Wednesday, August 12, 2020

Rawatan Shine Bright Mencerahkan Kulit dan Glowing di Dr Alice Ageless Medispa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menjadi cantik dan kelihatan cantik di mata manusia menjadi dambaan semua orang. Meskipun cantik merupakan satu istilah yang subjektif, namun kita semua bersetuju cantik itu sesuatu yang membuatkan kita berasa yakin untuk bersemuka manusia dan menempuh kehidupan dunia. Oleh itu, sekiranya kita merasakan kita sudah cantik biarpon mempunyai kekurangan, embrace it. Sekiranya kita mampu mengubah sesuatu kekurangan itu tanpa melanggar fitrah dan agama, kenapa tidak. Betul tak ? Banyak klinik aestetik tumbuh bagai cendawan dan semakin mendapat tempat di hati orang ramai kerana procedure-nya yang cepat dan tidak melibatkan pembedahan. Ikuti butirannya !


Baru-baru nie aku berkesempatan untuk mencuba sendiri salah satu rawatan kecantikan yang ditawarkan di klinik aestetik yang terletak di Bangsar, Ageless Medispa Clinic. Lokasinya terletak di kawasan perumahan, agak terkejut juga pada mulanya. Ini merupakan kunjungan pertamaku ke Ageless Medispa Clinic. Terdapat sebanyak 34 rawatan kosmetik yang ditawarkan di sini dan sekarang ini, mereka sedang mempromosikan beberapa rawatan di bawah promosi Shine Bright Series by Dr Alice. Antara rawatan yang terdapat dalam promosi Shine Bright series ini ialah :
  • Gold Laser
  • Facial Rejuvenation Method (Profhilo)
  • Shine Bright Program
  • Thread Lift Using Aptos Threads
  • Oxygen to Derm Therapy


Untuk pengetahun korang, Ageless Medispa Clinic ini diterajui oleh Dr Alice Prethima Michael. Beliau telah menubuhkan Dr. Alice Total Wellness yang memperjuangkan kecantikan luaran dan juga dalaman sejak tahun 1999 lagi. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang Obstetrics and Gynaecology (OBGYN) dan juga Cosmetic and Medical Aesthetics. Kesemua peralatan perubatan dan teknologi yang terdapat di dalam premisnya mempunyai kelulusan daripada FDA. Jadi, Ageless Medispa Clinic ini memang sebuah klinik aestetik yang dijamin selamat dan dipercayai.

Dr Alice Prithima Michael bersama Mrs Priyaa Simmi (Mrs Malaysia World 19/20)

Antara banyak-banyak rawatan di bawah promosi Shine Bright Series nie aku sempat menyaksikan rawatan Shine Bright Program dan mencuba sendiri rawatan Oxygen to Derm Therapy. Oleh itu, aku akan cerita serba sedikit mengenai dua rawatan ini. Manalah tahukan, korang berminat nak dapatkan rawatan nie. Apa yang aku boleh cakap, kesannya sangat cepat ya, boleh nampak sangat ketara selepas rawatan.

Shine Bright Program

Rawatan nie sesuai untuk semua jenis kulit, terutama sekali mereka yang menderita sakit Melasma, yakni salah satu penyakit kulit yang menyebabkan tompok-tompok di muka dan pigmentasi kulit. Melasma merupakan satu penyakit kulit yang tidak boleh dirawat dengan menggunakan produk sahaja. Ia tidak akan hilang dengan hanya memakai produk penjagaan kulit. 



Oleh itu, Shine Bright Program ini digubal khas bagi menangani masalah kulit Melasma. Ia merupakan satu program hasil gabungan produk dan juga rawatan menggunakan teknologi laser yang memfokuskan kepada sesuatu masalah kulit. Hasil daripada rawatan ini, kulit akan serta merta memberikan glowing dan juga mencerahkan kulit. 



Kawan aku yang mencuba rawatan ini, mempunyai masalah pigmentasi kulit, dan Dr Alice menyarankan beliau untuk mencuba rawatan ini. Pigmentasi kulit terjadi bila kita tidak memakai sunscreen untuk menghalang sinar UV matahari yang merbahaya. Sunscreen sangat penting ya, WAJIB pakai sunscreen bila nak keluar rumah. Dan jangan ingat duduk dekat rumah tak perlu pakai sunscreen. Dekat rumah pon kena pakai ya.

Procedure rawatan Shine Bright Program
  • Muka akan dibersihkan terlebih dahulu dengan krim pencuci muka
  • Setelah itu, muka akan disapu dengan gel kebas bagi mengurangkan rasa panas laser
  • Setelah itu, kulit akan dibersihkan sekali lagi dan disapu dengan krim wajah
  • Langkah terakhir, muka akan disapu dengan krim sunscreen 



Rawatan ini tiada downtime dan juga tidak menyakitkan. Jadi jangan takut-takut untuk dapatkan rawatan ini okay. Macam kawan aku nie, Qistiera, dia akan melangsungkan perkahwinan pada minggu tersebut, dia buat rawatan nie dua hari sebelum majlis. Hasilnya, memang dabomb ya. Berseri-seri wajah bakal pengantin baru.

