Sunday, April 2, 2023

Buffet Ramadan 2023 : The Federal Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setiap tahun, berbuka puasa di Kontiki Restaurant yang terletak di The Federal Hotel Kuala Lumpur antara lokasi berbuka puasa yang paling aku tunggu-tunggu. Hal ini kerana, aku secara peribadi amat sukakan menu-menu berbuka puasa yang dihidang di sini. Nak tahu apa yang menarik ? Ikuti butirannya !


Lokasi buffet Ramadan di The Federal Hotel Kuala Lumpur ini ialah Kontiki Restaurant. Apa yang menarik hidangan buffet Ramadan di Kontiki Restaurant ialah terdapat lebih 100 hidangan tradisional yang terpilih di samping menyediakan stesen masakan secara langsung oleh pasukan chef yang cukup handal dan berpengalaman dalam bidang kulinari ini. Campuran hidangan timur dan barat pasti menambat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di sini.


Kesemua hidangan yang disediakan ini dimasak di Dapur Tunku iaitu dapur milik Perdana Menteri Malaysia sendiri, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Kesemua hidangan yang disajikan akan diputarkan setiap hari supaya pengunjung yang datang berulang berbuka puasa di sini tidak jemu dengan juadah yang disajikan.



Menu permulaan boleh dimulakan dengan salad menhijau yang menyegarkan, atau mungkin juga boleh rasai pelbagai jenis kerabu antaranya ialah kerabu mangga tradisional, kerabu timun, kerabu daging, kerabu kerang, kerabu udang, kerabu ayam dan juga kerabu taugeh. Rojak buah dan ulam-ulam kampung juga turut disediakan.




Buat penggemar makanan Jepun, di sini terdapatnya hidangan sushi yang cukup pelbagai, dan mereka yang enggemarkan sashimi, jangan lupa ke kaunter sashimi untuk dapatkan salmon segar setiap hari. Di sepanjang kolam renang yang terdapat di bahagian luar Kontiki Restaurant ini, pengunjung bolehlah singgah ke gerai-herai yang menyajikan pelbagai hidangan. Antaranya ialah gerai nasi ayam bakar, nasi ayam kukus, pelbagai jenis sup dan mee kuah, ABC, dimsum dan banyak lagi.



Di meja buffet pula terdapat aneka juadah masakan kampung dari pelbagai pelusuk negeri. Cakap sahaja mahu apa, insyaAllah semuanya ada. Sampai satu tahap tak tahu nak pilih makan apa dulu. Rasa macam nak makan semuanya. Di stesen BBQ pula terdapat kambing panggang, ikan kakap merah bakar, ayam tandoori panggang, tenderloin daging lembu bakar, satay, otak-otak dan hidangan bergoreng seperti ketam goreng, sotong goreng, kepak ayam goreng dan banyak lagi.




Tidak ketinggalan pengakhiran bufet dengan hidangan pencuci mulut ibarat seperti berada di syurga manisan. Juga terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional, anek kak dan tart serta puding. Ais krim juga ada tau, pelbagai perisa lagi.


Dewasa : RM158 nett
Kanak-kanak : RM58 nett
Warga Emas : RM78 nett

Hidangan buffet Ramadan bermula 28 March sehingga 21 April 2023 (7 PM - 9.30 PM)

Sebarang tempahan sila hubungi 018 - 371 2080 atau 03 - 2148 9166 (ext 2239)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...