Saturday, April 15, 2023

Jam Tangan Pintar Kieslect Calling Watch Ks Penuh Fungsi, Moden & Bergaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di era kini, ramai lebih memilih untuk memiliki smart watch berbanding jam klasik jarum. Hal ini kerana fungsinya yang pelbagai dan bukan hanya sekadar jam tangan. Tapi, lambakan smart watch di pasaran, menjadi tanda tanya smart watch seperti mana yang patut dimiliki ? Banyak aspek kena diambil kira, antaranya termasuklah fungsi, gaya dan reka bentuk jam itu sendiri.


Baru-baru ini, kawan aku ada perkenalkan satu jenama smart watch yang tidak asing lagi iaitu Kieslect. Untuk pengetahuan semua, Kieslect telah wujud sejak tahun 2017 lagi dan telah membekalkan lebih 5,000 kedai runcit di lebih 60 negara. Satu jenama yang cukup besar kerana ia menggajikan lebih 600 orang di seluruh dunia. 


Produk Kieslect diperakui kualiti dengan pensijilan daripada CE, RoHS, FCC dan UKCA. Bahkan mereka telah memenangi beberapa anugerah reka bentuk antarabngsa termasuklah Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. Jadi aku cukup terpanggil untuk memiliki satu jam pintar Kieslect dan jam pintar yang menjadi pilihan aku ialah Kieslect Calling Watch Ks. 



Sebagai seorang yang amat mementingkan penampilan, aku sangat ambil berat akan reka bentuk sesuatu jam tangan tersebut. Kieslect Calling Watch Ks amat memenuhi kriteria tersebut. Rekaannya cukup terkini dan penuh inovatif. Suka betul aku dengan fungsi tali magnetiknya. Sangat moden dan penuh gaya. Jangan risau pasal tercabut sebab tali magnetik Kieslect sangat kuat. Bawa pergi bersenam dan berlari pon tak akan tertanggal. 


Buat mereka yang sukakan tali jam biasa, jangan risau sebab dua jenis disediakan di dalam satu kotak. Kalau rasa macam nak kearah moden dan canggih, bolehlah pilih tali magnetik. Kalau rasa nak ke arah klasik, boleh pilih tali jam biasa. Maklumlah, lain situasi lain gaya. Adakala mengena, adakala tak mengena. Jadi dengan adanya pilihan seperti ini, tak perlu risau lagi. Apa-apa event pon tetap boleh pakai.


Kieslect Calling Watch Ks ini merupakan nombor tiga di dunia peranti 2-in-1 sambungan tanpa wayar ke telefon pintar yang stabil dan juga pantas biarpon dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Panggilan Bluetooth mereka lebih stabil daripada kebanyakkan telefon yang ada di pasaran. 


Banyaklah spesifikasi yang aku suka mengenai Kieslect Calling Watch Ks nie. Antaranya ialah Aplikasi Kie OS yang memberikan pengalaman pengguna yang sangat baik dan memenuhi keperluan pengguna. Paparannya pula bersaiz 1.78” (368*448) yang besar dan berwarna-warni sangat jelas untuk dilihat dan memudahkan pengguna akses kepada setiap spesifikasi yang ada di dalamnya. 


Untuk mereka yang cukup prihatin mengenai kesihatan dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, jam tangan pintar Kieslect Calling Watch Ks ini patut anda miliki kerana terdapatnya fungsi mendeteksi kadar degupan jantung. Satu. Spesifikasi yang cukup bagus di mana jam tangan pintar ini akan menghantar notifikasi sekiranya jantung pengguna berada pada paras tidak norml dan bahaya. Bukan itu sahaja, ia juga mampu memantau kadar tidur anda, latihan pernafasan, ujian tekanan dan jug ujian emosi.


100 mod sukan yang pelbagai. Jam ini boleh memantau kegiatan sukan anda dan sekiranya anda mencapai matlamat yang ditetapkan, jam tangan pintar ini akan meraikan kejayaan anda mencapai matlamat tersebut. Sangat comel dan sekaligu memberi satu kepuasan. Antara feature lain termasuklah pelbagai jenis permainan terbina di dalam jam pintar ini, perlindungan kata laluan dan boleh bantu anda mencari telefon bimbit sekiranya anda lupa meletakkanya di mana. Juga terbinanya fungsi kawalan kamera, mod muzik, kalkulator, ramalan cuaca, penggera, pemasa, jam randi dan lampu suluh.


Apa yang penting, jam tangan Kieslect Calling watch Ks adalah kalis air. Jadi tak perlu risau sekiranya anda berpeluh atau memakainya ketik dalam hujan. Tapi seeloknya, elakkanlah daripada terkena air untuk jangka hayat yang lebih lama. Apa-apapun, sekiranya berada dalam situasi di mana ia terken air, tidak perlu risau sebab ianya kalis air.


Sekiranya anda mencar-cari jam pintar yang berharga 400 dan kebawah, bolehla masukkan jam Kieslect Calling Watch Ks ini dalam senarai. Boleh dibeli melalui official akaun mereka di platform-platform berikut : 


Jangan lupa apply voucher kod KIESKS untuk dapatkan potongan sebanyak RM10. Tertakluk kepada first come first serve basis ya ! Jom dapatkn sekarang sementara stok masih ada.

No comments:

Post a Comment