Sunday, March 5, 2023

SEEKscapes Beri Peluang Anak Muda Cari Peluang Pekerjaan Dengan Cara Yang Seronok

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, telah melancarkan SEEKscapes by Jobstreet yang telah diadakan di Kuala Lumpur Sentul Depot semalam. SEEKscapes by Jobstreet merupakan satu inisiatif untuk memperkasakan anak muda Malaysia menyerlahkan potensi dan bakat. Melalui pesta kerjaya ini juga, belia boleh menemui kerjaya idaman melalui cara yang lebih seronok dan santai. Ikuti butirannya !


Untuk pengetahuan semua, pesta kerjaya SEEKscapes by Jobstreet ini merupakan anjuran platform gergasi peluang pekerjaan iaitu Jobstreet by SEEK dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan.


Menurut Pengarah Urusan JobStreet, Mr. Vic Sithasanan berkata event sebegini merupakan satu contoh terbaik hubungan antara sektor kerajaan dan swasta dalam memberi platform buat anak-anak muda untuk menceburi kerjaya dan menyerlahkan bakat mereka, di samping dapat membekalkan peluang pekerjaan kepada mereka. Juga untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran anak muda Malaysia. Walaupun SEEKscapes tidak seperti pesta kerjaya yang biasa kita lihat, namun ia satu platform untuk anak muda "menemui bakat" mereka.


Di event tersebut juga, YB Hannah Yeoh, di samping melancarkan ecent SEEKscapes, beliau juga memberi ucapan dan talk mengenai kerjaya. Tentang bagaimana beliau menceburi bidang politik dan bagaimana permulaan hidup beliau dalam industri pekerjaan. Satu perkongsian yang cukup menarik dari seorang ahli politik yang cukup disegani ramai ini. Juga sangat terinspirasi dari penceritaan beliau yang mana, walaupun ketika SPM beliau tidak mendapat keputusan yang cemerlang, namun hasil usaha dan gigih beliau, beliau berjaya mengecapi kejayaan yang ada hari ini.


Kehidupan tidak berakhir saat menerima keputusan SPM, tetapi itulah permulaan kehidupan sebenar anak muda. Terpulang kepada kita individu untuk mencari peluang dan explore dunia. JobStreet beranggaran bahawa anak muda yang baru sahaja ke alam pekerjaan akan dapati sesi mencari pekerjaan dan mencari kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kemampuan individu boleh menjadi sangat melelahkan. Malah ia boleh jadi membingungkan juga.


Oleh sebab itu, pentingnya kita mengenali diri kita sendiri dengan mengetahui jenis personaliti diri kita dan terokai bidang pekerjaan mana yang sesuai berdasarkan keputusan personaliti kita itu. Melalui event ini juga, anak muda berpeluang bertemu sendiri dengan syarikat-syarikat yang mencari talent baharu. Antara syarikat tersebut ialah Teleport, Sports Direct, Genting Malaysia, Big Bad Wolf Books dan juga Sunway Berhad.




Semua tetamu yang hadir boleh menikmati persembahan dari live bands, music, fashion show dan juga pelbagai Food & Beverages brands yang juga dibawa khusus ke event SEEKscapes by Jobstreet ini. Bolehlah sambil-sambil terokai peluang kerjaya kita membeli-beli makanan dan minuman kegemaran. Untuk mereka yang mahu hadir ke sini dan berdaftar di pautan berikut : LINK , boleh berpeluang memenangi percutian untuk dua orang ke Tokyo. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...