Oxygen to Derm Therapy

Rawatan yang telah aku ambil ialah Oxygen to Derm Therapy. Walaupun aku belum pernah buat facial oxygen, tapi aku pernah dengar rawatan oxygen wajah sebelum nie. Model-model Victoria's Secret seperti Doutzen Kroes, Alessandra Ambrossio, Izabel Goulart dan ramai lagi, akan buat facial oxygen sebelum berjalan di Victoria's Secret Fashion Show, sebuah pertunjukkan fashion yang dinanti-nantikan kemunculannya tiap tahun.


Biasanya sebelum seseorang tu nak tempuh sesuatu majlis atau hari yang besar dan penting dalam hidupnya, seperti majlis kahwin ke, atau apa-apa lah, pasti mahukan kult wajah yang berseri dan segar. Oleh itu, sangat disarankan untuk membuat rawatan wajah Oxygen to Derm Therapy ini. Tak perlu pergi ke luar negara untuk lakukan facial ini, dekat Dr. Alice Ageless Medispa ada sediakan rawatan ini. 



Banyak sebenarnya manfaat buat rawatan muka Oxygen to Derm Therapy nie. Antaranya ialah :
  • Menggalakkan penghasilan kolagen
  • Membantu kulit membuang toxin di muka
  • Mempercepatkan proses regenerasi
  • Membantu memulihkan sel kulit rosak

Hasilnya dapat terus dilhat selepas rawatan. Apa yang bagusnya ialah, dengan rawatan muka ini, liang-liang pori akan terbuka dan memudahkan dan mempercepatkan proses menyerap serum dan kolagen bagi menampakkan kulit muda, segar dan berseri. 



Rawatan ini mengambil masa lebih kurang dalam 30-40 minit sahaja. Memang rasa best je muka selepas tu. Seronok dapat manjakan diri. Maklumlah, jarang ada masa untuk manjakan diri seperti ini. Bila dapat peluang tu, memang tak nak lepaskanlah. Terima kasih Dr Alice dan beautician yang terlibat dalam melakukan rawatan Oxygen to Derm Therapy ini kepada saya. Sangat-sangat berpuas hati. Terus rasa tak nak pakai mask muka. Hahahahaha

Eh jangan ! Kang kena saman 1000 hengget. Lebih baik duit tu pergi buat facial daripada bayar saman. Rawatan Oxygen to Derm Therapy ini hanya bernilai RM488 sahaja. Harga mampu milik dan berbaloi dengan hasilnya.



Sesiapa yang berminat untuk dapatkan rawatan muka Shine Bright Series nie, bolehlah berkunjung ke cawangan klinik aestetik Dr Alice yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Promosi Shine Bright Series ini berlangsung sepanjang bulan Ogos. Oleh itu, cepat-cepat tempah slot anda hari ini untuk dapatkan rawatan-rawatan ini pada harga promosi.

Dr Alice Ageless Medispa
257, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-20950458

Dr Alice Anti Aging
62-1 Jalan Maarof, Bangsar Baru 59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-22820994

Dr Alice Clinic
46, Lorong Batu Nilam 21-A, Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang.
Tel : 03-3324699



Segala butiran lanjut dan promosi, bolehlah layari laman sesawang mereka. 

15 comments:

  1. Teringin sis nak buat face treatment ni..memang tak sakit ya..bolehlah cuba sebab sis pun ada masalah kulit muka almaklumlah dan kerepot hihi

    ReplyDelete
  2. Both treatment nampak menarik untuk dicuba. Tapi tengok Zharif punya treatment tu lagi relax kan.. yang penting skin jadi glowing..

    ReplyDelete
  3. Nice to see you getting a special pampering time for your hemsem face my dear friend.

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat buat rawatan muka dengan Dr Alice ni. For sure masa dia buat treatment tu banyak ilmu penjagaan muka yang dia bagi kan? Berseri muka Zharif lepas treatment

    ReplyDelete
  5. boleh tahan murah harga promosi tu. boleh la BBL cuba.. yelah nak jugak kulit muka flawless macam ownwer blog ni hehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya dpt buat facial treatments kat dr. Alice. Sekarang pun ada promosi, boleh la cuba2 mana yg kita berkenan

    ReplyDelete
  7. Wahh nampak muka fresh selepas rawatan. Takde downtime tu nak dengar. Hehe. Takut tengok kesan selepas rawatan tpi ni nampak ok je

    ReplyDelete
  8. Wah this treatment is good to rejuvenate skin, lepas buat treatment muka nampak berseri seri lah.

    ReplyDelete
  9. Macam2 jenis rawatan ade ye dekat sini.. Owner pun cantik.. Tengah ada promosi ni elokla pergi kan

    ReplyDelete
  10. Wah Zharif pun dapat buat facial ni ya... mesti kulit dah bersih tu...

    ReplyDelete
  11. Mcm best lps tgk awk buat. Kulit pun makin berseri-seri canteknya

    ReplyDelete
  12. Menarik Oxygen to derm therapy tu. wah patut lah makin berseri seri kulit muka sekarang..buat rawatan Oxygen to derm therapy rupanya :)

    ReplyDelete
  13. Teruja tengok hasil after treatment.. teringin juga nak manjakan kulit muka ni

    ReplyDelete
  14. Ini kalau jumpa depan-depan... Dari jauh dah shine bright like a diamond! 😂😂

    ReplyDelete
  15. tak pernah pergi treatment mcmni teringin juga. nanti nak pergi la :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...