Monday, March 20, 2023

Pelbagai Program Baharu di SUKE TV !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu berita yang ckup baik kerana Suke TV akan mengeluarkan pelbagai program baharu di kaca tv anda. Dengan tagline nya iaitu “Bringing Happy Back”, menjadi landasan kepada Suke TV untuk terus menghiburkan penonton  dan dapt berkongsi maklumat yang ebrguna kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang pelbagai. Ikuti butirannya !


Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2. Fuhhh banyak gila ! Pasti akan menceriakan hari-hari anda yang menontonnya. 


Sangat menarik kerana terdapat satu program animasi yang mana Suke TV telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan iaitu Wan Animation Studios bagi memperkenalkan kandungan animasi kreatif. Selain itu, untuk rangkaian program Suke U Movies, ia diterajui oleh tenaga pelatih industri dengan sokongan dan bimbingan kakitangan Suke TV. Satu platform yang cukup bagus untuk pelajar institusi pengajian tinggi yang mana ia berkonsepkan pertandingan. Pelajar dan alumni institusi boleh menayangkan hasil terbitan mereka dalam program tersebut secara langsung.


Manakala untuk program Suke Tune pula, ia merupakan program muzikal mingguan siaran langsung yang dihoskan oleh Chacha Maembong dan Syrul Ezwan, di mana program ini menampilkan artis-artis tempatan dan antarabangsa yang bersaing untuk memenangi diprogram kemuncak Anugerah Suke Tune. Suke Tune ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam hingga 10 malam dan menampilkan persembahan secara langsung. VC (Video Clip) pula merupakan program muzikal siaran langsung yang menampilkan muzik video daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, di mana peminat boleh mengundi untuk lagu dan artis kegemaran mereka. Kedua-dua platform ini mempromosikan artis-artis yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam industri dari pelbagai genre dan kategori.


Menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Suke TV juga telah menyediakan program-program keagamaan seperti Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2, yang mengisahkan sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang hidupnya pada bulan ramadan ini dan juga program baru, Suke Tanya Ustaz yang mana program ini mengupas soal jawab agama yang ditanya oleh penonton-penonton di studio dan di rumah mengikut topik-topik yang bersesuaian sepanjang episod.


Suke Celeb Raya ialah program pembelian dari rumah secara langsung yang menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Adam Corrie, Dato' Aliff Syukri, Dynas Mokhtar, Siti Shahreza (EJA), Ezlynn, Sasha Abdul Aziz, dan lain-lain dengan produk bertemakan Hari Raya di Sukeshop.com. Produk yang ditawarkan merangkumi fesyen, kosmetik, produk sedia dimakan dan lain-lain lagi.


  • Tanya Jer Musim ke-2 ialah rancangan bual bicara komedi yang menampilkan pasangan selebriti, manakala program Berita Latah Musim ke-4 merupakan program parodi berita yang menampilkan pembaca berita yang mencuit hati.
  • Odah Billionaire ialah rancangan bual bicara secara siaran langsung yang akan menampilkan Emelda Rosmila sebagai Odah, seorang jutawan dari sebuah kampung terpencil di Perak.
  • I PC U (I Penasihat Cinta U) ialah rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh dua pengacara wanita, menemuramah selebriti/artis lelaki dan membincangkan mengenai ciri ciri wanita pilihan hati mereka.
  • Pin Pin Siapa Tu?, Hos program yang membawa karakter penghantar makanan yang membawa anda ke rumah selebriti kegemaran anda sambil melakukan aktiviti menarik dan berkongsi pencapaian serta kejayaan terbaru dalam kerjaya selebriti tersebut. Program ini akan mengupas dunia selebriti kegemaran anda yang tidak pernah diselongkar sebelum ini.


Program ini akan disokong oleh rakan mudah alih dan penaja kami, TECNO Mobile Malaysia. Selain itu, Suke TV juga ingin memperkenalkan Muhammad Reeve Damien (Reeve Damien) yang berbakat sebagai Pengarah Muzik Suke TV. Beliau telah mencipta dan menghasilkan muzik latar, lagu tema, dan jingle untuk program-program Suke TV sejak awal penubuhan stesen televisyen ini.

Untuk menonton saluran 116 Suke TV, penonton boleh memuat turun aplikasi MYTV Mana Mana di Apple Store dan juga Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Suke TV di www.suketv.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...