Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ramadan bulan yang mulia kembali lagi dan aku pasti ramai yang mencari-cari lokasi buka puasa yang berbaloi serta menyajikan pelbagai hidangan untuk berbuka puasa. Tak perlu cari jauh-jauh, mari cuba hidangan buffet Ramadan di Hilton Petaling Jaya. Jom tengok apa yang menarik disajikan di sini.
Buffet Ramadan di Hotel Hilton Petaling Jaya pada tahun ini bertemakan "Sajian Ramadan di Hujung Kampung". Hidangan ini berinsipirasikan makanan tradisional di seluruh Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi. Tidak dilupakan, sajian buffet Ramadan di sini juga terinsipirasi daripada makanan dari Thailand dan Indonesia juga.
Terdapat 10 buah "live-stalls" yang menyajikan pelbagai jenis hidangan. Tak ubag suasananya seperti berada di kenduri dan bazaar Ramadan. Meriah dengan pilihan dan tak perlu risau, sajian di sini akan di rotate secara mingguan jadinya bolehlah merancang untuk datang berbuka puasa di sini setiap minggu kerana menu yang disajikan berbeza-beza.
Antaranya ialah :
- Sup Gear Box
- Kambing Golek Bersama Nasi Mandy
- Ayam Guling Panggang Berempah dengan Nasi Briyani
- Rusuk Lembu Direneh dengan Assam Pedas
- Gulai kawah Daging dengan Umbut Pisang
- Ikan Sembilang Salai Masak Lemak Cili Padi
- Daging Bakar dengan Air Assam Utara
- Ikan Merah Seekor Bakar Sambal Petai
- Sup Ketam Nipah dengan Lada Hitam
- Bubur Lambuk Special dengan Ekor Lembu
- Nasi Kandar Lauk Kawah Berlima.
Menu kegemaran aku sudah pastinya Sup Ketam Nipah dengan Lada Hitam. Serious sangat sedap dan sup dia memang terasa ketam. Bukan sup perisa ketam ke apa, ini memang betul-betul Ketam Nipah dibuat sup. Sangat-sangat sedap !
Di Hilton Petaling Jaya juga menawarkan ruang berbuka puasa privasi yang mana ia sesuai untuk dijadikan lokasi berbuka puasa sekiranya buat small gathering bersama rakan sekerja ataupun sahabat handai. Setiap tempahan akan mendapat menu tambahan yang dipanggil The Talam. Menu ini dicipta oleh Chef Ridzuan Malek. Beliau merupakan Chef Executive di Hotel Hilton Petaling Jaya ini.
Terdapat 6 hidangan pmbuka selera dan 8 hidangan utama termasuk hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada :
- Kambing Bakar Special Bersama Sos Lada Hitam
- Satay Ayam dan Daging
- Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
- Siput Sedut Masak Pedas
- Udang Masak Mentega
- Slipper Lobster Rendang
Apa tunggu lagi, cepat tempah sekarang berbuka puasa di Hotel Hilton Petaling Jaya :
Dewasa : RM198 nett
Kanak-kanak : RM98 nett
Buffet Ramadan bermula : 23 March sehingga 21 April 2023
Diskaun 30% booking pada 23 March sehingga 27 March dan 17 April sehingga 21 April di eatdrinkhilton.com .
Sebarang tempahan bolehlah menghubungi talian berikut 03 - 7955 9122 atau email mereka di PETHI_FB@hilton.com. Boleh juga layari laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut : www.eatdrinkhilton.com.
No comments:
Post a Comment