Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pejam celik pejam celik, tak lama lagi nak masuk bulan puasa dah. Bila nak masuk bulan puasa nie, itu tandanya jualan sempena hari raya semakin mendekat. Begitu jugalah jenama beli belah terbesar negara, Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal kita tahun ini.
Untuk pengetahuan semua, Starvendors kali ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convection Centre (KL Convec.) tidak seperti tahun-tahun sebelum ini yang diadakan di PWTC. Tahun ini, azam baharu dan pencapaian baharu, Starvendors akan berlangsung bermula 13 April sehingga 17 April ini. Sebelum ini Starvendors mencipta rekod di Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "Longest Non-stop Festival" selama 75 jam tanpa henti. Kali ini, Starvendors berazam untuk mencipta Guiness World Book untuk memecahkan rekod dunia festival raya 100 jam tanpa henti.
Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 adalah penganjuran kali yang ke-3 sejak 2019 lagi. Pada tahun lepas 2022, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.
Selain itu, Starvendors telah menganjurkan Minggu Usahawan Negara bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Malaysian Grand Baazar, Lalaport, diikuti Starvendors Kedah Raya Fest di Alor Setar, Starvendors Perak Fest di ICC Ipoh, dan yang baru berlansung akhir tahun 2022 iaitu Starvendors Foodstival X Travelperaklah. Initiative yang telah dilakukan di Ipoh adalah kerjasama bersama Tourism Perak dan juga Sekreteriat Usahawan Perak (STEP).
Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga. Starvendors juga bakal menemui semua penduduk Malaysia serata negara termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Langkawi, Sabah dan Sarawak.
Starvendors akan melaksanakan lebih 10 acara tahunan bermula pada bulan Mac iaitu Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival, initiative bersama Tourism Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang telah dijalankan pada 3 hingga 5 Mac 2023. Acara ini melibatkan usahasama 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Bantuan banjir untuk penduduk di Johor yang terkesan berjaya dikumpulkan sepanjang perlaksanaan Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Mereka berjaya mengumpulkan wang derma sebanyak RM4,615.50 dan telah diserahkan kepada Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, selaku Pengarah Tourism Johor.
Berkongsi lanjut, Ifa berkata, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 menambah masa operasi dari 75 jam ke 100 jam tanpa henti sekaligus akan memberi peluang pada orang ramai untuk membeli belah tidak kira waktu. Festival ini akan menampilkan lebih ramai vendor baru dan lama dengan jualan berbagai produk persiapan raya disamping produk-produk tempatan dan bumiputra yang lain termasuk rangkain emas.
Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal menyaksikan pembabitan 100 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. Antaranya, Dato Sri Siti Norhaliza, Dato Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Fazura, Fattah Amin, Dato Jovian Mandagie, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Shahiezy Sam, Syatilla Melvin , Sharifah Rose dan ramai lagi.
Rakan penaja sepanjang acara
ini berlangsung juga akan turut membuka booth antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Mitsubishi juga menyediakan 2 kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun. Tidak dilupakan sebiji kereta Xpander sebagai cabutan bertuah Shop and Win tahun ini dengan setiap perbelanjanaan minima RM50. Juga tidak ketinggalan rakan media iaitu TikTok Shop yang akan menyediakan platform “Live” untuk usahawan dan juga mempromosikan acara ini di media sosial.
Mengambil berat akan pengalaman pengguna, Starvendors amat berbesar hati bila Setel turut serta sebagai rakan kongsi premier yang akan melancarkan pengalaman pembayaran tanpa tunai kepada para pengunjung. Dengan penglibatan Setel bersama Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, pasti Setel Raya Kita!
Mengenai pengisian Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Ifa berkata acara kemuncak bakal dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan merasmikan malam kemuncak dan sekaligus untuk menarik cabutan bertuah Hadiah Utama.
Turut diadakan konsert bersama selebriti pada malam kemuncak itu. Harapan Starvendors kali ini supaya dapat melebihi rekod kunjungan pada 2022 dengan jangkaan lebih tiga juta pengunjung selama 100 jam itu. Semoga usahawan-usahawan dan rakan rakan selebriti terus maju kehadapan kerana tagline Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Lebih Havoc, Lebih Meriah , Starvendors pasti Mega!
Jumpa anda semua di Starvendors nanti !
No comments:
Post a Comment