Wednesday, February 15, 2023

Buffet Ramadan 2023 : Lugar De La Boda, Puchong

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan Ramadan semakin menghampiri dan itu maknanya sudah tiba untuk aku berkongsi pakej buffet Ramadan yang berbaloi untuk korang cuba di bulan puasa nanti bersama ahli keluarga. Sesekali nak jugalah berbuka puasa buffet, ye dakk ?


Buffet Ramadan yang aku nak kongsikan kali ini ialah di Lugar De La Boda yang terletak di Puchong. Yer namanya agak sedikit berbelit untuk disebut. Ini merupakan kali kedua untuk aku mencuba menu-menu berbuka puasa di buffet Ramadan yang ditawarkan oleh Lugar De La Boda. Katanya tahun nie terdapat 80 jenis hidangan yang ditawarkan. Sedapnya !!


Tawaran ini merupakan anjuran HANANA GROUP SDN BHD. Ini merupakan kali keenam mereka menawarkan hidangan buffet Ramadan di Lugar De La Boda, Puchong. Untuk pengetahuan semua, mereka memang cukup berpengalaman dalam bidang makanan, lebih dari 20 tahun. Satu tempoh yang cukup panjang. Tidak hairanlah mereka cukup arif dalam bab-bab nie.



Tawaran buffet Ramadan ini akan bermula dari 26 March 2023 sehingga 19 April 2023. Jam 6.30 petang pengunjung dah mula boleh mengambil makanan untuk siap-siap berbuka puasa. Bestnya berbuka puasa dekat Lugar De La Boda nie ialah kemudahan untuk bersolat kerana ruang solat bagi lelaki dan wanita turut disediakan. Parkir untuk kenderaan pula memang luas dan banyak, InsyaAllah cukup untuk memuatkan setiap pengunjung yang hadir.



Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini di rotate dan berubah setiap hari. Tidak lupa, menu istimewa dari Hanana Station, Nasi Lemak Ayam Berempah.



Juga terdapat 12 stall makanan dan 'Live Cooking' yang anda wajib cuba iaitu menu istimewa Hanana Station seperti Lamb Grill Live. Boleh dimakan bersama Coleslow dan Sos Black Pepper'. Juga menu istimewa seperti Kari Kambing/Sup Kambing, Roti Benggali Bakar, Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung. Stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain juga turut ada ditawarkan.





Untuk penutup atau pencuci mulut, boleh nikmati Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain. Memang menariklah tawaran buffet Ramadan yang terdapat ditawarkan oleh Lugar De La Boda. Jom ramai-ramai buat tempahan sekarang. Berikut merupakan butiran harga buffet di sini :

Early Bird (Sehingga 25 Mac 2023)
Dewasa - RM79/pax
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49/pax
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49/pax 

Harga Super Duper Special Untuk Early Bird (Sehingga 23 Mac 2023)
Dewasa - RM69/pax (Jika pembelian lebih 1 pax)

Harga biasa
Dewasa - RM89/pax
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM59/pax
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59/pax
1 Meja (10 Pax) - RM690

Untuk tempahan Buffet Ramadhan Puchong 2023 Di Lugar De La Boda :

  1. KLIKhttps://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanselangor2022
  2. Zuraini - 0163111074
  3. Liana - 016-4318434
  4. Shaidatul - 0166700473
  5. Kak Lin - 0166700752

Dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, anda berpeluang untuk sertai cabutan bertuah. Hadiah Utama - Motosikal Modenas Kriss dan 10x Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi. Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan.


Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong, Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista, 47100 Puchong, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...