling penting, murah !




3. Fresh Garden

Harga Tiket : 60,000 VND 
Parking Motor : Free

Ini lokasi acik-acik. Kalau bawa family ke, mak korang ke, sukalah dorang kalau dibawa ke sini. Dalam nie terdapat pelbagai jenis bunga. Taman-taman dalam nie dihiasi bunga yang berwarna-warni. Memang cantiklah kalau nak bergambar. 




Dalam nie juga terdapat banyak spot untuk korang ber-OOTD. Terdapat banyaklah tema-tema OOTD dia. Ada rumah hobbit, ada tema ais, tema travel, masa dan banyak lagilah. Pokoknya, dalam nie cuma ada bunga-bunga hiasan dan tempat untuk korang ambil gambar sahaja. Jadi, bergambarlah sepuas-puasnya.







Kan aku dah cakap, tempat nie adalah tempat untuk korang OOTD, makanya janganlah marah kalau aku upload banyak-banyak gambar dekat dalam Fresh Garden nie. Hehe. Inipun dah banayak tapis-tapis tau. Okay sambung scroll.





4. Lam Vien Square

Lam Vien Square merupakan sebuah dataran berkumpul yang mana terdapat dua buah bangunan yang cukup ikonik kerana reka bentuknya yang unik dan warnanya yang sangat cantik dan menyerlah. Dari jauh dah boleh nampak kecantikan dan keunikan dua bangunan ini. Kitorang tak ada masuk pon ke dalam dua bangunan nie, cuma sekadar bergambar di bahagian luar. Datang Dalat, wajib ambil gambar dekat sini sebab dua bangunan nie merupakan satu landmark yang cukup terkenal di Dalat.


5. Langbiang 

Harga tiket : 50,000 VND
Parking motor : Free

Langbiang nie terletak agak sedikit jauh daripada Dalat. Ambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki motorsikal. Langbiang merupakan gunung yang cukup menjadi tarikan pelancong kerana pemandangannya yang indah dari puncak. Untuk menaiki ke puncak, pengunjung perlu membeli tiket pengangkutan yang mana mereka akan membawa pengunjung dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda. 



Sekiranya korang hanya datang berdua, korang kena tunggu sehingga cukup 6 orang satu kereta sebab dorang bergerak enam-enam. Sorang kena bayar 120,000 VND untuk tiket round trip. Ouh ya, korang juga boleh pilih untuk mendaki sendiri ke puncak mengikut trail yang disediakan. Dah sampai atas tu, korang bolehlah ambil gambar banyak-banyak. Puncak Langbiang nie hanyalah tempat untuk korang ber-OOTD dan ada kafe kat atas tu.


Oleh kerana kami dah penat masa nie, kami putuskan untuk tidak naik ke puncak. Hanya sekadar ambil gambar dekat bawah dan landmark tanda sudah hadir ke sini.

----------------------------------------------

Cukup sampai sini je dulu, nantikan Part 2 pula ya !

No comments:

Post a Comment