Saturday, October 1, 2022

Beli Kereta Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, hari nie dah genap dua bulan aku memiliki sebuah kereta dengan hasil titik peluh aku sendiri. Dah lama pasang niat sebenarnya untuk beli kereta tapi tertangguh-tangguh sebab nak dapatkan kerja tetap dulu. Bila dah dapat kerja, dok tangguh lagi sebab rasa macam kereta antik aku tu masih boleh guna. Sehinggalah pengumuman insentif pengecualian SST untuk kereta baru tamat 30 Jun dan tidak akan dilanjutkan. Barulah aku mula menggelabah.


Itu bermaksud, kena tempah kereta sebelum 30 Jun 2022. Pengumuman ini keluar pada tanggal 20 Jun. Aku dapat tahu benda nie pada 21 Jun, jadi ada berbaki 9 hari lagi sebelum pengecualian ditamatkan. Masa aku baca tu, aku masih baring-baring atas katil. Maklumlah work from home. Terus aku terdetik dan buat keputusan untuk tempah kereta. Tapi masa nie pon masih tak pasti lagi. Hati masih berbolak-balik. Biasalah, hati manusia memang bersifat berbolak-balik. Sebab tu hari nie sayang, besok dah boleh kena tinggal. Tibehhh !


21 June, Apa yang menguatkan aku untuk buat tempahan pada hari tersebut ialah dengan adanya sokongan ibu aku. Telefon dia pagi tu dan sudah semestinya dia menyokong sebab memang dah lama dia suruh aku beli kereta. Jadi dengan berbekalkan semangat itu, aku pon siap-siap untuk pergi ke showroom Honda berdekatan. Dalam kes nie, Showroom Honda cawangan Glenmarie paling dekat dengan aku. Aku pon menujulah ke situ.

Tapi bila aku dah sampai, aku jadi clueless sebab aku tak tahu nak approach macam mana. Aku tak tahu apa-apa kot. Lepastu aku teringat aku ada follow satu Sales Advisor Honda dekat Tiktok. Punyalah gigih pagi tu cari video dia dan contact dia. Tanya punya tanya, sekali dia kerja dekat Honda cawangan Banting. Laaa kawasan rumah parents aku kot. Makanya, masa tu juga aku menuju ke Showroom Honda cawangan Banting yang terletak di Telok Panglima Garang. Mujurlah masa nie masih work from home, jadi nak lari-lari tu tak ada masalah. Asalkan bawa laptop.


Berjumpalah aku dengan Irfan, Sales Advisor Honda yang cukup terkenal dekat Tiktok. Bermulalah risik-merisik kereta. Asalnya aku datang cuma nak test drive je, tapi disebabkan kereta yang aku nak beli tu tengah occupied dengan pengunjung lain yang datang nak test drive, makanya aku hanya duduk di situ berbual-bual dengan Irfan pasal kereta yang aku berniat nak beli nie.

Irfan suruh aku emailkan dia dokumen-dokumen yang dia senaraikan. Aku datang sehelai sepinggang, langsung tak prepare apa-apa tau. Menonong je datang showroom nak test drive. Jadinya tak adalah bawa dokumen apa-apa. Mulalah proses punggah-memunggah mailbox dalam phone, dengan harapan semua dokumen yang diminta ada dalam email. Sebab aku banyak hantar resume dan butiran kesana kesini masa menganggur dulu.


Alhamdulillah, semua dokumen yang dia senaraikan, aku dapat bagi masa tu juga. Dia confirm-kan dengan aku kereta jenis apa, dan nak warna apa. Aku macam, eh dah kena pilih ke ? Biar betul nie aku nak beli kereta. Aku masih ragu-ragu tau masa tu. Semua dokumen yang aku bagi masa tu, dia hantar terus pada bank. Dia cakap, kalau ada bank call, nanti jawablah apa yang dia tanya.

Lepastu aku balik terus ke Banting. Dah nasihatkan ibu supaya tak bagi tahu ayah aku sebabnya Pakcik Azis jenis tak boleh simpan rahsia. Aku nak benda nie jadi rahsia sampailah kereta tu muncul depan mata. Kesimpulannya, 21 June aku datang showroom tu, cuma bagi dokumen je. Tak ada buat apa-apa. Petang tu juga, bank call. Bank pertama yang call adalah dari Affin Bank. Aku pon angkatlah dan jawab segala pertanyaan dia. Banyak benda ya dia tanya, aku rasa macam pergi intrerview kerja pulak.


22 June, pergi kerja dan base di office. Dalam tengahari macamtu, dapat lagi satu lagi panggilan telefon daripada bank. Kali nie dari Maybank pula. Panggilan telefon dari Maybank nie pon banyak juga benda dia tanya. Lebih kurang macam apa yang Affin Bank tanya aku. Cuma Maybank nie agak bengong sikit. Dah tanya itu ini, lepastu dia suruh providekan dokumen tambahan dan hantar pada dia. Tak dan aku nak tanya hantar kat mana, dia dah letak telefon. Aku pon telefon dorang semula menggunakan nombor yang sama, tak angkat-angkat.

Cuba punya cuba, akhirnya ada yang angkat. Lepastu semua tak tahu aku berurusan dengan siapa. Aku pon tak tanya siape nama pegawai yang call aku tu. Sudahnya, dorang pon tak tahu. Tapi pegawai yang angkat tu suruh bagi je semua dokumen-dokumen yang dia nak tu pada alamat email dia. Aku pon bagilah.


