Wednesday, March 29, 2023

Buffet Ramadan 2023 : Sunway Putra Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buffet Ramadan yang meriah disajikan di Sunway Putra Hotel. Korang jangan lepaskan peluang ini untuk berbuka puasa di sini. Terdapat pelbagai jenis sajian masakan yang enak dan pasti membuatkan korang rambang mata tak tahu nak mula dengan yang mana satu dulu. Ikuti butirannya !


Untuk pengetahuan semua, tahun ini buffet Ramadan di Sunway Putra Hotel mengetengahkan hidangan masyarakat Indonesia yang mana akan terdapat lebih dari 50 sajian di dalam senarai menu mereka. Dengan temanya tahun ini iaitu "Iftar Kuliner Nusantara" telah dirasmikan sendiri oleh Kedutaan Republic of Indonesia di Kuala Lumpur iaitu Ambassador Hermono. Usaha ini bagi memberi peluang pengunjung untuk merasai makanan rakyat Indonesia tanpa perlu terbang secara fizikal ke negara tersebut. 





Di samping lebih 50 sajian masyarakat Indonesia, buffet Ramadan di Sunway Putra Hotel juga menyajikan lebih 200 sajian masyarakat tradisional rakyat Malaysia bagi melengkapi sajian buffet Ramadan mereka. Lengkaplah dua hidangan negara yang serumpun di bawah satu bumbung. Pasti pengunjung akan cukup teruja untuk mengekplorasi rasa di setiap hidangan yang disajikan.




Berita baik juga buat mereka yang membeli tiket 6 pax dewasa dan keatas,anda berpeluang untuk menyertai peraduan cabutan bertuah mereka dan memenangi hadiah yang cukup menarik. Hadiah yang ditawarkan ialah percutian selama 3 hari 2 malam percutian ke Jakarta untuk 2 orang termasuk tiket penerbangan pergi dan balik yang ditaja oleh Batik Air dan penginapan yang ditaja oleh Sunway. Selain daripada itu, hadiah yang turut ditawarkan ialah penginapan mewah di Banjaran Hotsprings Retreat dan penginapan-penginapan di rangkaian hotel Sunway di semenanjung Malaysia.



Apa tunggu lagi ? Ayuh tempah berbuka puasa bersama Sunway Putra Hotel untuk melayakkan diri dalam peraduan cabutan bertuah mereka.

Dewasa: RM178 nett 
Kanak-kanak (5 tahun kebawah) : Percuma
Kanal-kanak (6 hingga 12 tahun): RM89 nett

Bermula : 24 March sehingga 19 April 2023 (6.30 PM hingga 10.00 PM)


Tempah secara terus di laman sesawang untuk penginapan : www.sunwayhotels.com/sunway-putra  
Tempah untuk berbuka puasa: 03 - 4040 9888 atau 019 - 305 2372 atau email spkl.ch@sunwayhotels 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...