Sunday, March 20, 2022

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan Ramadan semakin menghampiri dan aku pasti sudah ramai berasa teruja untuk menyambut kedatangan bulan suci ini. Selain tertunggu-tunggu untuk mendapatkan pahala lipat kali ganda sepanjang bulan Ramadan, kita juga turut teruja untuk menikmati hidangan buffet Ramadan yang ditawarkan oleh pelbagai tepat. Kali ini, aku nak bawa korang ke buffet Ramadan yang ditawarkan di Palm Garden Hotel Putrajaya. Ikuti butirannya !

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Tahun ini, buffet Ramadan yang disajikan di Palm Garden Hotel iaitu sebuah Hotel Tribute Portfolio yang terletak di Putrajaya ini memilih tema Ramadan Kampunglicious sebagai temanya. Apa yang ditawarkan dalam buffet Ramadan Kampunglicious ini ialah pelbagai sajian kampung yang pasti buat pengunjung menggamit dan rindu masakan orang tua di kampung.

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Sudah dua tahun kita berada dalam pandemik dan aku percaya ramai masih cukup merindukan masakan kampung biarpun larangan merentas daerah sudah dimansuhkan. Sekarang, tak perlu memandu jauh untuk balik ke kampung untuk menikmati hidangan masakan kampung. Datang ke buffet Ramadan Kampunglicious di Palm Garden Hotel Putrajaya pon sudah boleh mengubati rasa rindu itu.

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Walaupung memfokuskan hidangan kampung, buffet Ramadan di Palm Garden Hotel Putrajaya juga mengetengahkan hidangan antrabangsa dan menu-menu lain untuk memberi banyak pilihan buat pengunjung yang datang berbuka puasa di sini. Antara menu yang bakal disajikan di sini termasuklah satay ayam dan daging, sup kawah, ayam golek, ketupat dan rendang dan macam-macam lagi.

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Dewasa : RM128 nett
Kanak-kanak : RM64 nett

Promosi Early Bird (Sah sehingga 31 March 2022)
Dewasa : RM98
Kanak-kanak : RM49

Buffet Ramadan 2022 : Palm Garden Hotel Putrajaya

Apa tunggu lagi, ayuh datang berbuka puasa di Palm Garden Hotel Putrajaya, sebuah Hotel Tribute Portfolio. Buffet Ramadan ini akan bermula pada 4 April sehingga 2 May 2022. Pasti tidak mengecewakan dengan pilihan menu berbuka yang ditawarkan. Sebarang maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi di talian berikut 016 - 3144 101 atau 03- 8943 2233. Boleh juga layari laman sesawang mereka di www.palmgardenputrajaya.com .

1 comment:

  1. Semua nampak sedap ni. kalau time pose memang terbengkok laa badan nak jalan hahahaha..harga berbaloi, nanti boleh cuba sini pulak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...