Sunday, October 2, 2022

Perkongsian Bonda Rozita Kekal Relevan Ketika di Bonda Fiesta Vaganza 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam aku berpeluang untuk ke Bonda Fiesta Vaganza anjuran Bonda Rozita Ibrahim. Aku pasti ramai yang cukup mengenali Bonda Rozita ini. Cukup terkenal dengan produknya Sendayu Tinggi suatu ketika dahulu dan masih relevan sehingga kini walaupun sudah menapak dalam pasaran lebih 20 tahun dahulu. Begitulah kehebatan dan aura Bonda Rozita yang cukup petah berbicara ini.


Walaupun anaknya, Datuk Aliff Syukri cukup sensasi dengan berita-berita tular di laman sosial, namun semua itu bukanlah penyumbang kepada populariti Bonda Rozita kerana beliau sendiri mempunyai aura dan base peminat yang cukup tinggi. Rata-rata daripada mereka yang telah menggunakan produknya dan setia hingga ke hari ini. 

Menurut Bonda Rozita mengenai tips untuk mengekalkan kerelevan dirinya dalam industri terutamanya dalam bidang perniagaan, beliau berasakan bahawa dirinya tak perlu untuk membuat content-content yang memalukan supaya ianya tular dan diperkatakan. Beliau cukup tidak menyokong content-content seperti itu kerana beliau percaya, sebagai seorang Muslim dan orang Melayu, kita mempunyai tatasusila dan pegangan supaya kita ada rasa malu dengan diri sendiri, terutama sekali dengan tuhan yang maha Esa. 


Juga sebagai seorang perempuan, di manakah maruah dan harga seorang wanita sekiranya tiada rasa malu pada diri dan begitu galak pertontonkan tingkah yang tidak senonoh di mata umum. Oleh sebab itu, memang tiada kita pernah dengar berita tular ataupun content-content tular yang memalukan dari Bonda Rozita untuk kekal relevan dalam industri. Sangat tabik dengan Bonda Rozita!

Inilah nasihat Bonda Rozita kepada peniaga-peniaga baru dan muda di luar sana agar tidak terlalu mengikut peredaran content di sosial media. Cara beliau terbukti, walaupun tanpa iklan dan content-content memalukan seperti itu, beliau masih kekal relevan dan produk beliau masih laku terjual sehingga ke hari ini. 


Sangat seronok dapat meluangkan masa bersama Bonda Rozita walaupun hanya 30 minit cuma, tapi tak lokek berkongsi tips dan nasihat dalam bab perniagaan. Beliau turut berkongsi sedikit perkembangan mengenai dirinya yang kini giat mengusahakan Rumah Hutan yang dibangunkan sejak hujung tahun 2016. Terdapat banyak lagi projek Rumah Hutan yang dibangunkan dan pasti akan membuatkan peminat alam semulajadi di luar sana teruja dengan keindahan kehijauan yang terdapat di resort Rumah Hutan miliknya. 


Itulah sedikit sebanyak yang dikongsikan ketika pertemuan bersama Bonda Rozita di Bonda Fiesta Vaganza 2022 semalam. Buat mereka di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan produk-produk yang diusahakan oleh Bonda Rozita dengan harga yang cukup murah daripada harga biasa di sepanjang fiesta ini berlangsung.




Antara jualan yang terdapat di Bonda Fiesta Vaganza 2022 ini ialah produk JRM yang diusahakan sejak tahun 2011. Ia merupakan sebuah jenama miliknya yang mengetengahkan produk-produk kesihatan yang menggunakan bahan-bahan premium yang berkualiti tinggi. Oleh kerana bahannya yang premium, harganya sedikit mahal berbanding produk Sendayu Tinggi yang kini diusahakan oleh anak perempuannya, Yati. 


Selain itu juga, boleh dapatkan produk-produk di bawah jenama Deratu yang menjual pelbagai kelengkapan rumah dan koleksi pakaian. Boleh dapatkan kelengkapan isi rumah seperti thermos, lesung batu, jug dan banyak lagi dengan harga yang cukup istimewa.



Juga pakaian-pakaian wanita yang dijual seperti kain ela kebaya dan juga abaya, dijual dengan harga istimewa. Menurut Bonda Rozita, kepopularan dirinya membuatkan ramai yang sering bertanya mengenai koleksi-koleksi pakaian yang dipakainya, oleh itu, dengan menjual koleksi pakaian di bawah jenama Deratu, hanyalah sekadar untuk buat ada saja buat peminat yang gemar akan koleksi dan pemilihan gaya pemakaian Bonda Rozita. 



Di fiesta ini juga, pengunjung berpeluang membeli pakej penginapan Rumah Hutan dengan harga yang cukup berbaloi dan tidak dapat pada hari-hari biasa. Hanya ditawarkan sepanjang Bonda Fiesta Vaganza 2022 ini berlangsung sahaja. Jadi, cepat-cepat datang sebab hari nie merupakan hari terakhir korang boleh dapatkan semua produk-produk dan pakej penginapan dengan harga istimewa.



Aku percaya, korang pasti tidak pulang dengan tangan kosong. Pengunjung juga dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selberiti terkenal tanah air seperti Rita Rudaini, Sheira Ijoy dan juga Amir Masdi. Juga terdapat banyak program dan ceramah yang dianjurkan sepanjang fiesta ini berlangsung. Pengunjung boleh terlibat dengan aktiviti yang disediakan dan berpeluang menang hadiah-hadiah menarik.



Apa tunggu lagi ? Cepatlah berkunjung ke Rumah Hutan Bonda Rozita di Batang Kali bersempena Bonda Fiesta Vaganza 2022 bermula 1 Oktober sehingga 2 Oktober 2022 iaitu sehingga ke hari ini sahaja. Jom ramai-ramai ke sana ! 

1 comment:

  1. LeYa memang suka dengan prinsip dan ciri-ciri baik Bonda Rozita ni. Sopan santun, ayu, baik, pemurah... Memang boleh jadi ikon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...