Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berkesempatan berkunjung ke Bangi untuk baiki telefon bimbit. Ingat lagi masa mula-mula datang ke sini, waktu tu baru je habis PKP. Lama tunggu boarder buka untuk hantar betulkan telefon bimbit. Bayangkan masa PKP dengan telefon rosak, tak ke pishang masa tu. Sabor jelah. Bila buka je boarder, terus cepat-cepat ke MRFIX Bangi untuk betulkan.
Apa yang ebst dekat sini ialah mereka betulkan telefon bimbit secara berhadapan. Tak perlu tunggu lama pon. Tapi bergantung jugalah pada kerosakkan telefon korang tu. Kalau kerosakkan minor, bolehlah siap dalam masa 30 minit je. Kebetulan masa tu stok alat ganti telefon aku ada, time tu juga dorang tukar. Risau sebenarnyakalau handphone kena tahan, sebabnya masa tu tak boleh nak jangka berapa lama kerajaan buka boarder. Maklumlah, masih lagi di zaman covid kes mendadak naik.
Sejak dari tu, memang kedai baiki telefon bimbit MRFIX jadi pilihan aku tiap kali kalau ada masalah telefon bimit. Malah kalau kawan-kawan aku tanya pasal kedai repair telefon, memang aku akan recommend untuk hantar dekat MRFIX.
MRFIX setakat nie baru ada tiga cawangan. Satu dekat Bangi, satu lagi di Putrajaya dan lagi satu di Kulim. Berharap sangat dorang akan buka lagi cawangan dekat Subang atau dekat kawasan Banting. Dekat sikitlah untuk aku datang kalau telefon bimbit aku meragam.
MRFIX Bangi nie merupakan kedai utama mereka dan terdapat ramai technician mereka yang cukup berpengalaman dan pakar dalam membaik pulih telefion bimbi. Malah kalau korang nak tahu, dekat MRFIX Bangi juga, mereka boleh baik pulih laptop. Awesome ke tidak ? Bukan calang-calang, semua benda mereka boleh baik pulih tau.
Alat gantian yang mereka gunakan juga merupakan alat ganti yang original dan berkualiti. Jadi tak perlu risaulah kalau hantar betulkan peranti korang dekat sini. Malah, korang boleh tengok sendiri bagaimana mereka tukar alat gantian tu sebab mereka baik pulih secara berhadapan.
Sekiranya korang tak pasti apa kerosakkan yang mungkin dialami oleh telefon bimbit atau laptop korang tu, boleh je datang dan konsultansi bersama mereka. Nanti dorang akan cek dan beritahu apa yang rosak dan perlu diganti. Anggaran harga kos pembaikian juga mereka akan bagi tahu. Kalau korang bersetuju untuk baiki, barulah mereka akan proceed. Dan konsultansi ini adalah PERCUMA !
Pakat ramai-ramai datang betulkan telefon dan laptop dekat sini. Memang puas hati dengan servis mereka. Kos pembaikian juga sangat berpatutan. Tak adalah rasa ralat nak membayar tu. Kadang bila kita datang kedai repair telefon, bila tahu haga kos pembaikian rasa berat hati nak betulkan. Rasa macam lebih bak beli baru je daripada baiki.
Sebelum aku jumpa MRFIX Bangi, selalulah rasa maam tu. End up memang tak betulkan pon, biar je rosak dan beli baru. Rasa tak berbaloi harga untuk betulkan. Tapi bila datang MRFIX masa lepas PKP dulu tu, memang aku rasa sangat legalah. Masa tu pon aku belum bekerja, dengan telefon rosak lagi, mana lah mampu nak bayar kos pembaikian mahal-mahal. Mujurlah hantar ebtulkan dekat MRFIX. Tak adalah rasa ralat nak bayar.
Ouh ya, aksesori telefon bimbit dan laptop juga ada dijual di sini. Sambil-sambil tunggu mereka betulkan telefon atau laptop korang tu, bolehlah jenguk-jenguk aksesori yang mereka jual dekat sini. Walaupun stok terhad dan tak banyak, tapi lengkaplah juga semua aksesori asas ada. Harga pon mur mur.
MRFIX BANGI
No 50 Jalan 7/7A, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 AM - 10 PM)
Whatsapp : 018 - 988 6531
Website : https://www.mrfix.my/
No comments:
Post a Comment