Tuesday, March 28, 2023

Buffet Ramadan 2023 : Royal Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Musim mencari buffet Ramadan kini kembali lagi. Kali ni aku nak bawa korang cuci mata buffet Ramadan dekat Royal Hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ikuti butirannya !


Hotel Royal Kuala Lumpur menjadikan Citarasa Desa sebagai tema buffet Ramadan mereka pada tahun ini. Hidangan masakan tradisional masyarakat Melayu pasti menjadi kegemaran pengunjung-pengunjung yang datang berbuka puasa di sini. Antara menu menarik yang terdapat di buffet Ramadan Hotel Royal Kuala Lumpur ini ialah : 



  • Aneka Ikan Masin
  • Aneka keropok
  • Belinjo Lemang Kampong
  • Ketupat Palas
  • Serunding Daging dan Serunding Ayam
  • Aneka Kerabu (Kerabu Ikan Bilis, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Tomato, Kerabu Ayam)
  •  Aneka Sambal (Sambal Belacan, Sambal Mangga, Cincalok, Sambal Tempoyak, Sambal Tumbuk Ikan Bilis, Budu, Sambal Kicap)
  • Aneka Sup (Sup Ekor Sapi, Sup Tulang Rawan & Sup Ayam Berempah)
  • Goreng-gorengan (Cucur Ikan Bilis, Pisang Goreng, Keladi, Keledek, Jemput Pisang)
  • Aneka Ikan Bakar (Pari, Ikan Kembong, Cencaru, Bawal)
  • Aneka Roti (Roti Canai, Roti Telur, Roti Bom, Dhall Curry Sambal Sardine)
  • Nasi Briyani bersama Daging Masak Hitam
  • Nasi Kandar 
  • Sajian Berkuah (Asam Laksa, Mee Kari, Bihun Sup Utara, Mee Kuah Wantan)
  • Kambing Panggang




Pengunjung juga bakal dihiburkan oleh dua artis tanah air iaitu Kelly Azman dan juga Ani Maiyuni. Turut diadakan ialah sesi cabutan bertuah. Apa tunggu lagi ? Ayuh ramai-ramai datang ke Hotel Royal Kuala Lumpur. Berikut merupakan butiran harga buffet Ramadan di sini :

Dewasa : RM88 nett
Kasnak-kanak dan warga emas : RM58 nett
Setiap pembelian 10 buffet Ramadan, percuma 1


Sebarang pertanyaan atau tempahan, bolehlah menghubungi di butiran mereka yang berikut :

Telefon : 03 - 2148 6888/2855/2813
Email : info@hotelroyalkl.com / fb.coordinator@hotelroyalkl.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...