23 June, Maybank call lagi. Dia cakap, "Tahniah loan dah lulus, En boleh datang ke Maybank cawangan Klang untuk tandatangan agreement". Aku pon bagi tahulah si Irfan pasal loan bank dah lulus. Aku pon tunggulah langkah seterusnya iaitu tandatangan agreement dengan pihak bank.

28 June, aku macam penasaran, tak ada khabar lagi ke dari pihak bank untuk tandatangan. Makanya aku contact si Irfan. Bukan nak tanya pasal tandatangan tu tau, aku contact sebab nak test drive kereta. Jadinya aku pergi Showroom Honda Banting untuk test drive. Ko ghase pergi test drive kereta lepas bank dah luluskan loan ? Orang lain test drive kereta dulu baru confirmkan nak beli. Aku punya terbalik, confirm dulu baru test drive. Masa nie juga Irfan tanya pasal bank, sama ada aku dah tandatangan agreement ke belum.




Aku macam, aik ? Ingatkan dia akan bagi tarikh untuk aku tandatangan dekat Maybank. Rupanya, bila loan dah lulus je, boleh terus pergi ke Maybank yang dorang cakap tu untuk tandatangan agreement. Laa punyalah aku dok tunggu, bilalah masanya untuk aku tandatangan agreement nie. Petang tu juga lepas test drive aku menuju ke Maybank cawangan Klang untuk tandatangan.

Tarikh nie juga, Affin bank call cakap loan dah lulus. Aku dah tetapkan, bank mana yang luluskan loan dulu, bank itu yang aku akan pilih. Makanya aku pilih Maybank. Petang tu pergi tandatangan agreement. Masa nie juga Ambank baru nak merisik khabar. Sudah terlambat. Aku sudah dimiliki oleh Maybank. Tibehhhh.


Lepastu aku maklumkan Irfan untuk tahu langkah seterusnya. Dia pon bagi tahu, aku belum booking kereta lagi sebenarnya sebab duit booking tak bagi lagi. Lulz. Dah sampaikan loan dah lulus, rupanya booking kereta pon tak buat lagi. Nampak tak, betapa last minute dan bengong diriku dalam bab beli kereta ? Memang tak tahu apa-apa procedure beli kereta. Si Irfan pon boleh lupa pasal bab booking nie. 


Irfan kata, insyaAllah dalam masa dua bulan kereta akan keluar. Lepas dah habis tandatangan dengan bank, aku pon menanti dengan penuh kesabaran detik untuk kereta keluar.

20 July, Irfan belikan nombor plat kereta yang aku nak. Yang nie optional je. Oleh kerana ini kereta pertama aku, jadinya aku naklah nombor plat kereta yang special sikit. Aku beli nombor ikut tarikh lahir aku, 2901. Hihi


27 July, Irfan telefon kereta dah keluar. Punyalah aku teruja gila masa nie sebab tak sangka langsung akan dapat dalam masa sebulan.

28 July, aku datang ke Showroom Honda Banting bersama keluarga aku dengan harapan dapat bawa balik kereta, rupanya just bayar deposit kereta dan juga insuran jalan.


Irfan ada tanya sama ada aku nak tambah body kit ataupun tidak. Body kit kalau tambah, aku tengok dekat website dalam RM4,473, jadinya aku berkira-kira sama ada nak tambah ataupun buat dekat luar je. Sekali dia cakap, kalau nak tambah body kit Modulo Package 1.0 tu hanya bayar RM 1000 je. Tanpa fikir panjang, terus aku setuju dan bank in. Hahaha



Oleh kerana aku minta Irfan untuk pasang body kit, makanya kereta kena hold dulu untuk pasang body kit. Kalau tak tambah apa-apa, 29 July tu dah boleh ambil dah. Irfan tanya juga, sama ada aku nak tambah tinted ke tidak. Kalau nak tambah kena add on another RM700. Aku cakap tak apa, tinted aku buat dekat luar je dengan harapan akan jumpa harga yang lebih murah. Bila dah sampai rumah, si Irfan dengan baik hatinya belanja aku tinted.


1 August, detik yang paling ditunggu-tunggu, kereta aku akhirnya siap dan sedia untuk dibawa pulang. Gembira betul aku masa nie. Teruja sangat-sangat. Mungkin bagi orang lain, beli kereta je pun. Tapi bagi aku, ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan buat diri aku sendiri secara peribadi. Dah lama pasang niat nak beli kereta. Akhirnya di tahun 2022 pada usia 29 tahun, aku memiliki sebuah kereta dengan hasil titik peluh aku sendiri. 


Alhamdulillah, proses nak beli kereta sangat dipermudahkan. Walaupun decide nak beli kereta sangat last minute, tapi dipermudahkan. Dapat kereta pon awal, sebulan je weyhh kereta dah keluar. Cepat betul. Sangat berterima kasih dengan SA aku, Irfan. Sebab uruskan dari A to Z proses pembelian kereta aku nie.


Simpan sini buat kenangan 😊

2 comments:

  1. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Mesti mula² tu rasa cam xcaya kan

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dik. Best rasanya kan dapat beli 1st car. Bila nak ajak kita naik?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...