Sunday, February 26, 2023

Kedai Baiki Telefon Bimbit Gila Gadgets Kini Dibuka di Semenyih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat mereka yang tinggal di kawasan sekitar Semenyih dan tercari-cari kedai baiki telefon bimbit murah dan pantas, bolehlah singgah ke Gila Gadgets Semenyih. Cawangan Gila Gadgets di semenyih ini baru sahaja dibuka kepada umum.


Gila Gadgets merupakan sebuah kedai membaiki telefon bimbit yang cukup berpengalaman dalam membaik pulih telefon bimbit yang rosak. Pengalaman mereka berkecimpung dalam industri pembaikian telefon bimbit ini sudah menjangkau 16 tahun lamanya. Rangkaian Gila Gadgets juga sudah semakin meluas dengan pembukaan satu lagi cawangan di Semenyih.


Menariknya Gila Gadgets adalah mereka menawarkan servis pembaikian telefon bimbit secara berhadapan dan servis pembaikian hanyalah dalam lebih kurang 30 minit sahaja. Tapi bergantung jugalah pada jenis kerosakan peranti tersebut. Sebab tak semua alat gantian adalah ready stock, jadinya kena tempah terlebih dahulu alat gantian tersebut dan barulah merea menukarkan kerosakan tersebut dengan alat gantian yang barharu.


Konsultansi adalah secara percuma di mana pelanggan boleh bawa peranti atau telefon bimbit yang roak itu ke kedai dan technician mereka akan memeriksa kerosakan yang mungkin dialami dan barulah mereka menawarkan solusi yang diperlukan untuk peranti tersebut. Sekiranya ia boleh dibetulkan secara on the spot, mereka kan terus membaikinya, namun sekiranya kerosakkan itu lebih serius, mereka akan membuka satu resit untuk meninggalkan peranti tersebut untuk dibetulkan.



Selain telefon bimbit, baik android mahupun Iphone, mereka juga boleh membaik pulih laptop dan juga Macbook. Jadi, bolehlah hantar laptop anda yang rosak ke sini untuk dibetulkan kerana itu juga merupakan kepakaran mereka. Biasa kedai baikpulih nie hanya fokus pada satu jenis peranti sahaja, tapi untuk Gila Gadgets, telefon bimbit dan laptop juga mereka boleh buat.



Di Gila Gadgets Semenyih ini juga menawarkan pelbagai jenis aksesori telefon bimbit dan juga laptop pada harga yang cukup mampu milik. Cakap jela nak apa, pasti semunya ada. Antaranya ialah casing telefon bimbit pelbagai jenis model, tempered glass berkualiti, wayar USB, earphone, headphone, speaker, phone holder untuk kereta, tripod dan banyak lagilah. Ibarat one stop center untuk segala jenis aksesori peranti.


Yang bestnya tu, dekat sini boleh wrap phone sekali. Andai kata body phone korang tu sudah tidak menarik lagi, bolehlah datang ke sini untuk wrap. Macam-macam jenis warna dan design wrap ada. Pilih je mana yang berkenan dekat hati. Boleh siap dengan cepat lagi tau. 



Tahniah buat Gila Gadgets di atas pembukaan satu lagi cawangan baharu iaitu di Semenyih. Buat warga Semenyih dan kawasan sekitar, bolehlah berkunjung ke Gila Gadgets Semenyih untuk membaik pulih telefon bimbit atau laptop. 

GILA GADGETS SEMENYIH
No 8 Tingkat bawah, Jln TPS 1/4, Taman Pelangi, 43500 Semenyih, Selangor
Tel : 019 - 5800 531

No comments:

Post a Comment