Sunday, April 9, 2023

Set Ramadan 2023 : Micasa Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu lagi lokasi berbuka puasa yang aku nak perkenalkan pada korang. Kalau biasa aku akan pergi ke hidangan buffet, kali nie kita berbuka hidangan set pulak. Tak adalah rasa membazir sebab buffet banyak-banyak pon bukan kita makan semua. Makan sikit je pon dah kenyang. Hidangan set berbuka puasa ini terdapat di Micasa Hotel Kuala Lumpur.


Hidangan set buka puasa di Micasa Hotel ini masih lagi mengetengahkan menu-menu kampung tradisional yang disediakan khas oleh Chef Adrian Lau dan Chef Mutaza Sulaiman. Terdapat ulam-ulaman, Ayam Panggang bersama Sos Percik, Rendang Daging dan Rendang Ayam, Ikan Siakap Masak Masam Manis dan banyak lagi. 


Hidangan yang cukup simple tapi lengkap dan cukup untuk berbuka puasa. Pasti mengenyangkan dan memberi nostalgia berbuka puasa di kampung halaman. Kalau korang berkesempatan atau berada di kawasan sekitar Micasa Hotel Kuala Lumpur, bolehlah datang singgah berbuka puasa di sini. 


RM148 untuk 2 orang dewasa. Dua pilihan set menu ditawarkan, boleh pilih mengikut citarasa anda. Dinasihatkan untuk tempah sehari lebih awal kerana hidangan berbuka puasa disediakan segar setiap hari. Hal ini untuk mengelakkan pembaziran, jadi mereka hanya menyediakan menu hidangan berdasarkan tempahan yang ada. Tawaran ini bermula 23 March sehingga 21 April 2023 dari jam 6.30 PM hingga 9.30 PM.


Sebarang tempahan bolehlah hubungi talian berikut 03-2179 8000 atau Whatsapp ke 017-219 6126 atau email ke fnbkul@micasahotel.com

No comments:

Post a Comment