Friday, March 3, 2023

Figura Hebat Dato’ M. Nasir & Dato’ Hattan Dalam Konsert Sifu & Aku 38

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Akan datang dua seniman lagenda, Datuk M. Nasir dan Datuk Hattan, akan berkongsi pentas menjayakan konsert sulung mereka bersama yang bakal diadakan di Sarawak dan Sabah. Ikuti butirannya !


Siapa tak kenal dengan dua figura hebat tanah air ini. Nama mereka telah banyak menghiasi kaca tv kita semua semenjak dari kecil lagi. Percaya atau tidak, biarpun mereka berdua sudah lama dalam industri namun mereka tidak pernah lagi mengadakan konsert bersama. 


Buat julung-julung kalinya mereka akan disatukan dalam satu konsert Sifu & Aku 38 yang akan diadakan di Sabah dan Sarawak. Berikut merupakan butiran konsert tersebut :
  • Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) - 25 Mei 2023
  • Sabah International Convention Centre - 1 Jun 2023

Tiga dekad usia mereka dalam industri hiburan tanah air dan telah menempah pelbagai anugerah dan kejayaan. Masih malar segar lagu-lagu yang tetap menjadi siulan masyarakat dan generasi masa kini. Antara lagu Dato’ M. Nasir yang masih terngiang-ngiang ialah Mentera Semerah Padi, Tanya Sama Itu Hud Hud, Juwita Citra Terindah dan banyak lagi. Tidak kurang hebatnya buat Dato’ Hattan, antara lagu-lagunya yang masih menjadi siulan seperti Memburu Rindu dan Mahligai Syahdu.


Menariknya ialah, Dato’ Hattan merupakan anak didik kepada Dato’ M. Nasir dan oleh itu konsert ini diberi nama Sifu & Aku 38. Satu usaha untuk menyatukan dua figura hebat ini dalam satu konsert merupakan anjuran Westzone Entertainment (M) Sdn Bhd dengan kerjasama GC Productions.


Buat mereka di luar sana, jangan lepaskan konsert hebat ini. Sokonglah idnustri hiburan tanah air. Tiket konsert boleh didapati di www.myticket.asia pada harga RM188 (Cat 5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1000 (Cat 1).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...